15 Feb 2016

"PAS Hanya Sebuah Parti Politik, Bukan Agama" - Ust Ahmad Awang

Label ahli sertai Amanah pengkhianat: Pas perlu ubah perlembagaan parti

Pas tidak wajar melabelkan ahli parti itu yang menyertai Amanah sebagai pengkhianat selagi peruntukan yang membenarkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas termaktub dalam perlembagaannya.

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata, Fasal 15 perlembagaan Pas jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.