28 Nov 2013

PTPTN: Kenyataan Timbalan Menteri Dibidas

Siapa yang raih lebih untung daripada PTPTN?

PETALING JAYA: Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menempelak kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap yang disifatkan mereka sebagai naif, berkepentingan sendiri serta tidak peka terhadap hak pendidikan untuk semua.

Sebelum ini, Mary berkata golongan yang membayar untuk pendidikan akan lebih menghargainya daripada mereka yang menerima secara percuma.

Sambil menegaskan pendidikan percuma adalah hak rakyat dan bukannya perniagaan, GMPP juga mempersoalkan golongan mana yang mendapat keuntungan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak muda atau pihak korporat.

“Kenyataan beliau yang menyatakan pendidikan harus dibayar untuk dihargai oleh penuntut adalah satu fakta songsang kerana ia tidak menyatakan maksud yang sebenar.

“Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN manakala ribuan graduan kejururawatan swasta tidak mendapat kerja kerana kelambakan dalam pasaran. Kini, lebih banyak kolej swasta diberi lesen untuk dibuka,” menurut satu siaran media GMPP yang diedarkan semalam.

GMPP mendakwa kegagalan kerajaan mengawal pertumbuhan kolej swasta serta penyertaan VIP dalam perniagaan ini menyebabkan pengaliran wang PTPTPN yang tinggi kepada kolej-kolej swasta.

“Perlantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai canselor Universiti Terbuka Wawasan adalah contoh terbaru bagaimana golongan penting dalam sistem kerajaan dipergunakan oleh sektor swasta demi kepentingan mereka,”

Jelas GMPP lagi, skim pendidikan percuma akan melahirkan sikap penghargaan yang lebih daripada penuntut kita kerana pendidikan mereka dibiayai oleh kerajaan melalui wang rakyat. Maka, kerajaan mempunyai hak tersendiri untuk menyuruh anak muda kita menyumbang balik penghargaan mereka kepada rakyat kita.

GMPP turut mempersoalkan nasib graduan yang, menurut mereka, majoritinya mendapat kerja yang bergaji kurang dari RM2,500 sebulan untuk melangsungkan kehidupan mereka dalam suasana ekonomi yang mencabar.

“Bayangkan, dengan kenaikan harga barangan keperluan dan spekulasi harga rumah masa kini, adakah gaji mereka mencukupi untuk berumahtangga atau sekurang-kurangnya membeli sebuah rumah? Inikan pula dengan kenaikan harga rumah di lembah Klang dan Penang, perlaksanaan cukai GST, kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur, kenaikan harga petrol dan sebagainya,”

Tegas mereka, Malaysia hanya memerlukan RM6 bilion setahun untuk menampung sistem pendidikan percuma dari tadika hingga ke universiti dan bukannya sehingga RM45 billion sepertimana yang dinyatakan oleh Mary.

“Jka Mary berhujah bahawa 10 universiti terbaik dunia mengenakan bayaran kepada penuntutnya, adakah beliau sedar negara yang menjuarai sistem pendidikan dunia iaitu Finland memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya dan sudah menutup semua sekolah swasta mereka. Tiada universiti swasta di situ dan malah, sekolah ‘independent’ mereka juga ditanggung oleh kerajaan,”

GMPP turut mendakwa bahawa kedudukan Mary sebagai Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Pintar juga memberi refleksi kepada kenyataannya itu yang disifatkan mereka sebagai pro-korporat daripada kepentingan rakyat. -FMT

Yap: Free education will create generation dependent on subsidies

While free education is being globally advocated as a basic necessity, Deputy Education Minister Datuk Mary Yap said it will lead to a generation that is "unappreciative" of the value of education.

It will also create a future generation that is dependent on subsidies, and hence impact the good standards the government hopes to achieve in the education system, said Yap.

She was responding to a question by Thomas Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) in the Dewan Rakyat today on the how the government plans to tackle the hefty amounts of National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) outstanding loans.

Su also asked if the government intends to proceed with the suggestion to enlist blacklisted borrowers under CCRIS, or Central Credit Reference Information System.

