17 Mei 2013

[LIVE] Himpunan Blackout505 Di Seremban, N9


Perhimpunan Blackout505 diteruskan dan lokasi selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari ini, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban.

Dianggarkan kehadiran iaah diantara 40,000 hingga 60,000 orang.




"Kabinet Terakhir BN" Terus Terima Kritikan


Badan pemikir: Kabinet Najib tidak akan berupaya tangani kehendak rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya 2013 tidak akan berupaya menangani isu pokok dan perubahan yang dikehendaki rakyat kerana wakil Kabinet Najib jelas pertubuhan berkenaan menunjukkan Najib kekurangan calon yang berkelayakan.

Badan pemikir PKR turut menegaskan Kabinet baru Najib itu juga adalah kumpulan “pasukan lama” dan “tukang sorak” untuk mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu ketika pemilihan parti majoriti Melayu berkenaan penghujung tahun ini.

“Institut Rakyat berpendapat Kabinet baru tidak akan serius dan berupaya menyelesaikan perubahan perkara pokok yang diinginkan dalam negara ini iaitu masalah sosio-ekonomi dan aspirasi demokrasi rakyat Malaysia,” kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. “Kabinet baru itu hanyalah pasukan lama Najib untuk mempertahankan kerusi Presiden.”

Malahan, mereka turut merasakan anggota Kabinet Najib dalam bidang utama seperti kewangan, jenayah, pendidikan dan pertahanan nasional hanyalah “anggota yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan dikitar semula”.

“Institut Rakyat kecewa dengan barisan kabinet Najib kerana pada dasarnya, tidak ada transformasi, sederhana atau perpaduan kebangsaan yang didorong oleh anggota Kabinet yang baru ini,” tegas badan pemikir berkenaan dalam kenyataan tersebut.

Antara perkara yang dibangkitkan Institut Rakyat adalah kurangnya anggota Kabinet wanita, kitar semula pemimpin veteran Umno dan BN, penurunan wakil masyarakat Cina dalam anggota Kabinet, perlantikan semula pemimpin yang bermasalah, dan banyak lagi.

“Kebimbangan utama adalah ‘tradisi’ tidak sihat dan buruk yang dilaksanakan sejak pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi Perdana Menteri pada masa yang sama menjadi Menteri Kewangan.

“Ini bukan satu amalan biasa di negara-negara Komanwel yang lain atas sebab yang mudah bahawa semak dan imbang mesti dilaksanakan bagaimana kumpulan eksekutif membelanjakan wang negara,” katanya. Presiden Umno itu telah melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya sebelum ini, yang kebanyakkan adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, penganalisis berpendapat dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Najib untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.

Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.

Ulasan GB

GB lebih melihat bahawa barisan kabinet yang diumumkan Najib adalah kabinet terakhir BN.

Setuju?

Najib Perlu Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan


Portfolio Menteri Kewangan sewajarnya tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri sebaliknya diberi kepada timbalannya bagi mewujudkan budaya semak imbang di peringkat tertinggi kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan negara.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Syahir Sulaiman, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut sejak 1998.

Dalam tempoh ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sangat memerlukan budaya ‘semak dan imbang’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan.

"Dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urus tadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memegang jawatan CEO dan CFO dalam kerajaan.

"Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh turut memegang jawatan bendahari, bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah," kata Pengarah Institut Polisi Studi DPPM itu.

Kabinet yang diumumkan Najib petang semalan membabitkan 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, 26 Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.

Ulasan GB

Beberapa tahun yang lalu GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Maisng-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.

Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.

[BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu


Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. -hd

Ulasan GB

Sewaktu berita mengenai satu kajian kononnya 81% mahu Anwar bersara disiarkan oleh Sinar Harian dan malaysiakini kelmarin (15 Mei 2013), GB lansung tak percaya dengan berita berkenaan sekalipun blog para pencacai UMNO melompat sakan dengan penyiaran berita berkenaan.

Ini kerana senario semasa lansung tidak menunjukkan sokongan terhadap keputusan kajian berkenaan, malah jika diukur dari keputusan pilihanraya pun, undi popular yang diterima BN lansung tidak mencecah 50%. Jadi bagaimana boleh sampai 81% mendesak Anwar berundur.

Memang puak UMNO BN ni sekarang di dalam keadaan amat tertekan dan terdesak. Melakukan apa saja dan "penipuan" merupakan satu-satunya cara kini untuk kekal berkuasa.

Namun percayalah hukum kebenaran dan keadilan kini sedang mengambil tempatnya dan UMNO BN sedang menuju kehancurannya!

Pemuda MIC Berang Najib Lantik Pemimpin Hindraf Sebagai Timb Menteri


Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (gambar, kiri) sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri. "Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN. "Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan. "Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.

MCA Semakin Mengecil & Terpencil Di Dalam BN


Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.

"Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN.

"Setiap hari disindir dan diperli oleh Umno dan yang lebih menghairankan, MCA dan Gerakan terus membodohkan diri ketika bangsa Cina terus dihina oleh para pemimpin dan hulubalang-hulubalang Umno," katanya.

Rakyat, kata Salahuddin, tertanya-tanya mengapakah MCA dan Gerakan sanggup menjadi orang terbuang dan terhina di dalam BN.

"Jasa MCA dan Gerakan yang mengekalkan kuasa Umno pada pilihan raya 1999 lalu ketika 65 peratus orang Melayu menolak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno dan BN ketika itu sedikit pun tidak dihargai," katanya.

Ketika MCA dan Gerakan menjadi orang terbuang di dalam BN, Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia membuang politik perkauman yang penuh dendam dan permusuhan yang ditaja oleh Umno.

"Sehingga bilakah rakyat Malaysia sanggup hidup dibakar api perkauman yang semakin hari semakin diapi-apikan oleh Umno?" beliau mempersoalkan.

Rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, tidak ada pilihan lagi untuk membina Malaysia yang kembali aman dan harmoni melainkan bersama-sama Pakatan yang semakin terlihat dan terbukti menjadi "wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas", kata beliau.

"Sesiapa jua yang menghadiri perhimpunan-perhimpuna kita sejak sebelum pilihan raya lalu dan juga perhimpunan-perhimpunan selepas pilihan raya seperti di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru telah merasai bahawa Pakatan telah benar-benar menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan mesra bagi semua kaum," kata Salahuddin yang yakin usaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan yang benar-benar ikhlas akan berjaya. -HD

[GAMBAR BERBICARA] Masa Depan Malaysia Hanya Ada Pada Pakatan Rakyat!


Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Masa depan Malaysia hanya di tangan PAKATAN RAKYAT! Saksikanlah persaudaraan ini: