10 Jun 2017

Aikk Dah Sampai Melutut Kepada PKR?

PAS masih harap PKR Kelantan kekal jawatan

PKR pusat memberi arahan meletak jawatan dan pemimpin parti itu di Kelantan dilaporkan masih membuat persediaan - walaupun hampir sebulan lamanya - untuk melaksanakan perintah itu.

PAS pula ada pandangan tersendiri.

Walaupun sudah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi), dan mengumumkan untuk bertanding antara satu sama lain pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, PAS masih berharap PKR kekal berkhidmat melalui jawatan lantikan di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata mereka diharap boleh meneruskan khidmat masing-masing sekurang-kurangnya sehingga PRU ke-14 yang dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.


Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata keputusan akhir tetap terpulang kepada PKR.

“Tindakan PKR adalah hak parti, tapi kerajaan Kelantan berharap PKR terus kekal berkhidmat sehingga PRU akan datang,” katanya pada sesi soal jawab sempena majlis berbuka puasa PAS Pusat di Rabbani Lamb House, Kuala Lumpur.

Isu peletakan jawatan lantikan politik membabitkan anggota PKR Kelantan menjadi perhatian sejak PAS memutuskan kerjasama politik dengan parti berkenaan baru-baru ini.

Tunggu perkembangan Pujut

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri mengumumkan - pada 16 Mei lalu - semua anggota PKR yang dilantik menyertai kerajaan negeri di Kelantan perlu meletakkan semua jawatan serta-merta.

Usul itu selaras dengan cadangan bekas senator dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Izham Ramli, yang berhujah langkah itu perlu dibuat bagi menunjukkan kesungguhan PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding kehendak peribadi.

Untuk rekod, PKR Kelantan kini diketuai bekas anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir.

Siang tadi Dr Wan Azizah memberitahu anggota PKR terbabit mungkin akan meletakkan jawatan pada Julai nanti.

Kata Tuan jika PKR tetap memutuskan untuk meletakkan jawatan, PAS akan membuat lantikan baru bagi mengisi kekosongan itu.

“Jawatan lantikan politik di Kelantan ada sekitar 52 orang, jawatan itu akan diganti dengan lantikan baru jentera parti,” katanya.

Tambahnya lagi, jawatan lantikan politik di Kelantan sangat unik, misalnya dengan pemilihan wanita sebagai penghulu masyarakat Siam di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pilihan raya kecil Pujut di Sarawak, Tuan Ibrahim, berkata PAS akan buat membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak esok.

"Ada dua tiga perkara yang sedang kita tunggu pun, sama ada pilihan raya ada atau tidak, kerana DAP mencabar injunksi di mahkamah untuk minta supaya keputusan SPR it ditangguhkan dahulu.

"Jadi bagi kita, kita akan tunggu dulu apa sebenarnya ada atau tak ada pilihan raya," katanya. -mk

ULASAN GB

Demikianlah PAS> Menjadi parti yang tidak karuan.

Sekejap putus tahaluf, selepas tu terpaksa merayu (melutut?) agar PKR kekalkan jawatan mereka di Kelantan.




Perkiraannya ialah, di Selangor PAS enggan untuk berundur dari kerajaan Selangor yang diketuai oleh PKR.

Justeru untuk meneyelamatkan air mukanya yang "tak tahu malu" di Selangor maka diminta PKR Kelantan pun jangan letak jawatan spaya mereka dapat mencipta alasan baharu apabila ditanya mengapa tak undur di Selangor, ohhhh di Kelantan pun PKR tak undur!..

Keduanya ialah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya PAS masih diterima oleh komponen PH.

"PKR masih bersama kitalah... Tengok di Lantan, mereka tak letak jawatan pun..."

Itulah ayat yang dijaja nanti.

Malah PAS sanggup membawa Tian Chua (Naib Presiden PKR) berceramah di pentas-pentas ceramah di Kelantan kononnya untuk membuktikan PAS dan PKR masih bersama.


Tetapi tiba-tiba keluar kenyataan.


Demikianlah PAS yang opprtunistik dan pengkhianat. Menuduh orang khianat tetapi kebenaran membuktikan mereka PENGKHIANAT PALING BESAR selama ini.

Dan dahlu PAS berkata AMANAH akan melutut kepada PAS. Alih-alih Allah menterbalikkannya dan kini PAS yang melutut kepada oranf lain.


Demikianlah balasan untuk si angkuh dan si bongkak. Hukum kebenaran dan keadilan dari Allah swt itu tetap berjalan walaupun mereka mendakwa kononnya merekalah pejuang hudud dan aryuyu.




RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





3 ulasan:

pok amid littor berkata...

Bila kepimpinan hilang kredibiliti, yg secara otomatik hilang kredibiliti yg lebih teruk ialah parti yg diterajui mereka.

Sekarang, kredibiliti mr presideng parti dah jatuh menjunam teruk, jadi sememang nya dah, imej parti pun ikut tertonggeng lah jatuhnya.

Walaun-walaun memang tak terasa yg parti mereka menjunam di mata rakyat, kita biarkan mereka yg syok sendiri tu.
Harap2 selepas ini, mr presideng, berhentilah drp mengeluarkan kenyataan lisan kerana yg keluar bersama kenyataan itu nanti adalah maki-hamun.
Dia dah jadi liabiliti. Semakin banyak yg dikeluarkam, semakin merudum imej parti. Kesian orang tua mr presideng tu, makin tua makin tidak disukai orang.
Kalau walaun sanjung dia pun.... undi tetap lari drp parti tu dlm pru nanti... gara-gara mulut kohong mr presideng bila keluarkan kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim harus menggantikan Hadi secepat mungkin. Hadi perosak PAS.

Tanpa Nama berkata...

MUSUH ALLAH DI LUAR SANA TAK TAKUT DENGAN PAS. MUSUH ALLAH TAKUT UMAT BERPENDIDIKAN DAN LAKSANAKAN HUKUM ISLAM DENGAN CUKUP BIJAKSANA. LIHAT KERAJAAN TURKI YANG DIPERINTAH ERDOGAN, BAWA AJARAN ISLAM DENGAN CUKUP BIJAK SEKALI TAK PULA TERUS BUAT HUKUM HUDUD. PEMIMPIN MACAM INI YAHUDI LAKNATULLAH DAN USA LAKNATULLAH TAKUT SAMPAI TAK BOLEH TIDUR. KALAU, PERANGAI PAS MACAM BEGINI NAK PERINTAH MALAYSIA, YAHUDI DAN USA AKAN KETAWA TERBAHAK-BAHAK, SENANG NAK JAJAH MALAYSIA TANPA SEBARANGAN MASALAH. INGAT, HIDUP DI DUNIA ADA TANGGUNGJAWAB DI DUNIA ALLAH PERINTAHKAN. TAKUT IF FOCUS 100% AMALAN AKHIRAT ABAIKAN TANGUNGJAWAB DI DUNIA, NANTI DI HADAPAN ALLAH SATU-SATU MANUSIA AKAN TUNTUT PAHALA ATAS KEZALIMAN DAN DOSA U KEPADA UMAT MANUSIA YANG U TIDAK KETAHUI. WALLAHUALAM DAN BERINGATLAH.