8 Jul 2013

Bekas Bos NSTP Kata Media Arus Perdana Hanya Akan Bebas Bila BN Kalah

Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.

"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.

"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.

"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.

"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.

"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.

Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.

Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman-laman berita alternatif lain.

Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar sedunia. -TMI

Ulasan GB

Jika demikian kata A.Kadir jasin, bekas bos NSTP, maka rakyat Malaysia tiada pilihan lain kecuali tumbangkan BN demi untuk mengembalikan kebebasan media di negara ini.

Selagi BN masih berkuasa, rakyat terus diperbodohkan dengan berita-berita palsu, penipuan dan fitnah yang diterbitkan di media massa arus perdana termasuk daripada agensi berita negara, BERNAMA.

Dakwat Kekal: SPR Jangan Banyak Alasan, Letak Jawatan Segera


Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.

“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara Keadilan Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut."

“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal.

“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

“Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya. -KD

Tabung Haji: Ramai Bantah Najib Naikkan Kaduk Ke Junjung

Beliau seharusnya merayakan pelantikan sebagai pengerusi sebuah institusi yang dihormati, akan tetapi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) diserang dari pelbagai penjuru baik dari partinya sendiri mahupun daripada pembangkang.

Paling melukakan Ahli Parlimen Baling itu adalah serangan dari partinya sendiri.

Dari kaca mata ahli-ahli politik Umno, pilihan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sesuatu yang tepat dari segi pengalaman, kelayakan dan kemampuan untuk memimpin organisasi – mempunyai dana RM35 bilion.

Kritikan paling keras terhadap ahli politik berumur 47 tahun itu adalah beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib.

Nama beliau juga dikatakan satu-satunya yang dihantar oleh perdana menteri ke Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri hal ehwal Islam untuk menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.

Abdul Azeez sedar dengan rungutan mengenai pelantikannya dan beliau bukan pilihan popular. Akan tetapi, beliau percaya dirinya perlu diberi peluang.

“Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian,” kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.

“Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah,” tambahnya.

Beliau sedar tentang kritikan kerana tidak mempunyai latar belakang perniagaan dengan pantas mengatakan TH mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah berwibawa untuk melakukannya.

“Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

“Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat,” katanya.

Akan tetapi, Abdul Azeez mengakui tanggungjawab sebagai pengerusi TH merupakan satu amanah besar yang beliau pegang dan berjanji untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan jemaah haji Malaysia.

“Berkenaan dengan aduan tentang jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadah kerana menunggu terlalu lama sehingga meninggal dunia. Saya akan semak perkara ini dan cuba untuk memperbaikinya,” katanya.

Abdul Azeez yang menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara seperti menjalankan program di Gaza, Palestin.

Penyokong Najib mempertahan pelantikan Abdul Azeez mengatakan ahli politik itu membuktikan beliau adalah pemimpin yang efektif dan berpengalaman sebagai ahli lembaga pengarah TH.

Perdana menteri sendiri hanya mendiamkan diri kerana tahu mood dalam Umno yang tidak begitu memihak kepadanya selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Penentangan dalaman terhadap pelantikan Abdul Azeez memberikan indikasi hari di mana Najib sentiasa disokong oleh partinya sudah berakhir.

Dalam masa 48 jam lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan dari Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyerang perdana menteri secara terbuka mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen jika tidak dapat lebih banyak wang dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Sebelum ini media melaporkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Najib supaya meneliti semula pelantikan Abdul Azeez supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno dan BN?

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan?

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," kata Naib Presiden PKR itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan pelantikan Abdul Azeez dan mendesak Najib menimbang semula tindakan itu?

Menurut Mahfuz, pelantikan jawatan tertinggi agensi kerajaan perlu melalui proses saringan ketat bagi mengelakkan daripada dana awam itu diselewengkan?

"Sepatutnya, untuk melantik seorang sama ada jawatan pengerusi, lembaga pengarah, CEO dan panel pelaburan TH, saya fikir sepatutnya kita perlu lakukan tapisan yang telus dalam pelantikan itu?

"Pengisian jawatan itu bukan untuk membantu ahli politik yang tidak mendapat jawatan di atas (menteri) untuk menampung pendapatan dan sebagainya,” kata Naib Presiden PAS itu dipetik dari laporan media.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini Najib akan memberikan habuan kepada ahli politik Umno dengan melantik mereka mengisi jawatan syarikat berkait kerajaan seperti TH, Telekom Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). -TMI

Pelantikan Azeez burukkan imej Tabung Haji

Kerajaan digesa mengkaji semula pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa’ari.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ia penting kerana institusi itu adalah amanah umat Islam di Malaysia dan mesti diselia tokoh yang berwibawa.

“Pelantikan ini bukan sekadar perspektif korporat semata-mata, tetapi merupakan amanah besar yang perlu dipelihara tokoh yang lebih layak.

