28 Apr 2013

Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran


Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.

“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

“Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh ‘steady’ je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh.

“Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas,” ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini.

Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik.

Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu.

Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.


Mantan MB Selangor : ‘Kepada Ahli Umno…Bertaubatlah…’


KUALA SELANGOR 27 APRIL : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyeru ahli-ahli Umno untuk ‘kembali ke pangkal jalan’ yang sebenar dengan meninggalkan parti itu yang sarat dengan pelbagai kerosakan.

Ujarnya, pimpinan Umno-BN yang mempermainkan pelaksanaan hukum hudud disifatkan beliau sebagai seorang yang angkuh dan tidak wajar diikuti oleh rakyat di negara ini.

Sifat angkuh itu berlaku kerana Umno-BN sudah memerintah dalam tempoh yang lama sehingga berlaku banyak penyelewengan dan kezaliman.

“Bagaimana kita hendak mengikuti mereka, jika imam saya sudah tidak betul maka saya perlu memisahkan dengan mereka ,” ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib sambil diikuti dengan laungan takbir daripada hadirin.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya ‘PAS Pilihan Saya’ yang diadakan di Padang Bolasepak Bukit Kuching Hilir Jeram di sini yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir dalam program ceramah itu, Calon Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Calon DUN Jeram, Rashid Kassim.

Sebelum ini, Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sehingga 1997 dan beliau juga pernah menjadi ADUN Batang Kali bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Ujar beliau, barisan pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai pakej kepimpinan yang berkaliber dan mempunyai integriti bagi menerajui kuasa di peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) ini.

Katanya, pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar, Tony Pua, Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz menunjukkan daya kepimpinan yang berkualiti untuk memimpin negara.

Mat Taib juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam melaksanakan budaya ilmu dan keagamaan dalam Majlis Sambutan Merdeka dengan menjemput penceramah agama yang tidak pernah dilaksana di bawah Umno-BN.

Ia berbanding dengan Kerajaan Umno-BN yang lebih kepada program berbentuk hiburan melampau yang merosakkan rakyat.

“Apabila saya menjelajah ke seluruh negeri Selangor saya menyeru, wahai ahli-ahli Umno marilah balik semula dan mengikuti jalan Allah kembali.

“Ikut jalan yang lurus dan diajar kepada kita sebagaimana apa yang diajar oleh sebelum kita,” kata beliau.

Beliau juga menyeru rakyat Selangor memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan mereka walaupun katanya akan wujud ‘pengundi luar’ yang akan di bawa bagi merampas Selangor daripada PR.

“Berilah peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara,” kata Muhammad Taib.
-selangorku

Terbukti Nyata UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali


Banner yang terpapar di atas menjelaskan bahawa UMNO terlibat secara lansung menyebar video lucah palsu Mustafa Ali.

Mustafa: Saya akan lawan saman Umno.

KUALA LUMPUR - "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat.

"Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas.

"Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini.

"Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. -SH

SPR Perlu Bertindak Terhadap Laporan Polis Ke Atas Puad Zakarshi


Johor Bahru – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas.

Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Haji Siam, pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, beliau telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat.

Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d).

Tambah beliau, akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang bertarikh 7 November 2009.

Menurutnya lagi, SPR Johor telah memaklumkan kepada beliau bahawa calon berkenaan telah pun diperakui dan diwartakan.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding pada pilihanraya berikutnya.

Pada 16 April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen Batu Pahat.


Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.

Dalam laporan polis yang sama, Hj Siam juga telah menyangkal tanggapan umum yang telah menuduh beliau menerima RM 2 juta bagi membolehkan Saudara Puad Zarkashi bertanding semula dalam PRU-13 kali ini. -nusajayakini


sila klik untuk lebih jelas

[BONGKAR] Gambar Tun M Langgar Akta Pilihanraya Terbongkar...!!! Saksikan.....


Bukti gambar Mahathir turun dari heli yang ditanggung Rakyat utk kempen BN 'Perpaduan Melayu versi Perkasa'.... kantoi sudah! oit, mat Navy pun menyampah bila diperkudakan oleh politik BN.

Habis alam facebook dari dalam TLDM membongkar kisah ini.

Bukti Langgar Akta Pilihanraya:-

1. Menyalahguna jentera kerajaan - helikopter kerajaan.
2. Berpolitik dalam pangkalan tentera.

Kesan dari siri kempen terbabit:-

1. Membudayakan Politik Perkauman.
2. Memperkudakan 'Kredibiliti Anggota tentera Malaysia.
3. Memperlihatkan BN boleh buat apa saja untuk tawan pengundi.

Pelik bin ajaib.. Mahathir yang dah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan Kemenangan BN dalam pru ni.

Mengapakah Mahathir terlalu KETAKUTAN jika BN kalah? Apakah misteri yang bakal terbongkar jika BN kalah? Tolak BN.. pastikan Mahathir di hukum akibat salah laku dan perompahan ratus bilion wang kita yang hilang!!!! -fb

[VIDEO & GAMBAR] Lautan Manusia Di Program Ust Azhar Idrus & Husam Musa Di Putrajaya


Lautan Manusia di Putrajaya, gabubungan 2 Tokoh Islam Kotemporasi Husam Musa & Azhar Idrus malam tadi di Padang Bola, Loji Pembersihan Konsortium ABASS, Precint 19, Putrajaya 27hb April 2013.

Kehadiran Tun Mahathir yg turut hadir berkempen malam ini pun tengelam lenyap dgn suara kebangkitan rakyat kali ini.

Inikali LAH tukar!!!











Pelakon, Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS... Borang Keahlian Diserah Kepada Dato Husam Musa






[BERGAMBAR] Gambar Terbaik, Rakyat Bangkit Pamer Sokongan Kepada PR Terangan-Terangan


Berikut ialah beberapa gambar Pakatan Rakyat terbaik Rakyat sudah bangkit untuk pamerkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat secara terangan-terangan: