9 Jan 2016

Muktamad: AMANAH Perolehi 10 Kerusi, Pengorbanan Dari PKR & DAP

Bukan lapan tapi muktamad 10 kerusi Amanah untuk Ahli Majlis PBT

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini muktamad memperoleh 10 kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hasil rundingan PAS, PKR dan DAP.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad dipetik berkata,keputusan kerajaan negeri menambahkan dua lagi kuota tambahan berbanding hanya lapan kepada 10 kerusi dan peningkatan ini sangat dihargai Amanah.

Belanja Berhemah: Najib Diserang Hebat Oleh Rakyat

Tweet Najib arah kabinet berjimat undang 'bala'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihujani kritikan daripada pengguna Twitter hari ini selepas menulis tweet bahawa kabinet yang dipilihya diberi ingatan supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.

Najib menulis tweet itu pada jam 4:40 petang tadi melalui akaun twitter rasminya, @NajibRazak.

“Dalam Mesy Jemaah Menteri pertama 2016 yg sy pengerusikan semalam, sy ingatkan Kabinet utk belanja peruntukan yg diberikan secara berhemah,” tulisnya.