9 Nov 2014

MSU Kekalkan Gantung 2 ADUN, Apa Ada Hal...


Majlis Syura kekalkan penggantungan setahun ke atas 2 Adun PAS

Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun kepada dua Adun PASnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Saari menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.

"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Ekoran itu, kedua-dua mereka menghantar surat rayuan kepada Majlis Syura Isnin lalu.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Semalam Saari menerima surat itu.

Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Menurut Hasnul, dia menerima keputusan PAS menggantungnya, tetapi akan meneruskan tugas sebagai Adun Morib sebaik mungkin.

"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," kata Hasnul kepada The Malaysian Insider.

Saari pula ketika dihubungi berkata beliau tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti.

"Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

Namun, katanya, itu tafsirannya sendiri sahaja.

Dr Dzulkarnain Lokman, peguam yang juga ahli Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, sebagai ahli yang digantung keahlian, Saari tidak boleh lagi bertindak sebagai ahli PAS atau apa-apa jawatan yang beliau pegang dalam PAS.

Namun, dia bebas bergerak dan bertindak sebagai seorang Adun, termasuk menyertai sebarang mesyuarat atau program PAS atas kapasitinya sebagai seorang Adun.

"Berdasarkan preseden kes lalu, apabila Khalid Samad digantung sebagai ahli PAS selama enam bulan, beliau lebih aktif berbanding sebelum digantung.

"Beliau dijemput memberi ceramah ke seluruh negara oleh PAS tetapi beliau bukan datang sebagai ahli atau Yang Dipertua PAS Shah Alam yang beliau pegang, kerana sudah digantung, tetapi sebagai ahli parlimen Shah Alam," kata Dzulkarnain kepada The Malaysian Insider.

ULASAN GB

Bagi GB, tindakan MSU kekalkan penggantungan dua orang ADUN berkenaan sudah diduga, malah awal-awal lagi dulu GB kata tak perlu buat rayuan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Perbicaraan Liwat 2: Satu Tinjauan Semula


Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal. -SH

BERITA 2

Peguam: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani?

PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata peguambela itu. Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri.

Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

“Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan,” kata Ram.

Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

“Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya. -KD

BERITA 3

Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi - Surendran

PUTRAJAYA: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi.

Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu.

Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.

Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).

"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.

"Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka,"
katanya.

Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.

"Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya.

Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh.

Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan.

"Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram.

Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kndominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video.

Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku.

Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku. -BERNAMA

BERITA 4

Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful

Peguambela Ram Karpal Singh berkata, tiada kesan air mani pada seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas insiden beliau mendakwa diliwat.

Tambah beliau, kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak diguna beliau (Saiful) semasa insiden berlaku.

“Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.

Pada masa sama beliau mempertikai keputusan ahli kimia kerajaan yang bertindak berat sebelah apabila tidak menjawab soalan yang ditanya peguam bela. -FMT

BERITA 5

Kewibawaan Saiful terus dipertikai

Putrajaya: Pihak pembelaan di dalam kes rayuan liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertikaikan kewibawaan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram di dalam hujah semula di Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, membangkitkan isu permaidani yang ditemui di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara iaitu tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

“Sebelum ini Mohd Saiful Bukhari mendakwa liwat berlaku di atas permaidani itu dan gel pelincir ada tertumpah ketika kejadian iaitu di unit satu.

“Bagaimanapun, permaidani itu ditemui pasukan forensik di unit hadapan tempat kejadian iaitu unit 11-5-2. Pendakwaan mengatakan ia dipindahkan dari unit dua ke unit satu. Saya tidak percaya permaidani terbang. Tidak ada bukti mengatakan ia dipindahkan atau bukti di atas permaidani itu sendiri,” katanya.


Gopal melalui hujahnya mengetepikan dakwaan pendakwaan melalui peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan Anwar mengawal Mohd Saiful Bukhari menggunakan teknik tertentu.

“Mohd Saiful Bukhari memang menganggap Anwar sebagai idolanya sedangkan sebelum ini dia membencinya. Ini dapat dilihat melalui akaun Friendster miliknya yang memaparkan Mohd Saiful Bukhari sebagai penyokong kuat Barisan Nasional.

“Mohd Najwan Halimi iaitu rakan Mohd Saiful sebelum ini pernah dipanggil memberi keterangan. Dia mengakui rakannya itu tidak boleh dipercayai.

“Malah, Mohd Najwan sendiri ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk memberi amaran berhubung Mohd Saiful Bukhari,”
katanya.

Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo dalam hujahnya berkata, tidak ada bukti menyatakan DNA Anwar yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

“Tidak ada bukti menyatakan Anwar menggunakan tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol air iaitu ketiga-tiga barang yang didakwa mempunyai profil DNA lelaki Y,” katanya. -HM

ULASAN GB

Yang penting ialah "tiada saksi selain Saiful Bukhari sendiri terhadap kejadian liwat tersebut."

Kedua tiada pengesahan dari mana-mana doktor menyatakan Saifu diliwat, malah 4 (1 Pusrawi dan 3 dari HKL) orang doktor mengesahkan dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

Ketiga, satu-satunya bahan bukti Saiful ialah sampel DNA. Terdapat kehadiran 18 alel. Pendakwa menuduh alel 18 mungkin kepunyaan Dr.Osman, jika benar, ia mengesahkan bahawa DNA itu memang telah tercemar. Apabila ia tercemar, ia sepatutnya telah ditolak sebagai bahan bukti. Sementelah lagi sampel itu juga tidak ditempatkan di peti dingin beku, tetapi di laci seorang pegawai polis.

Keempat, bahan bukti kedua ialah seluar dalam. Tetapi seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh namun kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu! Hancus...

Kelima, bahan bukti terakhir ialah permaidani, insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain (11-5-2). Hancus lagi...

Jadi dengan ketiadaan saksi, bahan bukti yang semuanya meragukan apa lagi yang tinggal untuk menjadi sandaran tuduhan liwat? Ya yang tinggal kini hanya "dubur" Saiful sendiri.... ia perlu dipertontonkan di dalam mahkamah?...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI