25 Jul 2015

Mujahid Jawab Haron Din Isu Gaji & Elaun Haram -Ulasan GB

Jangan sebut gaji haram, anda yang kecewakan rakyat, kata Mujahid kepada PAS

Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang. Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.

Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.

"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.

"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?

"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi. -TMI

ULASAN GB

Tiba-tiba Mursyidul Am PAS yang baru keluarkan "fatwa" haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.

Memang pelik dan teruk sekali kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang tidak berpindah parti itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat.

Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lhat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Parlimen Labuan.

Keenam-enam kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk sombong.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".

Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga.

Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka dan mentololkan orang lain.

Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka dan tolol sebenarnya....





IKLAN BERBAYAR







Harapan Baru Ganti PAS Dalam Pakatan 2.0

GHB sedia ganti PAS dalam gabungan baharu, kata Khalid Samad

Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia menggantikan kedudukan PAS dalam gabungan baharu yang diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komitmen itu dinyatakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang merupakan salah seorang daripada 8 ahli Parlimen PAS yang bersama gerakan itu – sedang dalam proses mendaftarkan sebagai sebuah parti politik baharu.

"Kalau PAS sudah tidak mahu bersungguh-sungguh dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam satu gabungan yang mampu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), maka kami akan mengambil alih peranan itu," katanya pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam, semalam.

Pengumuman Anwar disambut kenyataan ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendedahkan PAS tidak dijemput dalam mesyuarat penubuhan gabungan baharu bagi menggantikan PR.

Susulan pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan kepada ahli partinya agar tidak berketuakan DAP yang "tidak beriman dan budiman".

Menurut Khalid, beliau tidak dapat menduga dinamik hubungan PAS dengan pakatan baharu itu kelak, namun jelasnya GHB seboleh mungkin akan mengelakkan pertembungan 3 penjuru dengan parti Islam itu dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun sekiranya ia berlaku, rakyat akan menilai pihak mana di antara GHB dan PAS yang lebih komited melawan Umno dan BN.

"Kalau berlaku 3 penjuru ia akan untungkan Umno. Oleh itu, kita perlu cari mekanisma penyelarasan. Kalau tak dapat dielak, pengundi kena pilih parti mana yang lebih komited kepada usaha jatuhkan Umno," katanya dalam wawancara dengan kumpulan Facebook “The Rage for Liberty” yang berlangsung selepas sidang media.

Sementara itu, Khalid turut menyeru menyelaraskan pandangan parti terhadap ahli PAS yang berminat dengan GHB.

Menurut bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, seharusnya kepimpinan pusat bermesyuarat terlebih dahulu dan bukannya mengeluarkan pelbagai kenyataan bercanggah.

Katanya, pada masa ini kenyataan dikeluarkan pelbagai kumpulan seperti PAS Selangor, Kelantan dan Pemuda.

"Jadi sekarang ini tegaskan pendirian anda – panggil ahli Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bincang masalah kami ini dan berikan surat kepada kami, apa sebenarnya yang kamu hendak daripada kami. Hendak kami letak jawatan atau apa?

"Apabila dah dapat itu barulah kami respons, sekarang ini kalau kami respons pun berbagai-bagai punya komen, tak perlu kita respons," katanya pada sidang media.

Khalid berkata, PAS seharusnya memberikan pendirian rasmi mereka secara bertulis kepada pemimpin GHB dan bukannya menggunakan media.

"Lakukan secara profesional dan teratur barulah kami akan respons," katanya. – TMI

GHB Diberi Liputan Meluas Di Dalam Akhbar Mandarin







IKLAN BERBAYAR