14 Ogo 2014

Sokong Shaari Sungip & Hasnol: Ramai Anak Muda Mahu Tinggalkan PAS


Adun PAS sokong Wan Azizah jadi MB Selangor sedia dipecat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersedia dipecat PAS kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan tetapi menegaskan prospek menjadi Adun bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Adun dua penggal itu mengatakan beliau membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah untuk memastikan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya percaya pendirian saya tidak bercanggah dengan polisi PAS kerana parti saya sudah menyatakan untuk bersama Pakatan," katanya kepada pemberita selepas 30 Adun menyatakan hilang keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di Hotel Empire di Subang Jaya hari ini.

Saari dan rakannya Adun Morib Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun daripada PAS yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Wan Azizah walaupun jawatankuasa pusat parti Islam tersebut hanya akan bermesyuarat untuk menyelesaikan krisis di Selangor pada Ahad ini.

Menurut Saari, beliau akan kekal dengan keputusannya walaupun PAS mendesaknya berubah fikiran.

"Keutamaan saya sekarang adalah untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor dan pendirian saya tidak bercanggah dengan pendirian parti," katanya.

Dalam menjelaskan keputusannya, Saari mengatakan mesyuarat PAS masih terlalu lama untuk berlangsung sedangkan Khalid melakukan pelbagai tindakan.

Sementara Hasnul bersetuju dengan alasan Saari untuk menyokong Dr Wan Azizah dan mengatakan Khalid perlu berundur. Beliau yakin penyokong akar umbi PAS bersetuju dengan tindakannya.

"Saya rasa pimpinan PAS harus memikirkan semula ini. Saya masih setia kepada PAS,"
katanya. -TMI


ADUN keluar parti jika PAS terus sokong MB

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor,"
kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"
katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.
-mk




Ahli PAS diminta jangan belakangi parti

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau juga meminta supaya semua ahli dapat bersabar menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ahad ini.

"PAS mengingatkan ahli parti mematuhi keputusan parti dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi keputusan jemaah.

"Parti akan mengadakan mesyuarat pada 17 haribulan nanti. Harap semua bersabar," kata Tuan Ibrahim (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini.

Menurut dua ADUN PAS tersebut, mereka memberi sokongan kepada Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga bersetuju seratus peratus supaya Khalid kekal memimpin Selangor.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.
-mk


ULASAN GB

Blogger Al-Husseyn menulis:

2 Adun PAS memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini. Beritanya di sini Beliau tidak pula melarang 4 exco PAS dari menyokong Khalid yang telah dipecat oleh PKR kerana tidak mematuhi arahan parti tersebut.

Dua Adun PAS itu tentu pening dan keliru, samada mahu mencontohi perangai Khalid yang engkar arahan partinya, atau nak ikut cakap Tuan Ibrahim? Kah! Kah!

Kalau ikut cakap Tuan Ibrahim, akhirnya mereka kena juga ikut cakap Khalid yang tidak mahu ikut cakap partinya hingga kena pecat!

Akhirnya 2 Adun PAS tersebut mengambil keputusan yang tepat dan bijak. Mereka memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS yang sudah diputuskan melaui tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Dan dipersilakan baca ini:-

Saari Sungib yang kukenali..." - Adun PAS Meru

"Yb Shaari bukan sebarang pejuang. Pengalaman dlm bersidang, traveling dan diam sebilik dgn beliau didalam dan diluar negara...beliau tidak berhenti2 membaca Al Quran, berzikir dan bersalawat.

Jam 3 pagi dah bangun solat mlm walau dimana berada.

Pelbagai usul yg dibawa dlm Sidang DUN sejak menjadi ADUN Pas menaikkan imej Pas dimata rakyat.

Pernah ditahan ISA dan diseksa. Banyak buku2 yg telah ditulis. Kesihatannya juga terganggu semenjak akhir2 ini.

Saya menangis bila membaca pelbagai bad remarks yg dicampakkan keatas dirinya.

Saya yakin pengorbanannya besar kpd jamaah.

Sanggup korbankan diri utk jamaah. Biarlah Jawatankuasa Disilplin berperanan ......"

-YB Dr Abdul Rani Osman-
ADUN Meru
Dan GB juga tertarik dengan komen seorang ahli dewan ulamak PAS dari utara sekalipun beberapa kali pernah berdebat dengan GB di dalam isu lain:

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi:

"RATIB SEMUA PEMIMPIN PAS ialah, PAS bersama PR, pertahan PR dan tiada hasrat tinggalkan PR.

Apabila dua ADUN PAS Selangor (ada yang kata empat) menyatakan sokongan kpd PKR dan DAP supaya Khalid melepaskan jawatan MB dan jawatan itu diserah kpd PKR;

Naib Presiden PAS kata mereka membelakangi parti.

Ahli biasa PAS macam aku pening."

Dan dari pagi tadi sejak blog GB menyiarkan artikel mengnai YB Shaari Sungip, maka ramai pembaca blog ni menyatakan mereka bersetuju dengan tindakan tegas YB berkenaan.

Malah ramai juga yang sanggup keluar parti
Anonymous said...
So apa lagi Saari Sungip, tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari gabungan ulama muda dan golongan profesional dari kalangan orang muda macam dulu parti semangat 46.

We all tak nak parti Islam yang satu ini yang masih nak penggunakan pendekatan zaman batu.

August 14, 2014 at 10:03 AM
**********************
Anonymous said...
YB yang berpandangan jauh dan tahu menjaga amanah rakyat yg telah mengamanahkan PR, bukan TSKI.

August 14, 2014 at 10:07 AM
**********************
Anonymous said...
MB Selangor bebas kata Selangor bukan k'jaan pakataan nak tunggu apa lagi pas.

August 14, 2014 at 10:10 AM
**********************
Anonymous said...
Tahniah YB Saari. Kita kena ingat anggota Majlis Syura tu pun manusia biasa yg. tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tak kan keputusan Majlis Syura tak boleh disanggah. Berapa kerat org dlm Majlis Syura tu yang pernah masuk ISA dan pernah mengalami peristiwa Mageran di Kelantan. Dia orang tak tahu susah payah perjuangan. Tahniah YB.

August 14, 2014 at 10:26 AM
**********************
Anonymous said...

sabar.PAS memang tidak join umno seperti keputusan muktamar.pakatan rakyat diperkukuhkan.keputusan rasmi selepas mesyuarat 17.8.2014 barulah boleh dbuat. tidak boleh pandangan peribadi presiden sahaja.exco terus pun utk selamat keadaan.Percayalah kepada kepimpinan ulama.lebih kepada selesainya proses dan segala pembuktian supaya tidak menzalimi mana-mana pihak.itulah bezanya PAS dibawah ulama' sentiasa bertenang.ahli ikut sahaja keputusan jemaah bukan keputusan individu.Allah bukan melihat kejayaan kita tetapi usaha kita untuk selesaikan sesuatu ujian yang Allah berikan mengikut sunnah atau tidak.Disamping menapis orang yang membuat agenda sendiri tanpa mengikut keputusan jemaah.

August 14, 2014 at 10:28 AM
**********************
Anonymous said...
Tapi PAS dah beri peluang pd UMNO menyusup ka dlm pemerintahan PR......TSKI wajib di tukar sablum terlambat

August 14, 2014 at 11:00 AM
**********************
Blogger aku said...
aku rasa ramai pengundi PR lepas ni akan mengundi BN..org PAS jgn rasa confiden sgt..kat selangor ni tak semua rakyat marhaen selalu browse internet/blog/forum nak baca kehebatan anda..yg dia org tahu selangor jadi carca marba di bawah PR...so kurangkan rasa syok sendiri..."amanat rakyat la konon..buka mata, muhasabah diri apa yg pemimpin PR dah buat kat selangor ni..tq

August 14, 2014 at 11:28 AM
**********************
Anonymous said...
Sekiranya Pas terima Khalid Ibrahim sebagai ahli, ternyata Pas tidak islamik lagi. Sanggup mengkhianati kawan, dan perjuangan pun sudah tersasar jauh. Pas patut dibubarkan.

August 14, 2014 at 11:36 AM
**********************
Anonymous said...
Bodoh la ko...x fhm pelembagaan. Kan muktamar dan putuskan sokong pakatan. Patutnya geng ug yg keluar pas buat parti baru..ngok on Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat

August 14, 2014 at 11:39 AM
**********************
Anonymous said...
Masalahnya sape yg buat agenda sendiri. Ug dulu sape buat? Ade minta maaf...akai o August 14, 2014 at 11:41 AM
**********************
Anonymous said...
Apa masalahnya Wan Azizah sebagai MB? majoriti DAP dan PKR tak bantah, malah sokong sebab Wan Azizah presiden PKR. Tetiba UMNO dan UMNOriyun dalam PAS yang membantah,...

August 14, 2014 at 11:42 AM
**********************
Anonymous said...
melihat pd keadaan hari ini pd sy Pas tak akan kemana pun, tapi sy juga berharap Pas akan memulakan langkah baru. Kalau selama ini rakyat tiada pilihan selain mengundi umno, diharapkan Pas akan menyediakan ruang pilihan bila tiap kali PRU/PRN. Orang melayu islam khasnya akan ada kerajaan baru majority kuasa. Buatkan umno bangun dari tido dan hapuskan Dap dari bumi Malaysia itu matlamat kita seharusnya.

August 14, 2014 at 11:49 AM
**********************
Blogger aku Zul said...
patutnye pemimpin2 PR sibuk memakmurkan negeri dan rakyat tetapi sebaliknya..siapakah yang memulakan semua ni?? apa motif pemimpin sebegini..bila kerajaan selangor dah ada 3 bilion, semua sibuk nak kuasa. Kalau semua pemimpin begini, bila negara kita nak maju?..Tolong la..jadilah pemimpin yang profesional dan beriman..Kalau tak, korang sama je taraf dengan pemimpin BN

August 14, 2014 at 12:03 PM
**********************
Anonymous said...
Tak kisahlah bini dia ke, janda dia ke...asalkan adil jlnkan tugas dan menguntungkan rakyat apa salahnya...belum lg kak wan jd mb korang dah kata mcm2...hebatlah korang ni buleh tau menda yg akan dtg...aku yakin dgn peribadi kak wan jd mb, rakyat selangor lg untung...org yg baik pasti laksanakan kehendak rakyat...

August 14, 2014 at 12:12 PM
**********************
Anonymous said...
Apa sebab PAS tidak boleh menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor?

August 14, 2014 at 12:19 PM
**********************
Blogger sb dehlawi said...
bersedia utk keluar pas beramai-ramai

August 14, 2014 at 12:20 PM
**********************
Anonymous said...
Pas akan menjadi parti org Melayu yg dinamik dan dihormati oleh org Islam dan bukan Islam kerana adanya sosok2 berjiwa besar spt Saari, Mat Sabu, Dr Hatta, Salahuddin, Khalid Samad dan ramai lagi. Mereka inilah golongan yg tahu erti perjuangan dan bermuafakat dlm gerak kerja berkumpulan.

August 14, 2014 at 12:28 PM
**********************
Anonymous said...
Kalau ramai golongan ustaz muda dan professional keluar bergabung membentuk parti baru nnt maka PAS akan tinggal menjadi Parti Lebai Malang.

August 14, 2014 at 12:36 PM
**********************
Anonymous said...
kenapa tak tulis nyahkan mca n mic n gerakan dan parti2 bukan islam yg lain? ingat malaysia ni hak mung ker? ini bumi Allah lah. org cina, india juga makhluk Allah. Allah suruh kite kenal mengenal antara satu sama lain. org bukan islam kena dakwah ajak kepada islam. tunjuk akhlak yg baik...

respon utk >>> melihat pd keadaan hari ini pd sy Pas tak akan kemana pun, tapi sy juga berharap Pas akan memulakan langkah baru. Kalau selama ini rakyat tiada pilihan selain mengundi umno, diharapkan Pas akan menyediakan ruang pilihan bila tiap kali PRU/PRN. Orang melayu islam khasnya akan ada kerajaan baru majority kuasa. Buatkan umno bangun dari tido dan hapuskan Dap dari bumi Malaysia itu matlamat kita seharusnya.

August 14, 2014 at 12:38 PM

**********************








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Undi Tidak Percaya Kepada Khalid: Menunggu Sidang Tergempar DUN


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.


"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Ada dua isu di sini.

Pertama Sidang tergempar DUN yang perlu dipanggil untuk pembentangan usul undi tidk percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Berdasarkan kepada precedence kes di Perak, sidang tergempar DUN perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Maka itu dilaporkan:

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya (Wan Azizah) juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.


