14 Jan 2015

Felixia Yeap Kecewa Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop


Kisah gadis bertudung dipeluk dan memeluk artis k-pop menjadi viral di media sosial.

Rata-rata merasa kecewa... kecewa kerana ia amat mencemarkan imej "bertudung" yang mereka bawa... perbuatan mereka tidak melambangkan akhlak muslimah.

Felixia Yeap atau lebih dikenali dalam nama Islam beliau sebagai Rasiyyah Rania Yeap ada mengulas berhubung isu laman facebooknya. Jom kita ikuti:

Saya tak suka lelaki sentuh saya. (Kecuali baby. HEHE.)

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat “menjalar” kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, “Sorry sir, NO TOUCHING.” (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je… Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say “NO” kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah…atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters.
You’re different, you’re special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.



Daripada pengakuan Felixia ternyatalah beliau memang dikasihi Allah maka beliau dikurniakan hidayahNya lantarannya...

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.


Kepada mereka yang terlibat di dalam aksi peluk memeluk itu... bertaubatlah... kita khuatir nanti akan terbalik jadinya daripada perjalanan hidup Felixia.... daripada sudah ada hidayah... terus ditarik hidayah itu dan ditinggalkan dalam keadaan zulmat dan suul khatimah...mudah-mudahan dijauhkan Allah swt... sekalipun demikianlah hkum kebenaran dan keadilan berjalan...

Dan terlebih penting jangan ada di kalangan kita yang menempelak Felixia pula menuduh kononnya beliau dah jadi seorang "ustazah express" sepertimana tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh bekas seorang timbalan menteri kepada beberapa artis yang telah berhijrah...

Nizar Lepas Tanpa Dibebas, Menariknya, Yusof Zainal Abiden Peguamnya


Nizar dilepas tanpa dibebas daripada pertuduhan fitnah PM

Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pertuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hampir tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pembelaan diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang membangkitkan isu siapa yang sepatutnya membuat aduan dalam kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, Rihaida berkata mahkamah menerima hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud bahawa mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah, aduan orang yang teraniaya boleh dibuat oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, beliau memutuskan aduan yang dibuat dalam kes ini cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan, iaitu sama ada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Hanafiah Zakaria atau Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.

Rihaida berkata berdasarkan saman yang dikeluarkan mahkamah terhadap Nizar, borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

"Jadi mahkamah mendapati ada pelanggaran terhadap Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya).

"Oleh itu, mahkamah membenarkan bantahan awal pembelaan dan tiada pilihan selain melepas tanpa membebaskan OKS (orang kena saman)," katanya.

Semalam, Yusof berhujah dalam kes ini, memandangkan perdana menteri tidak membuat aduan, maka orang yang sepatutnya berbuat demikian ialah pendakwa raya atau peguam negara.

Beliau berkata jika mahkamah tidak menerima hujah itu dan memutuskan timbalan pendakwa raya juga boleh membuat aduan, maka mahkamah perlu menimbang fakta borang aduan dalam kes ini ditandatangani ASP Zulkarnain, iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan.


Dalam hujahnya, Masri memaklumkan meskipun borang aduan dalam kes ini ditandatangani Zulkarnain, Jabatan Peguam Negara menyertakan satu lampiran yang ditandatangani beliau.

Bagaimanapun, Yusof berkata nama Hanafiah turut ada dalam lampiran yang ditandatangani Masri, jadi isu yang timbul ialah siapa pengadu sebenar dalam kes ini.

Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di Ipoh didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di Ipoh, antara 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri, yang juga ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak, dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. – Bernama,

ULASAN GB

Ada dua perkara yang GB nak ulas di dalam kes di atas.

Pertama, PM tidak membuat aduan, Pendakwa Raya atau peguam negara juga tidak sedangkan Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya). Pendakwaan dilakukan berdasarkan borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

Menjelaskan bahawa seorang "pegawai penyiasat polis" nampaknya lebih berkuasa daripada Puam negara dan pendakwa Raya.

Mujurlah hakim mahkamah menerima hujah peguambela untuk membenarkan bantahan awal pembelaan dan melepas walaupun tidak membebaskan Nizar selaku OKS (orang kena saman).

Kedua, peguambela Nizar ialah Yusof Zainal Abiden. Nama Yusof amat dikenali. Seorang pendakwa raya di dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim. Kini beliau bukan lagi seorang penjawat awam. Beliau bebas untuk menjadi Peguamcara atau peguambela bagi rakyat. Beliau adalah profesional di dalam menjalankan tugasnya.

Sama juga dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan dalam kes liwat II.

Dari sudut profesyenalism, seorang peguam akan melakukan yang terbaik untuk anakguamnya tanpa mengira siapa anakguamnya itu.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... orang yang dahulunya mendakwa dan menghakimi pemimpin-pemimpin PR, kini menjadi peguambela-peguambela bagi pemimpin PR berkenaan pula...

[VIDEO & GAMBAR] Suasana Persekolahan Pasca Banjir Yang Menyayat Hati...


Sejak hari Ahad yang lalu, meriah dengan pelbagai gambar anak anak ke sekolah. Baik yang menyambung persekolahan mahupun yang baru mula memasuki alam persekolahan. Seronok kami melihat karenah dan telatah anak anak terutama yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan.

Namun hati kami sedikit terusik apabila terpandang gambar gambar persekolahan di negeri Kelantan yang baru baru ini dilanda bencana banjir. Beberapa keping gambar di bawah sudah cukup membayangkan betapa sukarnya keadaan persekolahan di sana. Tapi kami salute kepada pelajar pelajar di sana yang walaupun serba kekurangan semangat mereka untuk ke sekolah tidak pernah luntur.

Saksikanlah...

Sampah sarah memenuhi bangunan sekolah

Keadaan pintu masuk salah sebuah sekolah di Kelantan

Dua orang pelajar berjalan melalui lumpur tebal di hadapan sebuah sekolah

Murid murid hanya berdiri dalam bilik darjah yang rosak akibat bencana banjir

Kasih ayah, seorang ayah kelihatan mendokong dua orang anaknya melalui jalan yang berlumpur. (Meredah segala keperitan untuk melihat anaknya bersekolah dan berpelajaran... aku menangis melihat gambar ini... GB)

Keadaan bilik darjah yang belum dipulihkan sepenuhnya

Walaupun keadaan sekolah rosak teruk, pelajar pelajar ini masih bersemangat datang untuk memulihkan sekolah mereka

Pelajar hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam

sumber: thevocket.com (Nota Editor thevocket.com: Gambar gambar di atas dikumpul daripada pelbagai sumber seperti Facebook dan WhatsApp.)