30 Jul 2016

Mahu Tunjuk Lagak Di Pulau Pinang, Kena Cabar Di Kelantan

Kelantan pula mahu adakan pilihan raya mengejut?

Selepas desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang masih dalam peringkat rundingan, kerajaan negeri Kelantan pula disaran membubarkan dewan yang sama lebih awal.

Saranan tersebut dibuat berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan PAS di negeri tersebut, menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kemelut dan ketidak sepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.