20 Sep 2014

[VIDEO] Yuhaizad: Mereka Yang Berjongkang-jongkit Di Rumah UMNO Perlu Ditegur


Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN.

"PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS.

"Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya.

Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'.

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat.
Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai.

"Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan.

"Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat,"
katanya. -petikan malaysiakini


ULASAN GB

Hujjah yang mantap. Tahniah Yuhaizad. Berani kerana benar dan kebenaran itu tidak akan dapat sekali-kali dikalahkan oleh kebatilan.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Budaya Ejek Berterusan, Hanipa Maidin Tegas Walau Terima Ejekan


Peguam PAS tetap tegaskan parti tidak patut terima jawatan MB walau diejek

PAS meminggirkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ketua kerajaan negeri tidak stabil sekiranya ia menerima jawatan menteri besar Selangor, kata peguam parti itu sementara disampuk berkali-kali oleh ahli yang tidak setuju.

Mohamed Hanipa Maidin meneruskan juga dalam gangguan ejekan dari akar umbi PAS di Muktamar ke-60 supaya beliau dapat memberi pandangannya sebagai peguam mengapa ia bukan idea yang baik bagi parti untuk menjadi menteri besar Selasa ini.

"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.

"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri,"
kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.

"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."

Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"

"Boleh apa?" soal Hanipa.

"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.


"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.

Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.

Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.

Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.

Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. -TMI


Muktamar: Takbir, jerit tak ubah perlembagaan parti - Hanipa

"Tuan-tuan boleh jerit dan takbir sekuat hati. Undang-undang tak ambilkira kuatnya takbir dan jeritan," kata Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Pas Pusat (LUHAM) Hanipa Maidin semasa diboo oleh perwakilan ketika menjelaskan kenapa LUHAM membuat kenyataan mempertikaikan kuasa presiden baru-baru ini.

"Persoalan timbul apabila LUHAM sentuh Majlis Syura Ulama (MSU) dan presiden, adakah LUHAM bertindak di luar bidang kuasa?

"Saya dan kami berpendapat ia tidak melampaui kerana pertama LUHAM tak ambil kuasa MSU," ujarnya semasa menggulung perbahasan sempena Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini hari ini.

Hanipa berkata, sesiapa yang membaca kenyataan LUHAM secara penuh atau istilah read in total, mereka mendapati LUHAM mengiktiraf MSU dalam perlembagaan Pas.

Kepada dakwaan LUHAM ambil kuasa MSU, Hanipa berkata ia dibuat tanpa membawa sebarang fakta.

"LUHAM berpandangan apabila MSU beri kenyataan bagi sokongan pada presiden dan kes Selangor, kami berpandangan ia menyalahi melebihi kuasa yang diberi," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, LUHAM tidak berniat ambil alih MSU

"Cuma Setiausaha LUHAM beri kenyataan mengatakan kita apa salahnya semasa MSU menafsirkan perlembagaan apa salahnya LUHAM dirujuk," katanya sebelum diboo oleh perwakilan dan pemerhati.

Menurutnya, LUHAM tidak menafikan presiden parti boleh buat keputusan tapi mengikut amalan presiden biasanya rujuk kepada LUHAM.

"Kenapa LUHAM buat kenyataan secara terbuka? Saya nak tanya kenapa MSU buat kenyataan terbuka? Mana leih baik menerima pandangan LUHAM yang diamanahkan dalam keadaan LUHAM ada track record bela kes-kes bela melibatkan ahli dan pemimpin parti.

"Kepada soalan kenapa tidak bubarkan LUHAM? Saya tak jadi masalah..Kalau dibubarkan kami peguam-peguam Pas akan terus membela ahli-ahli Pas," katanya.

Jika Pas menerima jawatan MB Selangor yang baharu pula, Hanipa berkata, ia akan akan dicap sebagai mungkir janji dan mewujudkan kerajaan rapuh.
-malaysiagazette



Teriaklah sekuat mana pun


BATU PAHAT: Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Hanipa Maidin menegaskan PAS perlu menolak jawatan Menteri Besar sekiranya ditawarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Hanipa perwakilan PAS dan ahli PAS di Muktamar ini boleh teriak sekuat mana tapi PAS harus perlu membuat keputusan berdasarkan fakta.

“Kita buat keputusan bukan berdasarkan takbir dan teriakan, tapi buat keputusan berdasarkan prinsip yang rasional dan memahami isu sekiranya kita menerima jawatan MB.

“Bagaimana kita nak perintah sedangkan kita tidak mendapat sokongan daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya dalam ucapannya pergulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Namun sekali lagi dewan di muktamar ini riuh dengan cemuhan daripada perwakilan PAS yang berbunyi ‘Boo..Boo’ tanda tidak setuju dengan kenyataan Hanipa.

Tegas Hanipa, beliau tidak kisah sekiranya perwakilan tidak bersetuju kerana beliau percaya PAS tidak akan kekal lama sekiranya menerima jawatan MB.

“Malah, kemungkinan akan berlakunya pilihanraya kecil kerana tidak mendapat sokongan daripada majaroti dalam ADUN dan rakan-rakan dalam PR yang lain.

“Mana boleh kita perintah tanpa dapat sokongan,” soalnya namun masih terus mendapat cemuhan daripada perwakilan lain.

Kata Hanipa sekiranya menerima jawatan MB PAS tidak akan lari daripada bersikap mungkir janji.

“Kita telah janji kepada PKR dan kita perlu menghormati keputusan yang telah dibuat didalam mesyuarat pimpinan PR.

“Anda semua boleh teriak, tapi kita perlu buat keputusan berdasarkan fakta,” ujarnya.

Semalam, Dewan muktamar PAS digamatkan dengan cadangan usul oleh Wakil Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzah yang menggesa semua ahli dalam PAS tolak jawatan Menteri Besar Selangor daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada sesi pagi tersebut muktamar telah kecoh apabila adegan tarik mikrofon antara perwakilan Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin dan perwakilan dari Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar.

Ini berikutan sebelum adegan itu, perwakilan Wilayah Persekutuan PAS itu telah membahas cadangan dengan membaca doa dengan panjang sehingga habis ucapan dan sempat mengutuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selain dua ADUN PAS, Shaari Sungib (Hulu Klang), dan Hasnul Baharuddin (Morib).
-FMT




ULASAN GB

Hairan GB. Bagaimana kumpulan yang mengejek ini boleh dibenarkan masuk. Ia seolah-olah direstui oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS. Unit Amal pun tidak menghalang mereka seperti mereka halang Ustadz Ridzwan Abu Bakar dari Kuala kedah yang menegur wakil Wilayah Persekutuan membaca doa laknat di dalam ucapannya.

Apa agenda yang tersembunyi di sebalik semua kejadian ejek-mengejek ini? Mengapa dibiarkan budaya liar ini berterusan dan menular di dalam parti?

GB puji ketegasan Hanipa berdepan para pengejek berkenaan. Hanipa berhujjah.

Semasa PAS dan pemimpinnya dalam keepayahan diheret ke mahkamah tahu pula cari Hanipa dan LUHAM. Mengapa tak ambil saja para pengejek itu sebagai peguam terutama di dalam kes saman RM2 juta terhadap Abd Hadi Awang?








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tolak Atau Terima Jika PAS Dipilih MB Selangor?


Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.

Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.

"Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos,"
katanya.

Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu.

Ini berikutan keputusan yang berbeza-beza diambil dalam hal berkaitan isu itu dan tentang siapa yang selayaknya dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan yang dibuatnya menggoncang hubungannya dengan rakan dalam PR dan menimbulkan spekulasi PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu.

PKR dan DAP kedua-duanya menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Tetapi di dalam PAS, sebahagian daripada mereka mengiktiraf Dr Wan Azizah atau timbalannya Mohamed Azmin Ali, sementara sebahagian lagi mencalonkan 3 nama lain yang diberikan kepada Sultan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menafikan beliau turut mencalonkan seorang pemimpin PAS Selangor untuk jawatan itu.

