19 Mei 2014

[VIDEO & BERGAMBAR] Penyokong BN Serang Polis Di Penamaan Calon Teluk Intan


Teluk Intan - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.

Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku. -rakyatnews

ULASAN GB

Jikalah yang menyerang pihak plis itu terdiri dari kalangan anggota Pakatan Rakyat sudah pasti ianya menjadi bahan berita panas 7 hari 7 malam oleh media massa perdana di negara ini.

Insiden di atas bukankah membuktikan UMNO itu samseng? Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sekalipun pihak polis kerap kali tidak mengambil tindakan ke atas mereka, sebaliknya menekan dan mencaeri kesalahan pihak PR.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Bila Iblis & Syaitan Menguasa Badan, Anak Sendiri Pun Dimakan


Rogol anak dalam bangsal kebun

KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail. -SH

ULASAN GB

Bila tidak dijalankan hukum Allah inilah jadinya....

Kita berharap satu hari nanti rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan faham mengenai keperluannya..





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[GAMBAR & VIDEO] 1 Lwn 1 Di Teluk Intan: Dyana Lwn Mah Siew Keong


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan bermula hari ini.

Ikuti perkembangan proses penamaan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak seperti berikut:

Lintas lansung oleh Sinar Harian, Malaysiakini, Harakahdaily dll

7.30 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan mula mengambil tempat di padang yang menempatkan penyokong parti politk untuk bersiap-sedia mengahadapi penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Changkat Jong.

7.50 pagi: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula masuk ke pusat penamaan calon untuk membuat persiapan penamaan calon

7.52 pagi: Petugas media mula membanjiri tempat penamaan calon bagi membuat liputan berita.

8.20 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan bersedia di kawasan padang yang akan menempatkan penyokong parti-parti politik yang bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Teluk Intan, pagi ini.

8.30 pg - Penyokong PR sedang berkumpul bersama- sama pemimpin PR berhampiran Taman Cicely, Teluk Intan untuk mengiringi calon ke pusat penamaan calon, pagi ini.

8.35 pagi: Suasana di pusat penamaan calon masih lagi tenang dan calon-calon yang bertanding masih bersama penyokong masing-masing. #SHPRK "

8.40 pagi: Kelihatan calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersama Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diarak ke pusat penamaan calon bersama-sama pimpinan BN yang lain ke pusat penamaan calon.

8.42 pagi: Calon BN memasuki pusat penamaan calon bersama-sama pemimpin BN.

8.50 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud muda diarak ke pusat pencalonan.

9.00 pagi: Pengurus Pilihan Raya PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan borang penamaan calon boleh mula diserahkan mulai jam 9 pagi ini. #SHPRK

9.10 pagi: Kedua-dua penyokong parti bertanding melaungkan slogan masing-masing sebagai sokongan kepada calon. #SHPRK

9.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon. #SHPRK

9.30am: Calon DAP di Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir menyatakan sokongan kepada Dyana.

“Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya.

"Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu,” katanya.

9.30 pagi : Cuaca di pusat penamaan calon mulai hujan. Bagaimanapun penyokong masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.

9.35 pagi: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bersama pemimpin PR membuat kejutan mengunjungi khemah yang disediakan bagi penyokong BN di luar Dewan Pusat Penamaan Calon bertemu dengan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN yang lain

10.00 pagi: Pengurus pilihan raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan proses pencalonan ditutup.

10.12am: SPR mengumumkan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong) di Teluk Intan.

10.15am: Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai berpandangan, calon lawan mereka Dyana Sofya bukan calon underdog seperti didakwa.

Malah, beliau malah beranggapan tindakan mempertaruhkan Dyana itu sebuah tindakan angkuh.

“Mereka meletakkan muka baru tidak berpengalaman dan ini menunjukkan mereka sangat yakin akan memenangi kerusi ini,” katanya.























IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[KES BERAT] Bux & Backer Berkempen Di Luar Kawasan Parlimen Bkt. Gelugor


Aku rasa ni kali pertama berlaku dlm sejarah PRK di negara ini ..

