13 Dis 2014

Memalukan Negara: Air bertakung Lagi Di KLIA2


.Hujan lebat yang melanda KLIA2 menyebabkan air bertakung sekali lagi di kawasan pelataran lapangan terbang tersebut walau kementerian pengangkutan telahpun berjanji untuk memperbaikinya.

"Kita akan baikinya,” kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas melawat kawasan yang ditakungi air di lapangan terbang tersebut hari ini.

Liow yang mengumumkan nama anggota Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 berkata, jawatankuasa itu sudah diarahkan untuk menyiapkan laporannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

“Saya beri mereka tempoh beberapa bulan untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas pelataran KLIA2 dan juga ke atas isu keselamatan,” katanya.

Ditanya mengenai masalah yang dikenalpasti oleh kontraktor lapangan terbang tersebut, Liow berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.

Katanya, laporan audit oleh jawatankuasa bebas itu akan didedahkan kepada umum bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Jawatankuasa berkenaan diketuai oleh presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik, Chuan Hean Teik serta tiga lagi anggota. -mk




Bapa Bernafsu Iblis Rogol Tiga Orang Anak Gadisnya


Anak Gadis Belasan Tahun Dirogol Ayah Tanpa Belas Kasihan

“Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara membuatkan saya terpaksa berdiam diri.

Kejadian mengerikan tersebut merupakan kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah awal Januari lalu.

Namun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air kencing setan di rumah rakan berhampiran. Lelaki durjana itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.

Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit telah ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mer0gol dua daripada tiga anaknya.

Kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.

Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat lesen dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu.

“Kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya,” katanya.


“Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik,” tambahnya lagi.

Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri. Bermula detik itu ayah sering mer@gol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama.

Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini.

ULASAN GB

Kisah diatas dihantar ke kantong email GB oleh seorang pembaca blog ini.

Mungkin kisah ini bukan kisah semasa tetapi kerana ada unsur pengajaran maka GB siarkan juga.