"Students who pay for part or all of their tuition tend to appreciate their education compared to those who obtain it for free," said Yap.

Yap's assertion, however, did not go down well with opposition MPs.

Irked by her answer, Su said: "Students will appreciate education if given the chance, not when they have to pay."

In response, Yap curtly told Su: "You are entitled to your own opinion."

While the cost of primary and secondary school eduction in the country is mostly borne by the government, financing tertiary education, which is the bone of contention, is a problem faced by a majority of middle-class families.

According to Yap, there are currently 1,345,894 PTPTN borrowers, will total loans of RM9.7 billion.

"Some 910,746 or 68% of the borrowers have paid debts totalling RM4.87 billion, which represents 50.4% of the overall debt," she said.

The deputy minister explained that the ministry is contemplating on a better income recovery model to improve the loan repayment.

Abolition of the PTPTN scheme, Yap said, would result in lesser funds for other sectors such as development and agriculture.

"In the event the government implements free tertiary education, it would have to spend billions for education.

Therefore, funding for other sectors such as development, construction, and services, will be cut," she explained.

"Furthermore, if the government funds tertiary education, it will limit academic freedom and restrict the students from learning to their full potential.

"Enforcement efforts such as issuing summons is the ministry's last resort to remind students to repay their loans," she added. -theedge

Zahida Rafique Disaman Fitnah Oleh Bekas Pemandu

Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Zahida Rafik, memfailkan saman fitnah terhadap pelakon wanita berkenaan ekoran penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar harian, tahun lalu. Gambar fail: Mohd Shafie Apdal pernah dikaitkan mengadakan hubungan dengan Zahida Rafique

Saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, pagi semalam, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Noor Azman Azemi, 39, selaku plaintif menamakan Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafiq, 37, sebagai defendan.

Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, Noor Azman yang merupakan anak saudara kepada penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan itu mendakwa, defendan telah mengeluarkan kata-kata fitnah kepada pemberita akhbar berkenaan yang menyebabkan penyiaran sebuah artikel bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu’ pada 3 Mac tahun lepas.

Kenyataan itu dibuat selepas Zahida membuat satu laporan polis yang memohon plaintif disiasat di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Menurut penyataan tuntutan itu lagi, akhbar berkenaan telah melaporkan bahawa Zahida kerugian sebanyak RM200,000 selepas wang itu dilarikan pemandu peribadinya yang diarah memasukkan wang berkenaan ke akaun bank milik Zahida.

Artikel itu turut menyebut bahawa pemandu peribadinya gagal dihubungi dan telah melarikan diri selepas Zahida menyerahkan wang tersebut.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan yang disiarkan itu palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Plaintif mendakwa telah mengalami kecederaan teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, dan menjejaskan peluangnya mendapat pekerjaan.

Plaintif menuntut gantirugi am; gantirugi teruk; gantirugi teladan; faedah empat peratus setahun ke atas jumlah gantirugi, serta satu perintah injunksi menghalang defendan mengulangi perkataan fitnah itu; dan kos.

BERS✔H 2.0 Tuntut SPR Hentikan Segera Persempadanan Semula


Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung kini dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Walau demikian, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Bersih mengecam kenyataan umum yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkaitan keahliannya dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut laporan media, beliau telah mengakui bahawa sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR, tiga persempadanan semula telah dijalankan untuk “mengekalkan kuasa Melayu.”

Beliau turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?"

Bagi Bersih, kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa penggarisan semula sempadan pilihan raya berdasarkan kaum tersebut dilakukan dengan “cara yang sah” dan “teliti” ternyata satu kenyataan tidak jujur.

Di bawah Jadual Ketiga Belas dalam Perlembagaan Persekutuan, salah satu prinsip yang harus diikuti dan dipatuhi dalam amalan persempadanan atau penggarisan semula ini.

Ia termasuklah, “bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran perwajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.”

Bersih 2.0 katanya, kenyataan itu tidak menafikan bahawa peruntukan perwajaran di daerah desa sering ditafsirkan sebagai menyebelahi Melayu, namun gambaran sebenar adalah jauh lebih kompleks.

"Kami suka untuk mendedahkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, selain tidak beretika dan menyalahi semangat Perlembagaan adalah tidak tepat dan tidak sejajar dengan fakta dan angka sebenar," kata kenyataan itu.

Kerusi DUN terbesar di Selangor dan Perak adalah kerusi majoriti Melayu; misalnya kerusi DUN Seri Serdang (majoriti Melayu) yang pernah menjadi kerusi BN dahulu adalah dua kali ganda lebih besar berbanding kerusi Kinrara (majoriti CIna) yang dimenangi oleh Pakatan.

"Dengan meletakkan hanya seorang ADUN untuk berkhidmat kepada 72,729 pengundi berdaftar di Seri Serdang, serta puluhan ribu lagi penduduk yang bukan pengundi, apakah kebaikan yang diterima oleh pengundi Melayu di sana?" soal kenyataan itu.

"Dengan rekod lampau yang ditunjukkan oleh SPR lalu, Bersih 2.0 tidak mempunyai keyakinan ke atas barisan SPR hari ini dalam menjalankan tugas mereka secara adil, bebas, dan beretika," katanya kenyataan itu.

Testimoni yang dikumpul ketika Tribunal Rakyat pada September 2013 lalu pernah mendedahkan kewujudan ahli-ahli parti politik yang aktif menjadi petugas SPR ketika Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13) lepas.

Sebelumnya, timbul dakwaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR juga mempunyai keahlian dalam Umno.

Keengganan SPR membersihkan senarai undi walau sudah dibuktikan sebagai bermasalah kini boleh difahami sebab-musababnya, katanya.

Penemuan kes-kes penyelewengan dan pelanggaran peraturan pilihan raya pada PRU13 oleh Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau), ditambah dengan keengganan SPR untuk bertanggungjawab dalam kes dakwat kekal; memuktamadkan segala dakwaan. –TMI


SPR nafi sempadan semula bagi pertahan kuasa Melayu


Proses persempadanan semula yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi, tidak akan dilakukan dengan tujuan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu, kata Pengerusi SPR, Abdul Aziz Abdul Yusuf.

Sebaliknya, kata beliau, proses itu akan mengikuti prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR tidak menjadikan mempertahankan kuasa Melayu sebagai prinsip untuk membuat proses persempadanan," katanya dalam mesej teks SMS kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menegaskan bahawa SPR dipandu mengikut jadual 13 Perlembagaan Persekutuan - Perkara 113, fasal 2, 3, 3A, 6, 7, 8, 9 dan 10, serta Perkara 116 dan 117 serta Bahagian 1 dan 11 Jadual 13.

Bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan itu antara lain menyatakan bahawa sempadan pilihan raya mesti mengambil kira persekitaran dan jumlah pengundi tempatan.

"SPR memberi pertimbangan tentang jumlah pengundi, keluasan, kemudahan pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan, kemudahan perhubungan, kesenangan masyarakat sama ada bandar, separuh bandar atau luar bandar.

"Seberapa boleh menggambarkan komposisi penduduk Malaysia," katanya lagi.

Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai menjawab persoalan mengenai sama ada proses persempadan semula itu nanti, akan dilaksanakan berikut prinsip-prinsip seperti yang dilakukan sebelum ini.
-mk


Najib Guna Stail Kudeta Perak Kukuhkan BN Di Sabah


Pemimpin 11 Cabang PKR Sabah Keluar Parti, Sokong BN

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti semalam dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya. Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 Nov lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti. - BERNAMA

ULASAN GB

Ini stail Najib berpolitik.

Tak perlu susah-susah nak pujuk rakyat sokong BN yang umum sudah tahu rakyat takkan beri sambutan terhadap pujukan itu. Cara paling mudah, kepala-kepalanya dipegang dulu, sama macam kudeta di Perak satu ketika dulu. Apa bezanya? Najib jugak yang ada di sidang media berkenaan, tak begitu?

Cara yang paling tidak bermaruah... tapi itu sudah menjadi stailnya... matlamat menghalalkan cara...

Hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kaedah itu tidak mampu menyelamatkan Najib dan UMNO kerana ia bukan sokongan akar umbi yang sebenarnya.