28 Feb 2017

[VIDEO] Siapa Makhluk Yang Mengaku Akar-umbi PAS Ini & Bagaimana DIa Boleh Dilayan Baik Oleh PAS?

Akar umbi Pas Selangor desak Pas putus hubungan dengan PKR

Sekumpulan orang yang mendakwa diri mereka akar umbi Pas Selangor menghantar memorandum kepada kepimpinan pusat bagi mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mereka menuntut Pas mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai "duri dalam daging" serta "gunting dalam lipatan".

27 Feb 2017

[VIDEO] PAS Semakin Mengecut Dan Terpinggir

Mahfuz bimbang Pas semakin mengecut

Satu-satunya pemimpin Pas yang terus hadir dalam program anjuran Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mahfuz Omar menyatakan kebimbangannya tentang situasi semasa partinya pada masa ini.

Beliau menyifatkan Pas semakin mengecut apabila wujud kecenderungan ahli yang mengambil sikap berdiam diri untuk tidak aktif dalam program parti.

"Saya bimbang dengan gelombang (penolakan kepada Umno-BN) yang berlaku pada masa ini, berlaku pula penguncupan dari sudut keaktifan ahli apabila ada yang menyepikan diri.

25 Feb 2017

Isu Dedak RM90 juta, Kalau Tak Ada Apa-apa Masakan Tempua Bersarang Rendah...

Menantu Hadi lapor polis tuduhan Pas terima RM90 juta

Yang Dipertua Pas Kawasan Subang Zaharudin Muhammad membuat laporan polis terhadap Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berhubung tuduhan wang RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.

Zaharuddin, yang juga menantu Presiden Pas, telah menfailkan laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh pada 20 Februari lalu dengan mendakwa tuduhan Husam itu bersifat ‘membuat kecoh’ walhal diketahui maklumat dalaman bank di Malaysia dilindungi oleh akta dan undang-undang.

24 Feb 2017

[VIDEO] PAS Sekarang Sudah Tidak Menentang Asabiyah...

Pas sudah lupa perjuangan menentang asabiyah, kata Mohamad

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu meminta pemimpin dan ahli Pas agar mengingati semula perjuangan parti Islam itu menentang pemikiran asabiyah suatu ketika dahulu.

"Tajuk muktamar Pas 1986 'menggempur pemikiran asabiyah'. Kami semua hafal hadis berkaitan asabiyah.

"Selepas berlaku kezaliman kepada ahli dan penyokong Pas di Memali, Pas memilih tajuk meuktamar 'bergerak menentang kezaliman'.

23 Feb 2017

[VIDEO] Jemput Husam Rupa-rupanya Nak Maki Husam Depan-depan

‘Saya jemput Husam dengar bukan berceramah’

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nor Azariza Alawi menjelaskan beliau ‘mengajak’bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk hadir pada ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu, pada Isnin lalu sebagai penonton dan bukannya sebagai penceramah.

Sehubungan, beliau kesal apabila sesetengah pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi Husam untuk berceramah bersama-sama pemimpin PAS lain.

21 Feb 2017

[VIDEO] Isu Baiah Dihidupkan Semula Oleh PAS Kelantan

HUSAM MARI DALAM CERAMAH MEGA PAS "HUSAM LARI"

Wah malam ini Kota Bharu mencatat satu lagi sejarah. Insiden orang "main bola" bersendirian tetapi mengaku dia hebat. Pihak lawan tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium dan setakat dibenarkan berada di belakang gol untuk beberapa minit sebelum dihalau keluar gelanggang.

Mulanya pasukan lawan yang diejek sebagai "lari" tetapi rupa-rupanya "mari". Kedatangan itu menunjukkan keberanian dan gentlemen pihak lawan.

20 Feb 2017

Corat-carit H355: Kanak-kanak Dijadikan Perisai?

Peserta himpunan Akta 355 langgar syarat bawa bayi, kanak-kanak

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, para peserta perhimpunan Akta 355 yang berlangsung di Padang Merbok semalam telah melanggar syarat kerana membawa bayi dan kanak-kanak.

"Pada 18 Februari 2017, antara jam 1400 hrs (2 petang) sehingga 2330 hrs (11.30 malam), semasa polis menjalankan tugas kawalan keselamatan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, telah mendapati ramai peserta perhimpunan RUU 355 memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak kecil menghadiri perhimpunan tersebut.

18 Feb 2017

Halau Keluar Dari PAS, Lepas Tu Tuduh Mahfuz Pelari Kerusi...

Hadi: Keluar PAS jika tak sehaluan

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PAS jika siasatan mendapati beliau bersalah kerana kerap mengkritik kepimpinan parti.

"Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Kita tunggu sahaja keputusannya nanti," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Bernama selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.

PAS Terlupa: Luluskan Rang Undang-Undang Di Parlimen Bukan Di Stadium!

