6 Apr 2015

Mayat Adiana Baizieva Dituntut Saudaranya Bersama Pegawai Kedutaan Kyrgyzstan


Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.


"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar

LAPORAN GB SEBELUM INI

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.


Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. -GB

Tragedi Semenyih: Yang Keliru Dan Yang Sebenar....


Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam.

Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.

Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.


Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.

“Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp” katanya.


Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.


Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap.

Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran.

Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar

Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan.

Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.