17 Mac 2017

[VIDEO] Rafizi Dedah Projek Peter Sondakh Telan RM305 Juta Wang Rakyat Di Parlimen

RM305 JUTA WANG RAKYAT MEMBIAYAI PROJEK HOTEL MEWAH DAN PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA LANGKAWI (LICC) MILIK TAN SRI PETER SONDAKH oleh Rafizi Ramli

Awal minggu ini, saya telah mengajukan satu soalan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membina hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) milik Tan Sri Peter Sondakh.

Saya telah menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib sendiri yang menyempurnakan upacara pecah tanah hotel mewah St Regis dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) itu sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.