Calon Bebas yg mengaku ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar..mengadakan kempen diluar dari kawasan yg dipertandingkan.(Bukit Gelugor). hehe

Dia ni ada masalah....utk info dia..kawasan yg terlibat adalah di Bukti Gelugor bukan diPadang Kota Lama, Penang or Subang, Selangor.. muahaha -fb Raja Mohd Shahrim


Calon Bebas kempen luar kawasan

GEORGETOWN - Calon Bebas ini menghilangkan diri selama dua hari selepas penamaan calon dengan alasan untuk berehat.

Walaupun beberapa kali membuat panggilan kepada telefon bimbitnya - jawapan yang diterima Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, ialah tidak mahu diganggu kerana ingin berehat beberapa hari sebelum memulakan kerja kempen pilihan raya.

Sebagai wartawan, sudah pasti setiap calon yang bertanding akan diburu untuk mendapatkan berita dan ulasan pelbagai isu yang berkaitan dengan PRK Bukit Gelugor.

Calon yang berasal dari Telok Air Tawar, Tasek Gelugor dan kini menetap di Selangor, memulakan kempen di pasar malam di kawasan Gelugor pada hari ketiga dan kemudian tidak dapat dikesan keesokannya.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, beliau muncul untuk mengadakan sidang media di sebuah restoran nasi kandar untuk memperkenalkan manifestonya yang mengandungi lima perkara berkisar kepada kebajikan dan perjuangan untuk umat Islam khususnya.

Antara kempennya ialah mengadakan ceramah khas bagi menjelaskan isu hudud oleh beberapa penceramah khas di Padang Kota Lama.

“Saya harap ceramah ini akan membolehkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin lain memahami keadaan sebenar hukum hudud yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pas di Kelantan,” katanya.

Ketika dimaklumkan oleh wartawan bahawa lokasi ceramah itu adalah di luar kawasan PRK Bukit Gelugor, beliau seolah-olah terpinga-pinga sambil bertanya sesuatu kepada pembantunya.

Calon yang guna simbol bunga raya kemudian memaklumkan bahawa lokasinya akan dikaji semula dan mungkin diadakan dalam kawasan Bukit Gelugor. Ia akan diputuskan kemudian.

Ditanya mengapa isu hudud tidak dimasukkan dalam manifesto sedangkan ia dilaung-laungkan sebagai asas perjuangannya dalam pilihan raya itu, beliau menjawab:

“Pelaksanaan hudud di Pulau Pinang hanya akan mengambil tempat pada 2020. Jika saya menang, saya akan memperkenalkannya secara berperingkat sehingga sampai tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira enam tahun lagi,” katanya.

Kira-kira 30 minit adakan sidang media, dalam keadaan tergesa-gesa, Mohamed Nabi Bux tinggalkan tempat itu walaupun wartawan masih mahu bertanya beberapa soalan kepadanya.

Bagaimanapun, calon ini begitu aktif semalam apabila membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Air Itam selepas solat Jumaat mengenai kehilangan posternya di beberapa kawasan.

Selepas itu, beliau berkempen di rumah pangsa Kampung Melayu, Air Itam sambil berdiri atas lori yang dijadikan pentas bergerak. Sebelum berakhir, beliau sempat mendendangkan lagi Hindi untuk hiburan penduduk di situ yang kebanyakannya dengar dari dalam rumah.

Namanya yang agak unik dan sukar untuk disebut tetapi akan jadi ingatan kerana pelbagai isu yang timbul beberapa hari sebelum penamaan calon. Beliau mendakwa masih menjadi ahli Pas walaupun dinafikan pemimpin parti itu.

Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, calon Bebas yang menggunakan simbol kuda menimbulkan kontroversi sebaik sahaja tamat proses penamaan calon di Dewan Sri Pinang menggunakan perkataan 'pariah' ketika menentang tindakan demonstrasi jalanan yang didalangi beberapa pemimpin NGO.

