19 Mac 2016

Desakan PAS Dibubarkan, IKATAN Tiada Apa-apa Kekuatan

Pakar: Blok ketiga tak beri impak

KOTA BHARU - Pembentukan kerjasama politik antara Pas dan Ikatan dilihat bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia.

Malah, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kandungan kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rakan baharunya itu, tidak mengandungi sebarang indikasi bahawa kerjasamanya akan dilanjutkan ke dalam PRU 14.

"Balaci DAP", Wirid PAS Kepada AMANAH... PAS Perlu Mohon Maaf!

Isu hudud: AMANAH tuntut PAS minta maaf

Tahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui “western-educated liberal”. PAS wajar segera dewasa dengan realiti.