25 Ogo 2014

MAS & MRT Ditimpa Musibah Lagi...


Pesawat MAS ke Tokyo patah balik ke KLIA selepas 50 minit penerbangan

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH70 dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarahkan berpatah balik selepas 50 minit perjalanan kerana faktor keselamatan, lapor The Star.

Akhbar itu melaporkan berdasarkan laporan di portal berita, pesawat itu berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada 10.50 pagi tadi.

Sebaik saja tiba kembali ke KLIA, penumpang dimaklumkan penerbangan itu dijadualkan berlepas semula pada 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

The Star melaporkan laman web MAS memaparkan MH70 berlepas dari KLIA pada 1.22 petang dan tiba di Tokyo pada 8.44 malam waktu Malaysia.

Setakat ini, akhbar itu berkata syarikat penerbangan negara MAS masih belum dapat dihubungi untuk mengulas berhubung insiden itu.

Kelmarn, negara baru saja berkabung menangisi mangsa tragedi pesawat MAS penerbangan MH17 yang dalam perjalanan pulang ke KLIA dari Amsterdam ketika ditembak hingga terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER itu maut dengan 43 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Semalam, 20 jenazah menjadi kumpulan pertama dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.

Tadi, tiga lagi jenazah rakyat Malaysia tiba di KLIA jam 8.30 pagi manakala kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 itu masih belum mendapat tarikh untuk dibawa pulang.

MAS ditimpa malang dan menjadi perhatian dunia ketika empat bulan sebelum itu, pada 8 Mac pesawat MAS penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing lesap daripada radar awam dan hingga kini kapal terbang dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui.

Operasi mencari bagi fasa kedua mula dilancarkan bulan ini di Lautan Pasifik dan pengerusi Jawatankuasa MH370 dari Malaysia akan berlepas ke Australia tidak lama lagi untuk meneruskan perbincangan kaedah seterusnya digunakan bagi mencari MH370.


12 tetulang konkrit MRT terjatuh dari lori

KUALA LUMPUR: Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.

"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.

"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.

MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Pada awal minggu ini tiga orang pekerja warga Bangladesh maut dalam runtuhan bahagian konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, di Petaling Jaya.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Muhamad Faruk Khan, 38; Mohammad Elahi Hossain, 27 dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

etika kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.

Semasa runtuhan berlaku seorang pekerja sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari lokasi pemasangan konkrit dan mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid telah mengumumkan perletakkan jawatannya.

“Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: