19 Nov 2016

[LINTAS LANSUNG] Perjuangan BERSIH 5 Bermula. Penangkapan Dikecam. [Updated]

Menjelang himpunan Bersih 5, pihak polis telah mula bertindak menangkap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Ahli Jawatankuasa sekretariat gabungan tersebut, Mandeep Singh Karpal.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat Bersihdi Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, kedua-dua mereka tidak dibenarkan keluar dari pejabat tersebut atau berhubungan selama hampir dua jam.

Sebanyak 10 komputer riba dan kenyataan bank serta gaji Bersih turut dirampas polis mengikut maklumat daripada Tweet Bersih.

Selamat Turun Ke BERSIH 5

Turun Bersih 5 semarakkan Malaysia Baru

Semarakkan semangat nasionalisme untuk pembentukan Malaysia baru yang merdeka daripada korupsi, salahguna kuasa, kezaliman dan penindasan dengan menyertai himpunan Bersih 5 esok, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, semangat nasionalisme iaitu cintakan negara yang terbukti mampu menggerakkan massa mengusir imperialisme perlu disemarakkan dalam diri setiap warganegara Malaysia.

“Terbukti kerana cintakan negara, jutaan rakyat Turki keluar ke jalan raya mematahkan kudeta. Semangat sebegini mampu menggerakkan jutaan rakyat Malaysia pula untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini sebagai tanda protes terhadap kebobrokan Umno-BN.