“Azeez bukan orangnya,” ujar Pengerusi KEADILAN Perak kepada Keadilandaily.

Menurutnya, pelantikan Azeez dilihat tidak menambah baik institusi itu yang pernah terpalit dengan pelbagai skandal beberapa tahun kebelakangan ini.

“Pelantikan Azeez sebagai pengerusi hanya perhitungan politik Umno-BN seperti yang berlaku kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Tan Sri Dr Rais Yatim dan ramai lagi.

“Kerajaan Umno-BN didesak mendedahkan kriteria dimiliki Azeez sebagai pengerusi, walhal ramai lagi yang lebih layak menerajui Tabung Haji,” katanya.

Pada 1 Julai lalu, Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji selepas menjadi ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011.
-KD

Pelan Transformasi Najib Dihentam Oleh Ahli UMNO Sendiri

Transformasi BN hanya retorik

Batang Kali - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.

Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata.

“Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya.

“Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain.

Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah.

Jafri turut mendedahkan ketidaktelusan yang berlaku membabitkan pemberian wang lokaliti di setiap kawasan Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 lalu.

Menurutnya, terdapat kadar yang selaras untuk setiap Dun, namun perkara itu tidak berlaku kerana didakwa wujud penyelewengan.

“Sepanjang saya menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan dalam Umno, perkara ini tidak pernah berlaku.

“Lokaliti dibayar RM10 saja dalam Dun Batang Kali, sedangkan di Dun lain lebih tinggi (mengikut kadar sebenar). Ini persoalan saya, tapi yang jelas transformasi masih tidak berlaku,” katanya.

Katanya, isu pemindahan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dibawa ke Hulu Yam tetapi dibawa keluar tanpa pengetahuan pemimpin didakwa turut berlaku.

Menurutnya, semua pendedahan beliau mempunyai fakta dan bukti nyata dan bukan tuduhan melulu.

“Saya juga yakin dan percaya banyak laporan yang sampai kepada Perdana Menteri daripada ketua-ketua bahagian yang tidak telus.

“Inilah antara punca tewasnya BN di enam kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang pada awalnya BN menzahirkan keyakinan tinggi untuk menang sedangkan laporan dihantar tidak telus.

“Bagi saya kalau berlaku ketidaktelusan di peringkat ba-hagian dan negeri, kesannya adalah kekalahan berterusan di Selangor dan jangan hairan jika PRU ke 14 kita tewas lagi,” katanya.

Beliau berharap pemimpin Umno mengikut transformasi sebenar yang dibawa Presiden parti sekiranya mahu melihat kelangsungan berterusan. -SH

NUTP Selar Idris Jusoh: "Jangan Ugut Guru Mengundi Untuk Anda"


Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) Hashim Adnan mengingatkan parti-parti politik, guru tidak harus "diancam atau diugut" untuk mengundi mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian dalam mengulas seruan Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang menyeru supaya guru-guru mengundi Barisan Nasional di akan datang pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, sebagai "pulangan" kepada parti pemerintah.

"Guru boleh mengundi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Saya tidak akan meminta atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional," kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah, jika mereka berpuas hati dengan apa yang mereka telah terima dan jika mereka mahu mereka (BN) untuk berkhidmat kerana mereka merasakan mereka telah melakukan kerja yang baik, maka mereka boleh mengundi BN.

"Ia terpulang kepada mereka. Mereka tidak perlu diancam atau diugut,"tegasnya dan berkata kerajaan tidak perlu mengambil kesempatan keatas para guru.

"Apabila anda berada di dalam kuasa untuk masa yang sangat lama, ia adalah perkara biasa untuk membuat seruan sebegitu ... ia adalah perkara yang sama kepada sesiapa sahaja dalam kedudukan itu akan lakukan," katanya memberi amaran tetapi kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru mengundi untuk mereka .

Semalam, Idris menyeru golongan guru supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," kata Idris kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut. -BO

Isu Mesir: Kenyataan Najib Digemari Barat – Ahmad Kassim


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.

Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.

“Isu di Mesir adalah kudeta tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.

“Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia dan Iran yang tegas menolak kudeta,” ujarnya kepada Suara Keadilan.

Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita,” katanya dipetik.

Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah “A 21st-century checklist of the new autocrats”, Mark Mackinnon tahun lalu.

“Mungkin Najib pura-pura tidak tahu bahawa Dr Mohamed Morsi dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dan memenangi 51 peratus undi.

“Puncanya ialah sikap tidak demokratik pembangkang Mesir yang gagal memberikan kerjasama dan angkatan tentera yang masih kuat menyokong Hosni Mubarak. Akhirnya kelompok inilah yang ambil kesempatan atas protes yang berlaku, ini yang Najib perlu faham,” katanya.

“Kenapa Najib perlu bersikap terpilih memberi pendapat dalam isu Mesir yang baru setahun diperintah Morsi?” soalnya. -KD