3 Feb 2016

[TERKINI] Mukhriz Tumbang, Bashah MB Baru Kedah

Selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Menurut Bernama, Timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar yang baru.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.

Campurtangan Urusan SPRM: Ali Rastam Kena Hentam ....

Orang dibela terkena tempias: Ibrahim Ali marah Ali Rustam

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berang dengan cubaan sahabat baiknya, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang disifatkannya sebagai ‘lebih sudu dari kuah’ kerana membidas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin.

Menurutnya, kenyataan bekas ketua menteri Melaka itu dilihat boleh mencemar integriti suruhanjaya itu sebagai sebuah badan bebas.

"Urusan SPRM yang selama ini dianggap bebas dan berintegriti telah menjadi cemar.