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium [25/10/2011]

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

16 Feb 2017

[VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan Pakatan Harapan akan melakukan perubahan struktural dan tatacara urustadbir negara jika diberi kemenangan dan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara selepas pilihanraya akan datang nanti.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub di dalam satu majlis ceramah Pakatan Harapan di Telok Mas baru-baru ini.

Salah satunya ialah menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal sahaja.

"Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah yang lalu," tegasnya.

14 Feb 2017

PAS Bermusuh Dengan Semua Parti Kecuali UMNO BN

Pas tolak kerjasama dengan Bersatu, ada hubungan DAP, Amanah

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, Pas tidak perlu menunggu tempoh sebulan untuk menjawab tawaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.

Berikut transkrip penuh sesi soal jawab Abdul Hadi (TGHH) bersama media dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad lalu yang disiarkan laman web rasmi Pas:

[ULANGSIAR] Rakyat Tak Perlu Hiraukan Himpunan RUU, TGNA Pernah Tolak Pindaan RUU 355

PAS dilaporkan akan menganjurkan Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka.

Pihak berwajib bagaimanapun enggan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di situ, sebaliknya mencadangkan ia dibuat di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

PAS pernah diberi peluang dua kali untuk membentangkan usul persendirian RUU 355 di parlimen. Tetapi kedua-dua pembentangan itu berakhir dengan "mohon ditangguhkan" oleh pembentangnya sendiri iaitu Yang Berhormat Marang!

PAS dilihat menggunakan RUU 355 hanya untuk meraih sokongan politik terhadap partinya.

12 Feb 2017

[VIDEO] Adly: Tindakan Berbaik Dengan Pemerintah Yang Zalim Kelirukan Rakyat

Tindakan sebuah parti pembangkang yang mengambil tindakan untuk berbaik-baik dengan parti pemerintah yang terkenal dengan isu rasuah, salahguna kuasa, ketidak-adilan dan kezaliman kepada rakyat boleh mengelirukan rakyat di dalam negara ini, demikian dinyatakan oleh Tuan Hj. Adly Zahari, Pengerusi Parti Amanah Negeri negeri Melaka.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ustaz Siddiq Fadzil di dalam pembentangan kertas kerjanya di NUNJI '17 di Shah Alam baru-baru ini yang menyatakan bahawa beliau tidak terbayang dosa para ulamak yang melahirkan fiqh yang menyokong penguasa yang zalim sehingga rakyat terus-terusan menjadi mangsa kezaliman.

11 Feb 2017

Husam Pertahan Dakwaan, Sedia Ke Mahkamah!

Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.

Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.

10 Feb 2017

[VIDEO] "Ustaz Budak" Di Majlis AMANAH Bersama Husam

Dua pendakwah terkenal Kelantan, termasuk 'Ustaz Budak' sertai Amanah

Dua pendakwah terkenal Kelantan Ustazah Wan Norazam Abdul Aziz dan Ustaz Shamsul Zaman Shukri dikenali dengan 'Ustaz Budak' mengejutkan banyak pihak apabila mereka muncul di dua majlis berasingan bersama Amanah malam tadi.

Dalam majlis ringkas di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu Wan Norazam secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar.

9 Feb 2017

[VIDEO] Dedak RM90 Juta Untuk PAS Melalui Affin Bank?

RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank, dakwa Husam

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima oleh Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

7 Feb 2017

[VIDEO] Kertas Kerja Prof Dr Siddiq Fadzil Di NUNJI '17

DAULAT RAKYAT DAN MARTABAT UMAT: MENILAI KEPENTINGAN FIQH PEMBERDAYAAN (FIQH AL-TAMKIN) oleh Siddiq Fadzil

Mukadimah

Ketetapan mengangkat wacana daulat rakyat dan martabat umat adalah suatu cerminan kepekaan dan ketajaman intelektual yang layak diapresiasi. Golongan yang disebut “rakyat” dan “umat”, sesungguhnya telah lama dipinggirkan, malah selalu diremehkan.

5 Feb 2017

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS Buang Masa

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat

Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM.

4 Feb 2017

[EDISI BINGAI] PAS Yang Tangguh DIpersalahkan DAP & AMANAH...

Pas punca Akta 355 lewat dipinda

Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.

Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.

3 Feb 2017

MAZA Bersuara, PH Berhimpun, PAS & UMNO Membisu...

PANDANGAN Dr.MAZA Terhadap Isu Larangan Umat Islam ke AS

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Donald Trump dan falsafah pentadbirannya.

Ramai yang sudah membantah tentang sikap dan langkah ekstrimis lagi rasis yang ditampilkan beliau.

Ini menunjukkan masih ramai penduduk dunia ini daripada pelbagai latar agama, negara dan kaum mempunyai kewarasan dan nilai kemanusiaan.