Terdapat kebimbangan dalam parti itu yang menteri besar Selangor daripada PAS tidak akan diterima kerana ia bertentangan persefahaman yang dicapai memutuskan kerusi itu milik PKR.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata sekiranya pemimpin PAS dilantik menteri besar Selangor, dia tidak akan dapat bertahan lama.

"Sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan menteri besar yang dipilih, Selangor akan jadi kerajaan negeri sementara," katanya.

Seorang lagi perwakilan mengulang kenyataan Mohamad semasa muktamar hari ini, menyeru PAS menolak jawatan menteri besar Selangor itu.

“Kita mahu satu usul tergempar dibentangkan yang menegaskan PAS menolak jawatan menteri besar Selangor atas semangat solidariti dengan rakan kita dalam PR.

"Sekurang-kurangnya kita boleh beritahu rakan kita yang kita menolak jawatan itu. Tetapi, sekiranya Sultan memilih calon PAS juga, apa boleh kita buat?,” katanya. -TMI




Terima saja keputusan Sultan Selangor walau PAS terpilih

BATU PAHAT, 19 SEPT: PAS digesa menerima apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor baharu sekalipun pemimpin parti itu terpilih.

Perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ini termasuk sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Siapa saja yang dipilih oleh sultan, kita terima. Kita akan terima walaupun ada pandangan yang kata jika pimpinan, sultan pilih PAS kena bantah, kenapa?


“Kalau sultan pilih kita, sudah tentu kita akan pertahan. Kita minta semua rakan kita mengukuhkan PR dengan terima pilihan itu,” kata perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.

Ia berlawanan dengan gesaan Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim yang menggesa muktamar membuat ketetapan supaya menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika ia diberi kepada PAS.

Katanya, gesaan itu sebagai menunjukkan PAS sebuah parti yang berpegang pada janji dan mempunyai nilai integriti di mana sebelum ini parti telah memutuskan kerusi itu diberikan PKR.
-selangorku



ULASAN GB

Masing-masing boleh nilaikan dua pendirian yang berbeza di dalam PAS. Satu suruh tolak satu suruh terima jika ADUN PAS dipilih sebagai MB Selangor menggantikan TSKI.

Nampaknya Terengganu seperti tidak hiraukan lagi Pakatan Rakyat, boleh mungkir janji dan tidak perlu lagi patuh perjanjian bahawa jawatan MB Selangor itu milik PKR. Pilihan yang dibuat oleh rakyat tak penting, yang penting pilihan Sultan.

Mahu hidup senang dan kenyang tak kira perbuatan itu (menerima jawatan MB) bermoral atau tidak, beretika atau tidak, berdosa atau tidak walaupun melanggar perjanjian dengan sahabat di dalam Pakatan Rakyat.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Muktamar Dicemari Dengan Budaya Boo-Memboo Oleh Kumpulan....


Pemuda tegur pemegang diari Hadi kena 'boo'

Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan (gambar) berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.

"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.

"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.

"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.

"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju".

Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.

'Kita nak lawan Umno'

"Kita bukan nak lawan siapa, kita nak lawan Umno dan BN, sebab itu kena jaga diari itu betul-betul," katanya.

Dalam perbahasannya juga beliau membangkitkan pendirian PAS mengenai isu pelantikan MB Selangor jika pihak Istana melantik ADUN PAS menjawat jawatan itu, dan ia adalah kerusi MB.

"Sebab itu hari ini, kita nak penegasan semua yang hadir, menyatakan jika baginda sultan lantik daripada ADUN PAS, Pemuda ingin sarankan tolak jawatan MB yang ditawarkan.

"Sebab itu janji kita, janji setia kita dalam Pakatan. Setuju atau tidak," katanya sambil diiringi laungan 'setuju' perwakilan yang hadir.


Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.

"Itu pendirian Pemuda. Itu janji yang kita sepakati," katanya lagi sebelum mengakhiri perbahasannya. -mk


Perwakilan cemuh seruan tolak menteri besar daripada PAS

Seorang perwakilan Pemuda PAS dicemuh apabila beliau dengan penuh semangat menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin daripada PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Insiden itu mencetuskan kekecohan petang ini apabila perwakilan dan pemerhati muktamar bangun dan menjerit "boo" kepada Mohd Sany Hamzah dan mengarahkannya berhenti berucap.

