8 Mei 2016

PASCA PRN Sarawak, Quo Vadis AMANAH?

PRN Sarawak: Amanah Hilang Deposit Sembilan Kerusi

KUCHING: Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya.

Kenyataan Media Presiden AMANAH, Keputusan Penuh PRN11 Sarawak

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PRN SARAWAK IKTIBAR UNTUK KERJA KUAT PRU14

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dibentuk tujuh bulan lalu telah diuji dengan pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung hari ini dengan AMANAH bertanding di 13 kerusi. Keputusan rasmi telahpun kita ketahui di mana kita tidak berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.