27 Dis 2013

TURUN: Fitnah Macai UMNO Terhadap MB Kelantan Terbongkar!


MB Kelantan akan sokong Turun 31 Disember ini

SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyatakan desakan berterusan yang dilakukan rakyat itu akan mencapai matlamat.

"Insha-ALLAH dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya lagi. -SH

ULASAN GB

Tak serik-serik dengan apa yang telah menimpa papagomo dan padijantan.
Tetapi demikianlah cara kehidupan macai-macai UMNO. Mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya MB Kelantan tak sokong TURUN sedangkan MB Kelantan dengan jelas menyatakan:

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si peereka fitnah ini akan tetap menerima hukumannya, di "sini" dan di "sana"!

[TERBONGKAR] Wang Rakyat Disalahguna Biaya Perkasa Bantu BN Hadapi PRU14


Isu dana: Isa tak perlu kecoh

SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

“Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan ‘musuh’ menyerang kerajaan.

“Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya Perkasa Selangor tidak menerima saluran kewangan daripada agensi kerajaan tetapi tidak menolak kemungkinan ia hanya di peringkat pusat.

“Di peringkat Selangor, Perkasa mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai dan usahawan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program yang dirancang bermatlamat Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa,” katanya. -SH


Bantuan kerajaan kepada Perkasa dedah wajah sebenar Umno, kata Nik Nazmi


Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman.

“Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN.

“Kita telah pun menegaskan sebelum ini bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini membuktikan wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada NGO perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN,” kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India.

Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN.

Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman.

Katanya, kerajaan pada 2009 telah memberikan komitmen untuk melakukan perubahan kepada BTN, tetapi jika biro itu terlibat membantu Perkasa, maka tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

“Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. Jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

“Slogan 1Malaysia dan transformasi yang diwar-warkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna,” katanya.

Isnin lalu, Isa, dalam mempertikaikan dakwaan Perkasa bahawa ia boleh mengganti Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mendedahkan pertubuhan itu sendiri bergantung kepada Umno.

“Kami lindungi Perkasa dan mereka banyak menerima faedah daripada kita (Umno). Bagaimana mereka nak gantikan kami (Umno),” katanya.
-TMI


ULASAN GB

Pakatan Rakyat perlu membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu ini untuk tujuan rekod.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segalanyanya terbongkar kini. UMNO BN menggunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada PERKASA dan NGO yang lain bagi membantunya menghadapi PRU14 nanti.

Namun, yakinlah, setiap penyalahgunaan wang rakyat akan lebih cepat menamatkan riwayat UMNO BN kerana tindakan sedemikian tidak akan sekali-kali direstui rakyat.

Namun perbuatan salahlaku berkenaan wajar didedahkan dan mereka yang terlibat wajar menerima hukuman.

[BERGAMBAR] Mendiang Minta Mayatnya Dibalut Bendera Pas


Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS

Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendiang sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya. -mk



ULASAN GB

GB difahamkan pembalutan mayat mendiang dengan bendera PAS itu diminta oleh mendiang kepada keluarganya sebelum beliau meninggal dunia.

Apa yang jelas kini ialah semakin ramai bukan Islam yang telah menerima dan menyayangi perjuangan PAS. Hukum kebenaran dan keadilan akan memperlihatkan kepada kita bahawa perjuangan yang benar itu akan sentiasa diterima oleh hati-hati yang cintakan kebenaran sekalipun zahirnya berlainan warna kulit, bahasa, bangsa ataupun agama. Ini kerana kebenaran dan keadilan yang berasaskan "addin" itu cuma satu yang sifatnya universal dan itulah yang menyatukan hati manusia yang zahirnya berbeza itu.

Semuga hidayah dilimpahkan ke atas ahli keluarganya yang masih hidup.

Anak Aktivis PAS Perolehi 9A Dalam PMR


Seorang anak kepada aktivis PAS, Nur Lina Kahlida Aminuddin, 16, telah berjaya cemerlang dengan memperolehi 9A di dalam PMR.

Beliau merupakan anak kedua kepada kepada seorang aktivis PAS, Sdra Aminuddin Abdul Jalil, mantan Ketua Pemuda PAS Jasin yang kini diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Jasin.

Nur Lina Kahlida merupakan seorang penuntut di Sek Men Agama Sma Assaiyidah Khadijah Serkam, Melaka.

Aminuddin, di dalam catatannya di laman sosial Facebook menyatakan bahawa kemuanya ini adalah dengan izin Allah swt jua sambil memetik Surat Muhammad ayat 7:

“Wahai orang yang beriman, jika kamu bantu agama Allah pasti Allah akan membantu kamu...”.

Selain dari menjadi aktivis PAS Aminuddin juga aktif di dalam Unit Amal dimana beliau akan sentiasa ditemui di mana-mana aktiviti kemasyarakatan dan parti untuk membantu melicinkan program dan menolong mereka yang dalam kesusahan. Aminuddin juga pernah menjadi calon N28 Sungai Rambai di dalam PRU12.




Sdra Aminuddin (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh semasa melakukan kerja pembersihan di salah sebuah rumah di Sg Isap, Kuantan baru-baru ini.

Kejayaan anak perempuan beliau di dalam peperiksaan PMR dengan memperolehi 9A menjadi bukti bahawa anak-anak aktivis PAS mampu meraih kejayaan cemerlang sekalipun ibu-bapa mereka sentiasa sibuk dengan urusan membantu agama Allah.

Selain Nur Lina Kahlida, anak sulung Aminuddin, Amin Ikmal Khalili sedang menuntut di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.

Semuga kejayaan Lina Kahlida menjadi inspirasi kepada semua para aktivis PAS/PR untuk meyakini janji Allah dan juga menjadi inspirasi kepada kepada anak-anak PAS supaya memperolehi kejayaan secemerlang Lina Kahlida.
,