30 Ogo 2016

SAHIH, Husam Umum Sertai AMANAH Malam Ini

Seperti yang GB tulis di blog ini beberapa hari lalu, sahih, bahawa bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa akan mengumumkan penyertaannya ke Parti Amanah Negara malam ini (30 Ogos 1016) di Cyberjaya. Baca : Husam Akan Sertai AMANAH Hujung Bulan Ini.

Di dalam satu tulisan terbaru di akaun facebooknya, Datuk Husam menyatakan bahawa esok beliau akan menyarung jersi baru.

Beliau berkata berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan.

"(Tempoh) empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

"Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian," katanya.