"Jika benar Sultan Selangor lantik menteri besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Pemuda ingin menyarankan supaya kita tolak jawatan itu.

"Setuju semua? Sebab itu janji kita," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini. "Setia kita dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Sebab itu saya nak sebut, kalau mahu ambil kerusi menteri besar, tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita sapu 20 kerusi di Selangor, kita jadi menteri besar," katanya dan mencetuskan kekecohan apabila disambut dengan "boo" oleh mereka yang hadir.

Sany bagaimanapun tenang menerima bantahan dan berkata ia adalah pendirian sayap Pemuda PAS bersama PR.

"Tak apa, saya tidak ada masalah, itu pendirian Pemuda yang kita janji dan sepakati bersama dalam Pakatan," katanya.

Sany turut mempersoalkan peranan Jawatankuasa Disiplin PAS yang dilihat seperti tidak wujud kerana tiada sebarang tindakan diambil ketika ahli parti dan pimpinanannya melakukan kesalahan yang melanggar arahan kepimpinan pusat.

"Betul atau tidak kita ada Jawatankuasa Disiplin, jika ada timbullah, kita mahu mereka berperanan.

"Berkaitan 2 Adun PAS di Selangor, kita tengok pelbagai tohmahan...ada kata pengkhianat, munafik," katanya, merujuk kepada dua Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Kalau kita ada rasa tidak puas hati, ada benda ingin disampaikan, laporan perlu kita beri kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Disiplin.

"Biar mereka tentukan hukuman untuk diberikan kepada 2 Adun itu," katanya.

Sany turut mencadangkan agar PAS mewujudkan jawatankuasa pengurusan krisis yang mana bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan daripada parti apabila berlaku krisis dalaman PAS.

"Kita minta ini diwujudkan segera. Apabila ada isu, semua bercakap. Kita dihalakan mikrofon ini kita akan bercakap," katanya.

Beliau turut menegur pegawai yang bertanggungjawab menguruskan jadual Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk lebih peka dan bertanggungjawab memastikan pemimpin veteran PAS itu menghadiri mesyuarat pimpinan PR.

"Kita nak minta yang jaga diari presiden ambil perhatian, mesyuarat PR kita mahukan kehadiran presiden kita.

"Kita mahu presiden ada dalam mesyuarat PR, tidak kira keputusan mesyuarat kecil atau besar. Kita mahu keadilan,"katanya.

Beliau juga turut memberi amaran kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya berhati-hati membuat keputusan serta tidak membelakangkan PAS.

"Kita mahu beri amaran kepada Anwar dan Kit Siang, nak buat apa-apa keputusan jangan buat keputusan sendiri.

"Berbincang baik-baik, kita nak lawan Umno dan Barisan Nasional (BN). Itu sahaja," katanya.
-TMI



ULASAN GB

Hujjah Sdra Mohd Sany Hamzan adalah baik. Namun terdapat sekumpulan pemerhati yang didatang khas oleh pihak tertentu untuk membuat kucar-kacir di Muktamar PAS Ke 60. Mereka ini bersorak dan memboo kepada perwakilan yang berucap sepertimana yang dilakukan ke atas Mohd Sany Hamzan, wakil Pemuda seperti laporan di atas.

Kita tertanya-tanya sejak bila boo-memboo ini wujud di dalam PAS? Ia bukan akhlaK Islam tetapi ternyata sangat dilakukan oleh kumpulan yang mereka dakwa sebagai pro-Ulama.

Akhlak hodoh dan buruk yang dipaparkan itu adalah satu lagi contoh tipikal golongan yang mengaku menyokong ulamak seperti yang telah GB ulas di SINI. Petikan:

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".

Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?

..... Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.

Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.


Siapa yang ada di belakang kumpulan ini? Cuba kita semak catatan ini:



Ternyata benar apa yang disebutkan oleh seorang perwakilan semalam:

"Kita (mahu) ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI