7 Ogo 2012

[Jadi Binatang] Suami Setubuhi Anak Sendiri Kerana Restu Dari Isteri Muda

Musiran (50) penduduk dari Desa Sriwangi Ulu, Sumatera Selatan, dilaporkan oleh anak kandungnya Ra (20) ke Polis Sektor (Polsek).

Musiran dilaporkan kerana telah menyetubuhi Ra anak kandungnya sendiri. Aksi itu dilakukan sejak tahun 2010.

Daripada maklumat yang terkumpul, Musiran telah menyetubuhi anak dari isteri pertamanya itu ketika isteri keduanya hamil dan tidak mampu melayani gejolak nafsunya.

Dengan dalih persetujuan isteri keduanya, Musiran akhirnya menyetubuhi anak isteri pertamanya itu.

Untuk mencegah kehamilan, Ra disuntik oleh ayahnya sebelum disetubuhi.

Di hadapan petugas, Musiran mengaku tidak boleh mengingat bila pertama kali dia menyetubuhi anak kandungnya itu. Namun dia mengaku melakukan hal sejak tahun lalu.

"Saya melakukan itu kerana waktu itu isteri muda saya sedang hamil dan keadaannya lemah. Isteri muda saya juga tidak pernah melarang saya melakukan hal itu. Itulah sebabnya sejak ketika itu saya terus melakukannya," ujar Musiran.

Ketua polis Kristiyono Sik mengatakan, suspek sudah ditahan di Mapolsek Semendawai Suku III yang ditangkap setelah mendapat laporan dari keluarga.

Suspek ditahan di bawah fasal 46/47 UU No 23 tahun 2004 tentang penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT), dengan ancaman penjara maksima 15 tahun penjara," jelas Tri Sopa. -tribunnews

Ulasan GB

Apabila nafsu tidak dikawal dan tidak dididik dengan ketaqwaan, maka jadilah manusia itu lebih hina dari binatang, sehingga anak sendiri pun sanggup dijadikan habuan nafsunya.

Firmanullah swt yang bermaksud

"Sesungguh nya Kami telah Menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik nya. Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah kejadian" QS. At-Tiin : 4&5

Kronisme Tegar Di Era Transformasi Najib

Tindakan kerajaan menganugerahkan projek LRT Ampang kepada George Kent adalah bukti ketegaran amalan kronisme dalam kerajaan BN selain menyerlahkan lagi kegagalan konsep transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata, ketika Najib Razak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 2010,beliau telah mengisytiharkan untuk menghapuskan amalan ‘rent-seeking’ dan naungan.

Namun, penganugerahan projek kepada George Kent itu tidak menggambarkan kenyataan yang cuba dilaksanakan Najib Razak.

“Anugerah ini telah terbukti bahawa bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghapuskan amalan ‘rent seeking’ dan naungan dalam perolehan Kerajaan dan proses tender.

“Perlakuan ini menjadi semakin terang-terangan dan berkembang pesat di negara ini,” kata Pua dalam kenyataan medianya.

Jelas Pua lagi,sejak minggu lalu, pelbagai pendedahan menunjukkan bahawa George Kent memenangi bidaan walaupun harganya RM167 juta lebih tinggi daripada tawaran asal yang dicadangkan pemilik projek Syarikat Prasarana Negara.

Malahan, George Kent telah dianugerahkan kontrak walaupun gagal kriteria teknikal.

“Eksekutif industri dipetik berkata bahawa “George Kent mungkin perlu subkontrak kira-kira 70 peratus sehingga 80 peratus daripada nilai kontrak kerana ia bukan merupakan pengeluar peralatan asal mana-mana komponen yang diperlukan untuk kerja sistem.

“Eksekutif tertinggi dari Nokia juga telah mengesahkan bahawa mereka telah dihubungi oleh George Kent untuk mengambil bahagian dalam projek itu sebagai subkontraktor,” ujar Pua.

Tambah beliau lagi,Balfour Beatty juga telah didekati untuk projek subkontrak itu tetapi eksekutif rapat kepada kumpulan yang berpangkalan di United Kingdom berkata ia telah “menolak” tawaran itu.

“Anugerah ini menunjukkan bahawa kontraktor Ali-Baba yang masih wujud yang mempunyai pertalian politik.

“Bagaimanakah Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus bercakap tentang “Model Baru Ekonomi” dan “Transformasi Ekonomi” apabila kroni Barisan Nasional (BN) terus memperolehi tender kerajaan yang lumayan melalui rent seeking dan naungan, dan bukan dengan kecekapan, kualiti dan daya saing harga,” katanya. -selangorku

Ritual Gila Halau Hantu: Anak Dihempap Sampai Mati Oleh 7 Ahli Keluarga

Bukit Mertajam: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.

“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama. -HM

Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

“Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut,” katanya. -hm

TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB

Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.

“Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor,” katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas.

“Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini.

“Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini,” katanya. -KD

MB: Penstrukturan semula air di Selangor elak tarif naik 52%

KUALA LUMPUR 13 Jun: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor tetap meneruskan penstrukturan semula air di negeri itu bagi mengelak rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kos kenaikan tarif lebih 50 peratus.

“Penyusunan semula air Selangor akan menentukan bahawa rakyat Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak akan dikenakan kenaikan seperti dalam perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada untuk 2009 dan 2012 yang mana sejumlah lebih 50 peratus harga tarif air dinaikkan.

“Jika tidak, kenaikan tarif air akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus. Jadi dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang, jika perjanjian ini diteruskan, sekarang juga harga air kena dinaikkan lebih 52 peratus,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sempena Forum Air Selangor 2012 semalam.

Khalid berkata, demi mempertahankan hak rakyat daripada dianiaya menerusi perjanjian oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, beliau akan berjumpa sendiri dengan menteri berkenaan.

“Jika tidak boleh dilaksanakan penstrukturan ini, kita akan berjumpa dengan kerajaan untuk mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti dalam Perlembagaan Persekutuan ada termaktub bahawa air juga isu Kerajaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi dalam Akta 655, dia (kerajaan) menerima bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mesti dapatkan persetujuan bersama dalam penyelesaian,” jelas beliau.

Tambah Khalid, jika Kerajaan Persekutuan tetap ‘berdegil’ untuk menyusahkan rakyat, beliau sendiri akan turun padang menerangkan mengenai isu tersebut.

“Kalau tetap juga tidak diterima, saya akan menerangkan kepada rakyat apa yang saya buat, kalau tak dapat diteruskan, sanggupkah rakyat Selangor bayar 52 peratus kenaikan harga air. Perkara ini agak senang saya terangkan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Selangor dan Syabas pada 2006 menyetujui setiap tiga tahun, tarif air akan dinaikkan mengikut peratus yang dipersetujui.



Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga

Hukuman tampal poster menghina

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm


BERITA SEBELUM INI

5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga


Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara pada 3.40 pagi 4 Feb lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.
- Bernama


Pengerusi SYABAS Yang Gajinya Hampir 1/2 Juta Sebulan Tak Hadir Taklimat

Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.

Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.

Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas. Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.

“Semua profesional tertinggi hadir,” kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini. Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.

“Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor. “Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir. “Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya,” kata Tony ketika dihubungi TVS hari ini.

Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas. “Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2,” katanya lagi. -tvs

Terdesak Sangat Sampai Klon Twitter Anwar

Account twitter DS @anwaribrahim di klon .... hmmm terdesak sangat sampai klon-klon account org lain.....sampai ada menteri yang hampir terkena tipu...kuikuikui

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. -PR Supporter


Saifuddin tolak 'tawaran Anwar' sertai PKR

SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.

Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."
-SH