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan beberapa wartawan India dan NGO yang berada di situ sambil memintanya memohon maaf.

Pengalamannya sebagai peguam yang biasa berurusan dengan situasi itu menyebabkannya enggan ikut permintaan kumpulan itu sehingga bawa kepada laporan polis sebelah petangnya.

Anak kelahiran Kampung Makam di Jalan Datuk Keramat di sini, yang kini menetap di Kuala Lumpur kelihatan bersahaja sambil berjenaka walaupun ketika serahkan kertas pencalonan.

Ketika diberi sebotol air minuman oleh petugas SPR, beliau dengan selamba berkata “boleh minum kah, ini halal ya”.

Selepas menyerahkan kertas pencalonan dan ketika menuju ke meja makan di luar dewan, sekali lagi beliau dengan selamba berkata “saya malulah nak jumpa media” apabila dipanggil oleh jurugambar untuk mengambil gambarnya.

Umpama watak pelawak, Abu Backer Sidek sekali lagi cuba mencuri perhatian ramai apabila dengan nada agak kuat berkata “panas betul kat dewan ini. Negeri kaya tetapi penghawa dingin pun tak boleh pasang kat sini”.

Memulakan kempen pada hari kedua dengan tempah 10 teksi untuk bersiar-siar di sekitar bandar raya ini dengan alasan untuk ketahui masalah pemandu teksi yang kerap tersiar dalam akhbar.

“Sambil kempen, bolehlah saya tanya apa masalah mereka untuk diketengahkan kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Walaupun berada di luar kawasan pilihan raya, beliau tidak kisah sangat dengan alasan mahu bantu golongan memerlukan pembelaan.

Umpama aktivis masyarakat, keesokannya calon ini singgah ke sekolah lamanya di Methodist Boys School untuk berjumpa gurunya yang masih mengajar di situ sambil mengucapkan selamat hari guru.

Beliau turut memaklumkan mahu menukar simbol pada kertas undi dari kuda biasa kepada kuda Ferrari kerana ia lebih menampakkan kecergasan dan energetik.

Calon ini turut ke Komtar bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengadu masalah seorang pembayar cukai tanah dari kawasan Bukit Gelugor yang terpaksa menunggu hampir separuh hari dengan alasan berlaku gangguan sistem komputer dan pejabat ini baru berpindah ke lokasi baru.

Namun, hajatnya tidak kesampaian kerana dihalang oleh Setiausaha Politik Guan Eng yang juga Adun Air Itam, Wong Hon Wai dengan alasan bangunan itu bukan kawasan berkempen.

Setakat ini, gerak kerjanya lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah masyarakat yang berada di luar kawasan Bukit Gelugor.

Seorang rakan memberitahu, calon ini nampaknya lebih sibuk melihat masalah rakyat yang tiada kaitan dengan kawasan pilihan raya yang ditandinginya tetapi belum masuk berkempen di kawasan sebenar.

Apa pun yang pasti kedua-dua calon Bebas ini mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang amnya dan pengundi Bukit Gelugor khususnya.

Mana tahu berkat usahanya bantu masyarakat tanpa kenal batasan dan sempadan politik akan membuahkan sesuatu pada 25 Mei ini.

Pada PRK 25 Mei ini, Mohamad Nabi Bux dan Abu Backer Sidek akan bersaing dengan calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk menduduki kerusi ditinggalkan oleh Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kampar baru-baru ini.
-SH


ULASAN GB

Kes berat! Calon-calon Bebas PRK Bukit Gelugor nampaknya masing-masing ada masalah mental, mungkin skrew kat kepala dah rosak dua tiga biji apabila mereka berkempen di luar kawasan mereka bertanding.

Dengar khabar mereka tak kisah kalau hilang deposit sekalipun sebab semua perbelanjaan mereka ditanggung beres oleh "pihak penaja"....

Pihak penaja yang bermuka labuh akan menjawab.... hantam sajalah... Bukit Gelugor buat kami punya skrew kepala pun tanggal sama...

Berita ini memang melucukan.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI