23 Mei 2015

Aisyah Lahir Kekecewaan Dengan Perkembangan Dalam PAS


Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin yang telah menyertai PAS di pertengahan tahun 2012 semalam telah melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan yang berlaku di dalam mutakhir ini.

Di dalam satu catatan di dalam media sosial facebook beliau menyatakan pada awalnya beliau amat tertarik dengan keterbukaan PAS semasa itu dan menjangkakan bahawa jika PAS ingin memerintah Malaysia, tindakan PAS pada waktu itu adalah satu langkah yang mesti dilakukan.

Tetapi kini keadaan sedemikian sudha berubah. Slogan "PAS FOR ALL" sudah semacam menjadi satu lelucon.

Sambil mengaku beliau sebagai "orang baru di dalam PAS, beliau terkejut dengan penggunaan bahasa beberapa orang ulama dan pemimpin tertinggi PAS. Luahan beliau itu dipercayai merujuk kepada ungkapan-ungkapan seperti "Barua", "Tolol" dan lain-lain istilah yang digunakan oleh sesetengan pemimpin PAS terhadap ahli-ahlinya yang tidak sehaluan dengan dengan mereka.

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang di dalam program dialog "Bicara Harakah" minggu lalu telah mengeluarkan perkataan kesat "tolol" untuk merujuk kepada orang dituduhnya ingin berpecah dan tidak mahu bermesyuarat disamping meminta mereka keluar dari PAS.

Walau bagaimana pun kenyataan beliau itu telah dijawab di media sosial yang menyatakan bahawa alasan "bermesyuarat" oleh Haji Hadi berkenaan tidak membawa makna apa-apa kerana beliau sebelum ini seringkali menggunakan kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang tidak disenanginya.

Sebelum ini Haji Hadi juga telah mengeluarkan perkataan "Broker" dan "Barua" di dalam Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat tahun lalu untuk menempelak dua orang ADUN Selangor yang bertindak untuk menyokong dan menyelamatkan Pakatan Rakyat di samping menggagalkan pembentukan Kerajaan Perpaduan diantas PAS, UMNO dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dua ADUN berkenaan, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) digantung keahlian selama setahun.

Aisyah yang mengakui masih yakin dengan perjuangan Islam namun melahirkan kekecewaan dan mempersoalkan apakah itu akhlak (penggunaan bahasa kesat) yang ditunjukkan kepada mereka yang bukan-Islam.

Beliau menyatakan "wala", atau penghormatan adalah sesuatu yang diberikan oleh ahli kepada mereka yang layak dan dengan paksaan atau arahan.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Datuk Tamrin Abd Ghafar telah mengumumkan keluar dari PAS kerana tidak bersetuju dengan cara Haji Hadi menangani isu perpecahan PAS ekoran krisis Menteri Besar Selangor.

Sasterawan negara terkenal, A Samad Said juga pernah menyelar tindakan Haji Hadi dan meminta Hajil Hadi meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana kerap tidak hadir di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Haji Hadi pernah dengan angkuh menyatakan "ikut sayalah nak hadir atau tidak"

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab,” kata Pak Samad.

PAs akan mengadakan mutamar kali ke 61 di Selangor bermula 4 Jun depan yang melihat pertama kali Haji Hadi ditentang oleh Bekas Presiden Pesatuan Ulamak Malaysia, Ustaz Ahmad Awang.

"... Masa sy mula2 masuk PAS sy sgt impress kerana PAS telah melangkah dari parti pak lebai ke parti yg lebih terbuka kepada jemaah berbagai bidang.

Bagi sy kalau PAS betul2 nak memerintah Msia satu hari ini satu langkah yg mesti. Tapi sekrg tidak lagi begitu..

PAS For All has become a bit of a joke....."

".... Sebagai org baru...sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama... rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat.Sekarang maki hamunnya ..."

".... Sy tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam...

ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan...respect has to be earned not commanded from..."


Hadi: PAS Sedia Tamatkan Kerjasama Dengan DAP


PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP - Hadi

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.

ULASAN GB

Hubungan PAS-DAP semakin tegang.

Akibat sikap Haji Hadi, maka DAP telah memutuskan hungannya dengan beliau, bukan dengan PAS.

Haji Hadi seperti tidak memperakui DAP mewakili majoriti kaum Cina sedangkan hakikatnya adalah demikian.

Hudud menjadi keretakan semakin meruncing. Tetapi akhirnya, diberitakan RUU Hudud TIDAK AKAN DIBENTANGKAN di sesi parlimen kali ini. PAS ditipu UMNO lagi.

Kini TOLOL telah memakan diri.... apabila pesanan Ketua Ulama Sedunia tidak diikuti.. bahawa Tegakkan Kehidupan Islam Dahluhu Bukan Hudud.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... seperti GB utarakan sebelum ini... iaitu sesuatu perkataan itu akan kembali kepada penuturnya seperti perkataan BARUA yang pernah diucapkan sebelum ini...