9 Dis 2014

Sebenarnya Mahathir Bermaksud Najib & Ahli-ahli UMNO Bodoh....


CEO MAS: Orang Malaysia bodoh, kata Tun M

KUALA LUMPUR - "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS. -SH


Nanti PM 'orang putih' pula, sindir Dr M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan “orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.
-mk


ULASAN GB

Nanti PM 'orang putih' pula, sindir Dr M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan “orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.
-mk


Sebenarnya begitulah... Mahathir ingin menyatakan Najib dan sekalian ahli UMNO itu bodoh.

Mahathir memang terkenal dengan kata-kata sindiran dan sarkastiknya. Beliau juga pakar reverse psychology.

Apabila beliau menyatakan

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan..."


Beliau sebenarnya menyindir dan menempelak Najib yang melantik orang luar menerajui MAS.

Maka itu sebabnya beliau menyatakan nanti "orang putih" pula jadi PM Malaysia.

Beliau turut mengkritik ahli UMNO yang terus mempertahankan Najib. Di dalam satu ucapannyab beliau menyatakan ramai yang layak menggantikan Najib tetapi ahli-ahli UMNO yang menjadi penghalangnya. Justeru itu sebenarnya, menurut Mahathir ahli-ahli UMNO semuanya bodoh mengekalkan PM yang bodoh.

Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun Umno menjadi penghalang kepada usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahankan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.

“Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat.

“Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

“Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian minggu lalu.

Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari seluruh negara. – TMI


Projek Kebanggan UMNO: RM250 Juta Untuk 20 Lembu, 4 Pekerja & Rumah Usang!

Hanya 20 lembu, 4 pekerja dan bangunan usang yang tinggal di NFC

Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.

Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.

Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.

"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.

"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.

The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.

Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.

Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.

"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.

“Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.

Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.

Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.

Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.

Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.

NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.

Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.

NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya bagi tujuan perniagaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut menjalankan penyiasatan berhubung skandal berkenaan dan mengeluarkan laporan berhubung isu itu.

Salleh kemudiannya didakwa pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam bentuk pembelian dua unit kondominium itu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ketika ini masih belum selesai. Beliau juga menghadapi dua tuduhan lain mengikut Akta Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, memberitahu Parlimen baru-baru ini, NFCorp gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman tahun ini yang sepatutnya dijelaskan pada Januari lalu. Hanya RM34.98 juta dibayar setakat ini melalui 2 ansuran pada 2012 dan 2013.

Rafizi, yang berkata pinjaman itu diambil pada 2006, menganggarkan faedahnya sepatutnya sudah mencecah kira-kira RM50 juta sekarang.

Jumlah wang yang besar ini tidak tercapai di akal fikiran kakitangan NFC yang pada waktu ini melakukan kerja kasar menjaga ladang dan memantau lembu.

Ditanya mengapa mereka masih lagi mampu bertahan bekerja di pusat penternakan itu, sambil tersenyum, salah seorang kakitangan berkenaan berkata: "Macam mana, nak bagi makan anak, isteri, terpaksalah." -TMI



[VIDEO & GAMBAR] Memalukan Negara: Insiden Penyokong Harimau Malaya Pukul Rakyat Vietnam


Hooligan’ kena cekup

Shah Alam: Enam penyokong Malaysia ditahan polis dalam dalam perlawanan separuh akhir Harimau Malaya menentang Vietnam pada Piala AFF di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lima orang ditahan atas kesalahan membakar suar manakala seorang lagi terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Vietnam.

“Lima lelaki yang ditahan kerana membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun arahan untuk tidak berbuat demikian sudah dikeluarkan.

“Seorang lagi ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam itu berlaku pada minit terakhir perlawanan susulan provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.

"Pergaduhan itu dapat dileraikan dengan tindakan pantas polis yang bertugas namun penyokong Vietnam yang cedera enggan membuat laporan polis walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, semua lelaki berusia 20-an yang ditahan sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Facebook (FB), menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia,” tegasnya.

Menurutnya, beliau masih menunggu laporan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu. -HM


Pergaduhan Penyokong Malaysia Pukul Vietnam AFF Suzuki 2014

Insiden kes pergaduhan penyokong Malaysia pukul penyokong Vietnam pada Semi Final AFF Suzuki 7 Disember 2014.

Insiden separuh akhir pertama AFF Suzuki amatlah memalukan Malaysia sebagai tuan rumah apabila diakhiri dengan kes penyokong Harimau Malaya memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam.

Punca pergaduhan itu disebabkan penyokong Malaysia tidak berpuas hati apabila Malaysia tewas kepada Vietnam dengan gol 1-2.

Seperti sedia maklum, kalah dan menang adalah adat pertandingan.

Namun, sikap segelintir penyokong Malaysia yang terlibat dalam pergaduhan tersebut adalah amatlah memalukan negara.

Selepas ini, perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Hanoi Vietnam pada 11 Disember 2014. Apakah nasib penyokong Malaysia ketika di Stadium Hanoi nanti?
-melvister.com







ULASAN GB

Like minister like supporter?