12 Mei 2016

Tiba-tiba PAS Akan Sepentas Dengan Tun Mahathir....

Naib Presiden Pas sertai Deklarasi Rakyat di Shah Alam

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad akan menyertai pentas himpunan Deklarasi Rakyat yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini.

Menurut poster program yang diedarkan itu, Iskandar, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu akan menyertai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis itu.

Ini adalah satu berita baik kerana sebelum ini hanya seorang sahaja pemimpin kanan Pas yang menyertai program ini iaitu Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya Pas.

AMANAH Perlu Teruskan Kerja Di Sarawak

Amanah jangan tinggalkan 13 Dun, nasihat penganalisis

Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.

Menurutnya, meskipun Amanah hilang deposit di sembilan kerusi Dun, itu bukan rekod yang menghairankan kerana parti senior lain turut mengalami nasib sama iaitu PKR (10), DAP (7) dan Pas hilang wang pertaruhan di lima daripada 11 kerusi Dun ditandingi.