6 Nov 2012

[GILA] Hadlaju 90 Km, Saman 80 Km, Bukti Kelemahan AES

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

“Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

“Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem ‘speed limit buffer’ (lonjakan had laju).

“Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

“Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju,” kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

“Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

“Kompaun tidak wajib bayar.

Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

[DASYAT] Buang Janin Depan Rumah


Mentakab – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa.

“Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran.

“Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai,” katanya, kelmarin.

Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

“Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,” katanya.

Jenayah Menurun? Anak Bekas Ahli Parlimen BN Kena Tetak


Kuala Lumpur — Polis sedang menjejak lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh (BN) berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama berkata masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini.

“Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjutan untuk menangkap suspek-suspek ini,” katanya.

Beliau berkata mangsa Wan Mohd. Faizal, 24, iaitu anak kepada Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak,” katanya.

Wan Mohd Faizal cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan menggunakan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. — BERNAMA

Anak Bekas MP Pasir Puteh Cedera Parah Ditetak

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritendan Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.

30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.

"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di sini, Ahad.

Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.

Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur
-BERNAMA



Patutlah Temberang Semacam Suruh Lapor SPRM, Rupanya Beliau Ada Kuasa Ke Atas SPRM

Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta ke atas Umno Sabah.

Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.

Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.

Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.

Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.

“Berbeza dengan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dahulu, Datuk Seri Nazri adalah bertanggung jawab kepada SPRM.

“Apabila SPRM membuka fail ke atas Datuk Seri Nazri, dia akan disiasat oleh badan yang akan melaporkan pada dirinya sendiri.

“Oleh kerana tindakan Datuk Seri Nazri cuba menutup dan tidak memberi jawapan yang boleh diterima pakai setakat ini, sebab itu timbul soal Hummer dan sebagainya,” kata pengarah strategi PKR itu.

Rafizi memberitahu wartawan hari ini bahawa pendedahan terhadap kes Nedim adalah sebahagian dari pendedahan beliau terhadap pemberian “dana politik” RM40 juta Chia.

“Datuk Seri Nazri cuba untuk menyembunyikan kes ini, beliau tidak memberikan jawapan yang munasabah sampai sekarang, dan inilah sebab kenapa isu Hummer ini timbul.

” Walaupun menghantar laporan kepada SPRM hari ini, Rafizi menegaskan siasatan akan terus dijalankan bersama dengan SPRM.

“Saya fikir dengan dua otak, kita dapat bandingkan siapa yang lebih cekap di sini.

“Terserah kepada SPRM untuk bersama kita dalam siapa yang dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi. Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.

Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia.

Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa, menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan.

Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu “menteri undang-undang No.1” mungkin didapati bersalah atas kesalahan rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah bersih dari rasuah.

Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut, sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC). -TMI

Kenapa AES Dipasang Juga Walau Dikritik Hebat Terjawab, Dikuasai Syarikat Kroni UMNO MCA


Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Kroni Umno kuasai tender AES

Adun Teja Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES.

KUALA LUMPUR: Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuasai kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang.

Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Rozana, menurut Chang merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

“Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

“Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Beta Tegap merupakan salah sebuah daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Sebelum ini Ahli Parlimen Selayang William Leong mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Namun dakwaan itu disanggah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Sementara itu, dalam sidang media berlainan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam masa terdekat, sedangkan pelaksanaannya sudah dilakukan sejak bulan lalu.

“Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam,” katanya.
-FMT




Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah

Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.

Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

“Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan,” jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

“Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan,” tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13.

Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.
-mk



Ulasan GB

Seperti kata Rafizi:

Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?”

Apakah kerana pemimpin Sabah sudah terhidu bahawa laporan SPRM yang dilakukan oleh Rafizi bakal menjerat mereka, maka sebab itu wang RM40 juta dimasukkan ke akaun UMNO Sabah bagi menjustifikasikan dakwaan bahawa wang tersebut sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah bagi mengelakkan dari siasatan SPRM?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka cuba menipu rakyat dan sekalipun SPRM enggan untuk melakukan siasatan.