3 Mei 2016

Mahathir Di Pentas AMANAH Minta Rakyat Singkir Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah hadir untuk memberikan ucapannya di pentas Parti Amanah Negara di majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pejabat parti itu di Alor Setar malam kelmarin.

Turut sama sepentas dengan Mahathir ialah Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali.

Beliau menyatakan beliau sanggiup untuk bersama-sama dengan mereka sebelum ini yang disebut sebagai "musuh-musuh politiknya" demi untuk selamatkan Malaysia, demi untuk rakyat.

Di hadapan kira-kira 10,000 orang hadirin yang datang di program berkenaan, Mahathir telah menggunakan peluang itu untuk mengkritik Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang didakwanya merupakan punca pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara ketika ini.