29 Jun 2016

Mujahid Sanggah Hanya Jemaah Mereka Saja Yang Islam

Naib Presiden Parti Amanah negara (AMANAH), YB Dato Dr.Mujahid Yusof hari ini membidas tanggapan kumpulan (didalam konteks jemaah Islam) bahawa hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain tidak betul. Keluar dari jemaahnya dianggap keluar agama dengan meletakkan agama sebagai jemaah dan jemaah sebagai agama dan ia adalah pemikiran takfiri seperti yang berlaku di IS dan Qaedah.

Mujahid berkata demikian di dalam satu forum bertajuk KEGANASAN PERSEPSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM di dalam rancangan DEMOKRASI yang disiarkan secara lansung oleh RTM1. Forum tersebut menampilkan dua orang lagi ahli panel selain Mujahid iaitu Fathul Bari Mat Yahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, dan Ustaz Ahmad Marzuki Shaary, Ahli Parlimen Bachok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).