12 Apr 2014

Penjara Malaysia Antara terbaik Di Dunia, Tapi Banduan Mandi Bogel(?)


Mandi bogel di penjara: Timbalan Menteri akui ia memalukan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.

Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa.

Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis.

Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis tersebut.

Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan.

"Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau. -HD

Parlimen: Penjara Malaysia Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia - Wan Junaidi

Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.

"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.

"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).

Wan Junaidi berkata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) juga mengesahkan penjara Malaysia melaksanakan layanan terbaik kepada penghuninya.

Menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar sama ada banduan yang sudah mendaftar dibenarkan mengundi pada pilihan raya, Wan Junaidi berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan.

Mengenai penyakit batuk kering yang dihadapi penghuni dan pegawai penjara, Wan Junaidi berkata, kementerian itu akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi membincangkan isu itu.

"Saya sudah mengarahkan Jabatan Penjara mengaturkan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu, khususnya pemberian imunisasi bagi yang dijangkiti dan langkah pencegahan lain," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) terhadap layanan terhadap tahanan wanita, beliau berkata, Jabatan Penjara sentiasa prihatin dengan keperluan golongan itu terutama yang hamil.

"Kita memberi layanan dan rawatan sama seperti yang diberikan kepada wanita luar penjara. Jika memerlukan rawatan setiap minggu, dia akan mendapatnya," katanya.
- BERNAMA


Bung Tergiur Orang Berskirt Merah?


Skirt merah Kok jadi sasaran Bung Moktar

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.

Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.

Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.

Kok dalam satu kenyataannya menyebut, beliau meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

"Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Bung Kinabatangan seperti tergiur dengan perempuan berskirt merah. Disangkanya semua yang sedemikian hendak menandingi isteri mudanya, Zizie Ezette.

Jika dilihat pakaian Teresa Kok berbanding pakaian isteri mudanya itu ternyata pakaian Teresa Kok yang bukan Islam lebih decent berbanding pakaian Zizie Ezette, seorang Islam tetapi skirt atas lutut dan berbaju macam tak berbaju.

Betul kata Teresa Kok...."Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini".