23 Dis 2015

Yang Satu Penyamun, Yang Satu Lagi Kuat Memaki Hamun

Satu penyamun, satu lagi mahu berkawan dengan penyamun, bidas Tamrin

Menganggap penyatuan antara Umno dan PAS sebagai “satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun”, bekas veteran Umno yakin ahli PAS akan menolak presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib,” tegas Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.