Jika Khalid jujur dengan kata-katanya bahawa: "Wan Azizah perlu membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor", maka Khalid perlu menyetujui di hadapan Sultan Selangor supaya Sidang Tergempar DUN dipanggil. Ini kerana Sultan mengikut nasihat Menteri Besar. Persoalan berani dan jujurkah Khalid di dalam usaha ini dimana beliau sendiri terlibat secara lansung sebagai MB yang bakal menerima usul undi tidak percaya?

Kedua isu dua orang ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib yang telah menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR tanpa menunggu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Bagi GB kedua-duanya (malah kesemuanya jika boleh) berhak untuk membuat keputusan TANPA perlu menunggu Jawatankuasa PAS Pusat. Seperti kata seorang sahabat di dalam komennya di blog ini

Rumah dah terbakar.. masih nak tunggu tarikh bermesyuarat lagi... haha...hahaha masa nak buat press statement dulu tak pulak bermesyuarat dulu.....


Mengenai isu keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta PAS menyokong Khalid Ibrahim, bukanlah satu keputusan yang WAJIB untuk dipatuhi kerana:

Keputusan majlis Syura bukan mengenai rukun iman atau rukun islam yang tak boleh dipertikaikan, hanya siasah...tidak sampai tahap syarie


Ia adalah pandangan Majlis Syura semata-mata. Lagipun banyak hal yang boleh dipertikaikan mengenai keputusan Majlis Syura berkenaan. Malah entiti Majlis Syura itu sendiri masih boleh dipertikaikan dari segi bidangkuasa, keanggotaan dan tatacara perlantikan ahlinya.

Untuk mendapatkan "wala" (kesetiaan), Majlis Syura Ulamak perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Tanpa pembetulan itu, ia hanya menjadi entiti yang boleh dimanipulasi oleh kumpulan tertentu di dalam parti untuk membuat keputusan yang berpihak, tidak adil malah tidak Islamik.

Oleh itu PAS tidak boleh dan tidak wajar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ADUN yang tidak menunggu tarikh 17 Ogos kerana ada keperluan mendesak melakukannya dan tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak kerana ia hanyalah soal siasah bukan soal dasar parti seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat


Saari Sungip : Satu Tindakan Luar Biasa

Orang putih kata,’ a friend in need is a friend indeed’. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan ‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun ‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’. Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan ‘perkara kecil’ berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.

“I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it” (Malaysiakini 12 Ogos 2014)

Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan ‘kehidupan baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.

Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini’

Apakah ‘muslihat’ pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup ‘mengenepikan’ hasrat ‘kawan’ yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan ‘mahu menahan lukah di pergentingan?’ atau sedang ‘menangguk di air keruh’. Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan ‘falsafah’ yang dipegang selama ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan ‘akan bersetuju’ dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk diselesaikan’.

Bukan semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah keluar dari ‘bawah tempurung’ dan mula ‘mengenali dunia’ yang penuh dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih ‘bergelumang’ dalam ‘cocoon’ mereka yang tersendiri dan seolah-olah menganggap bahawa ‘dunia’ mereka adalah yang paling ideal di dunia ini.

Amat tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu ‘adab’ dan tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada ‘empathy’ untuk meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya ‘perlakuan’ sebegini dilakukan oleh ‘sekerat-dua’ pemimpin kanan dalam PAS.

Sedikit sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengecilkan hati’ banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ‘ apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan’.

Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk ‘menangguk di air keruh’.

Apakah begitu keadaannya? -abuhassanadam

ULASAN GB

Sekurang-kurangnya dua orang YB PAS yang telah terang-terang menyatakan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Jika undi tidak percaya dilakukan di DUN Selangor, dipercayai majoriti ADUN akan mengundi "tidak percaya". DAP 15 + PKR 13 + PAS 2 = 30. Tak tahulah jika ada ADUN DAP & PKR yang belot.. rasanya tiada ...

Khalid Ibrahim sedar hal itu, sebab itu beliau tidak mahu layan tuntutan supaya persidangan DUN dipanggil.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Apabila Exco PAS Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat

Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang.
– TMI


ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Mengapa GB gelarkan Khalid sebagai pengkhianat PR? Sebab beliau menyatakan tiada kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh baca SINI. Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI