16 Apr 2013

Ibrahim Ali Kecewa Diketepikan BN, Pernah Kata Dia Lebih Baik Dari Nik Aziz


Ibrahim Ali kecewa diketepikan BN

Kota Bharu: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan kenapa beliau tidak boleh jadi calon BN sedangkan naib presidennya, Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini isolated case (kes terpencil)," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya termasuk ahli Perkasa.

BN mencalonkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa bertanding di kerusi itu.

Tegas Ibrahim, beliau bukan berdendam dengan BN atau UMNO apabila memutuskan mahu bertanding di Pasir Mas sebaliknya menasihati semua ahli Perkasa supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN.

Katanya, keputusan beliau itu adalah atas permintaan penduduk Pasir Mas dan kerana masih ada banyak agenda yang mahu beliau perjuangkan khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Dalam pada itu, Ibrahim berterima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN. -astroawani


Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Anda permainkan PAS setelah PAS memberikan anda ruang dan peluang untuk bertanding di atas tiketnya pada 2008. Kini anda pula dipermainkan BN sekalipun anda telah mengampu begitu hebat, lebih dari orang lain.

Nak bertanding Bebas? Silakanlah tapi UMNO BN akan tetap mengundi calon mereka, dan akan terus ketepikan Pak Him....

Mati berangan dan mati beragan untuk menjadi MB Kelantan...

Dua Tan Sri Sertai PAS, Rahmat Di sebalik Isu Video Seks

Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

“Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Pas melihat perkara ini serius di mana kedua-dua Tan Sri itu sudah bertemu pimpinan tertinggi Pas, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“(Mereka) rela datang berjumpa saya, menghubungi saya dan pergi ke rumah Datuk Haron serta sudah bertemu Datuk Nik Aziz kira-kira enam bulan lalu.

“Tidak mungkin orang macam ni tidak serius. Sudah pasti mereka telus.

“Kita tidak mahu ada mana-mana pihak menuduh mereka ada kepentingan atau sebagai calon. Mereka hadir untuk membantu berkempen,” katanya.

Salahuddin juga tidak menafikan kemungkinan seorang bekas menteri besar Selangor menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

“Benar, tapi tunggu sahaja pengumuman rasmi. Yang pasti, kedua-dua Tan Sri ini akan memberi impak besar dalam PRU13.

“Mereka mempunyai pengaruh sangat kuat dan kehadiran mereka pasti memberi perubahan besar,” katanya.

Ditanya mengenai identiti kedua-dua Tan Sri ini, Salahuddin sekadar berkata: “Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen.

“Seorang lagi ialah bekas menteri Selangor. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identitinya.
" -SH

Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!

Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini.

Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

Sejak itu beliau mengenepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan.

Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa.

Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya.

Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam PAS tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya.

Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu.

Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai PAS, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar.

Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini.
-Shabuddin.com

Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN


Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

Ulasan GB

Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.

UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.

Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya.

Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.

Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini.

Mengenai Rais Yatim, dikhabarkan kerana kehadirannya menyusahkan Najib dan menteri kabinet lain di dalam hubungan bilateral dengan Indonesia. Setakat mana kebenaran maklumat itu belum dapat dipastikan. Rais kena tanya sendiri dengan Najib.

Kak Mah.. Beg Dah Siap Dah Ni....Mai Amik...


Kesungguhan anak-anak muda dengan daya kreativiti yang tinggi ditunjukkan beberapa anak muda yang bencikan rasuah dan kemewahan melampau telah mereka cipta satu replika gergasi bag tangan wanita gergasi jenama BIRKIN HERMES yang sering diguna pakai oleh Rosmah Mansor isteri Najib Razak.

Satu dunia tahu bahawa sebuah bag tangan wanita jenama ini harganya ratusan ribu ringgi dan Rosmah Mansor memiliki koleksi berpuluh dengan warna yang berlainan.

Anak-anak muda benci rasuah dan pemborosan yang melampau.

TOLAK UMNO ANGKAT PR. -omakkau


Dr. Juanda Jaya: "Ini Berita Syaitan"


Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

"Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali ini.


Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR


KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.
-mstar

Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013


7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

“Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar.