31 Mac 2017

[VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...

RUU355: Presiden Pas wajar letak jawatan secara en bloc, kata Husam

Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.

"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.

Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.

30 Mac 2017

[VIDEO] Rafizi: Panggil Aku Biawak Pun, Apa Aku Ada Kisah?

MP Setiu Ditegur Pandikar Cuba Ganggu Ucapan Rafizi

Sidang Dewan Rakyat digamatkan apabila ungkapan 'jangan jadi seperti biawak' digemakan sewaktu persidangan berlansung pagi tadi.

Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya 'jangan sampai dia digelar sebagai biawak'.

"Pandan jangan orang panggil kita biawak esok...tapi saya tidak kata dia biawak.

"Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan," katanya.

29 Mac 2017

Mengapa PAS Terengganu Yang Panas Ponggong Dengan Usul Syed Azman?

PAS TERENGGANU DESAK SYED AZMAN TINGGALKAN PAS?

Notis usul yang dikemukakan oleh Adun Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi supaya DUN Terengganu membincang semula serta meneliti Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dizaman Pas menjadi Kerajaan Terengganu, ditolak oleh Speaker Dun Terengganu, Zuber Embong hari ini.

Penolakan usul berkenaan tidak dinyatakan apakah sebab-sebab signifikannya sekaligus menggambarkan "penolakan" kerajaan Terengganu terhadap Enakmen digubal semasa Hadi anak Awang jadi MB.

28 Mac 2017

[VIDEO] Pemimpin Yang Zalim Dibantu Oleh Ulamak Yang Korup

Bukan tarbiyah ini yang kami terima - Salahuddin

Sikap Pas yang tidak lagi lantang menentang penindasan rejim Umno-BN bercanggah dengan tarbiyah atau proses pendidikan daripada kepimpinan Pas terdahulu, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, hal tersebut dapat dilihat ketika protes menggunakan plakad 'Di Mana Rm2.6 bilion?' pada 2015 apabila ahli parlimen Pas enggan berbuat demikian bersama-sama dengan gabungan Pakatan Harapan.

"Tak boleh sokong, cenderung pada kezaliman pun tidak boleh. Sekarang, angkat kertas pun tidak mahu. Ada yang kata tidak boleh sebab tiada saksi.

27 Mac 2017

Nik Abduh Menyerlahkan Kebodohannya...

Keluarga buat laporan Amanah salah guna nama Nik Aziz Satu laporan polis dibuat keluarga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini terhadap Amanah.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik Harakah Daily berkata, abangnya, Nik Adli, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, sebuah seminar anjuran Amanah menjaja nama bapanya yang dianggap satu penghinaan kepada Nik Aziz yang sentiasa konsisten dalam perjuangan PAS ketika beliau masih hidup.

25 Mac 2017

[VIDEO] RUU 355 PAS Terus Tertipu Dengan UMNO...

Hanya 10.4% Melayu mengundi berdasarkan RUU 355, 70.1% tidak tahu

Kajiselidik yang dilakukan Invoke, sebuah badan penyelidikan bebas mendapati hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan Rang Undang-undang 355 (RUU355) manakala 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355.

Malah 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14.

24 Mac 2017

"Perang" Diantara PAS Selangor Dan Azmin

PAS Subang ikrar tunjuk pintu keluar pada Azmin

Akar umbi PAS berang dengan sindiran tajam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali terhadap “tok lebai”, yang dipercayai merujuk kepada ketua pemudanya Nik Abduh Nik Aziz.

Organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan penuh Ketua Pemuda PAS Subang Hanafi Zulkapli yang mengecam keras kenyataan Azmin itu.

“Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan menyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya,” katanya.

23 Mac 2017

[VIDEO] Husam Dihalau Keluar Dewan, K'jaan PAS Kelantan Dayus - Sayuti

VETO SEORANG SPEAKER

Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob berjaya menyelamatkan kerajaan Kelantan dari "dimalui" sekali lagi oleh Adun Salor, apabila beliau tidak membenarkan Adun Salor (Husam Musa) mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan pemangku Sultan. Speaker itu menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Husam, demikian tulis soerang blogger, Mohd Sayuti Omar di dalam statusnya di media sosial.

22 Mac 2017

Azmin Baru Sedarkah PAS Menikamnya Dari belakang?

Azmin sindir 'tok lebai' yang kalah tersungkur

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyindir seorang 'tok lebai' misteri.

Tanpa menamakan secara langsung individu itu, Azmin turut mempersendakan kekuatannya yang bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor.

“Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” tulis Azmin ringkas.

21 Mac 2017

Idris Sendiri Tak Patuh Arahan Presiden PAS....

Tutup pintu Pas-Bersatu: Ahli perlu akur pandangan pimpinan tertinggi

Pas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan mesti diambil sebagai pandangan pemimpin tertinggi Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

“Presiden mesti sudah ada pendirian dalam kepimpinan dia selaku Presiden parti. Kalau tidak apa guna jadi Presiden.

“Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, nanti Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Titiwangsa kali ke 32 hari semalam.

17 Mac 2017

[VIDEO] Rafizi Dedah Projek Peter Sondakh Telan RM305 Juta Wang Rakyat Di Parlimen

RM305 JUTA WANG RAKYAT MEMBIAYAI PROJEK HOTEL MEWAH DAN PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA LANGKAWI (LICC) MILIK TAN SRI PETER SONDAKH oleh Rafizi Ramli

Awal minggu ini, saya telah mengajukan satu soalan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membina hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) milik Tan Sri Peter Sondakh.

Saya telah menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib sendiri yang menyempurnakan upacara pecah tanah hotel mewah St Regis dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) itu sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.

15 Mac 2017

PAS Kini Ambil-alih Kerja-kerja UMNO...

Parti itu sekarang buat kerja Umno, bidas Dr Mujahid

Tanpa menyatakan nama Pas, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa menyebut tentang adanya parti cenderung menjadi penyambung politik fitnah yang lazim dilakukan Umno-BN sebelum ini.

"Yang ceramah ke hulu, ke hilir cakap DAP rasis, anti Islam, anti Melayu dulu Umno tapi sekarang ada satu parti itu, dia yang ulang apa yang pernah Umno sebut.

14 Mac 2017

[VIDEO] PAS Cukup Terdesak, Hidupkan Semula Isu Baiah Talak...

Amanah 'Ahlan wa Sahlan' Pas bawa usul baiah ke mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-alukan mana-mana pihak khususnya Pas yang ingin membawa individu yang dianggap melanggar baiah ke Mahkamah Syariah kerana banyak kekeliruan mengenainya dapat diselesaikan.

Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Mohamed Hanipa Maidin berkata Amanah bersedia berjumpa pihak tersebut di Mahkamah Syariah pada bila-bila masa.

"Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila bila masa Insya-Allah.

9 Mac 2017

PAS Hampir Lemas Di Kelantan, Terpaksa Minta Bantuan PPBM & PKR

Hubungan BERSATU-PAS bertambah baik - Muhyiddin

Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.

8 Mac 2017

"Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya

Zam label menteri Umno ‘pondan Padang Rengas’

Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, Zainuddin, menulis di tweet: "Pondan Padang Rengas".

5 Mac 2017

[VIDEO] Rasulullah Telah Tunjukkan Islam Bukan Hukum Semata-mata Pada Sahifah Madinah

Makanan, rumah lebih utama berbanding RUU 355

Ahli akademik kanan sebuah universiti awam terkemuka menyifatkan usaha memenuhi keperluan asasi rakyat harus diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Pensyarah Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mohd Kamil Abd Majid berkata, rakyat pada masa ini memerlukan makanan dan kediaman walaupun tidak dinafikan manfaat pindaan Akta 355 itu.

"RUU (355) bagus tapi beri kenyang rakyat dan beri rumah kepada rakyat lebih aula masa ini," katanya dipetik daripada status Facebook miliknya.

4 Mac 2017

[VIDEO] Rakyat Boleh Menilai... Ulamak PAS Nak Sekeh Mufti Perlis

Sinar Harian sedia pentas debat Dr Rozaimi dan ulamak Pas

Ketika cabaran debat Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Rang Undang-undang (RUU) 355 belum bersambut, akhbar Sinar Harian sedia menawarkan tempat untuk perdebatan mengenai pindaan Akta 355, antara pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Dr Rozaimi Ramle dengan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

"Kami mengalu-alukan percambahan minda, dan pentas kami sentiasa terbuka untuk wacana ilmu seperti ini," kata Penasihat Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.

1 Mac 2017

[VIDEO] PPBM Tak Hadir, Masih Nak Berunding Dengan PAS?

Pusingan pertama agihan kerusi HARAPAN tanpa BERSATU

Pakatan Harapan hari ini menjalankan pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.

“Oleh kerana homework ataupun kajjian kerusi mana yang (mahu) ditandingi itu belum lagi selesai dan mereka perlukan lagi masa dan kami membuat ketetapan untuk teruskan dengan parti-parti yang telah bersedia.