24 Mac 2012

Kulim Dihentam Ribut, 3 Peserta Sukan Balapan Cedera

Tiga peserta Sukan Balapan Peringkat Daerah Kulim/Bandar Baharu cedera dalam kejadian ribut kencang yang mengakibatkan 15 khemah roboh dan terbalik di Sekolah Menengah Datuk Panglima Besar di sini petang semalam.

Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu Abu Bakar Md Ali berkata ribut dan hujan lebat pada kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian besar peserta sukan itu dan anggota keluarga mereka berlindung dalam 15 khemah di tepi padang sekolah, selain berlari ke bangunan sekolah.

"Ada juga beberapa pelajar yang tidak sempat lari menyelamatkan diri dalam bangunan Sekolah Menengah Datuk Panglima Besar itu mengalami luka ringan dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berpuas hati dengan tindakan segera oleh guru dan petugas yang mengendalikan sukan itu.

Abu Bakar turut menafikan khabar angin bahawa seorang peserta patah kaki ketika tergesa-gesa menyelamatkan diri.

Beliau berkata kaki pelajar itu telah patah sebelum sukan tersebut bermula Rabu lepas, dan kehadirannya adalah secara kebetulan kerana ingin menyertai rakan lain.

Katanya, pelajar itu terpaksa dipapah petugas untuk diselamatkan dalam kejadian ribut tersebut. -

Gempar Kerana Wujud Geng "Wanita Rogol Lelaki" Untuk Dapatkan Sperma

Mashava, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Gambar: DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.

"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

Formula1: Selepas Sesi Kelayakan - Hamilton & Button Di Petak Hadapan Esok

Lewis Hamilton dari pasukan McLaren akan bermula di petak pertama esok di dalam perlumbaan Formula1 Grand Prix Malaysia bersama-sama rakan sepasukannya Jenson Button dipetak kedua.

Hamilton mencatatkan masa 1 minit 36.219 saat pada sesi kelayakan Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Sepang petang tadi, menewaskan Button yang mencatatkan masa 1 minit :36.368 saat dan merupakan kali pertama Hamilton berjaya memulai petak pertama di negara ini.

Juara dunia 7 kali iaitu Michael Schumacher yang memandu kereta Mercedes-AMG merupakan yang ketiga terpantas, mengatasi pemandu Red Bull, Mark Webber dan pemandu Lotus'Kimi Raikkonen, yang masing-masing di kedudukan empat dan lima. Tetapi Raikkonen akan bermula di petak kesepuluh esok setelah didenda 5 petak ke belakang setelah menukar gearboxnya.

Juara dunia Sebastian Vettel berada di petak ke enam, Romain Grosjean dari Lotus ketujuh, dan pemandu Mercedes-AMG Nico Rosbergdi tempat kelapan. Pemandu Ferrari Fernando Alonso dan pemandu Sauber Sergio Perez masing-masing di tempat ke 9 dan 10.

Berikut adalah keputusan selepas sesi kelayakan Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Sepang petang tadi.

1. Lewis Hamilton, Britain, McLaren, 1 minit, 36.219 saat, 14 pusingan.
2. Jenson Button, Britain, McLaren, 1:36.368, 14.
3. Michael Schumacher, Germany, Mercedes, 1:36.391, 14.
4. Mark Webber, Australia, Red Bull, 1:36.461, 19.
5. Kimi Raikkonen, Finland, Lotus, 1:36.461, 13.
6. Sebastian Vettel, Germany, Red Bull, 1:36.634, 14.
7. Romain Grosjean, France, Lotus, 1:36.658, 14.
8. Nico Rosberg, Germany, Mercedes, 1:36.664, 14.
9. Fernando Alonso, Spain, Ferrari, 1:37.566, 16.
10.Sergio Perez, Mexico, Sauber, 1:37.698, 17.

Tersingkir selepas sesi kedua
11. Pastor Maldonado, Venezuela, Williams, 1:37.589, 14.
12. Felipe Massa, Brazil, Ferrari, 1:37.731, 15.
13. Bruno Senna, Brazil, Williams, 1:37.841, 13.
14. Paul di Resta, Britain, Force India, 1:37.877, 15.
15. Daniel Ricciardo, Australia, Toro Rosso, 1:37.883, 14.
16. Nico Hulkenberg, Germany, Force India, 1:37.890, 13.
17. Kamui Kobayashi, Japan, Sauber, 1:38.069, 12.

Tersingkir selepas sesi pertama
18. Jean-Eric Vergne, France, Toro Rosso, 1:39.077, 7.
19. Heikki Kovalainen, Finland, Caterham, 1:39.306, 9.
20. Vitaly Petrov, Russia, Caterham, 1:39.567, 6.
21. Timo Glock, Germany, Marussia, 1:40.903, 8.
22. Charles Pic, France, Marussia, 1:41.250, 8.
23. Pedro de la Rosa, Spain, HRT, 1:42.914, 4.
24. Narain Karthikeyan, India, HRT, 1:43.655, 6.



Tahniah Selangor: 8 PBT Perolehi Penarafan 4 Bintang

Shah Alam: Dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran di Selangor mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 2010/2011.

Dua majlis bandaraya itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyatan media hari ini..

“Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua Datuk Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik,” tambahnya.

Tiada PBT dapat 5 bintang

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan empat bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada 70 peratus penduduk, peniaga (20 peratus) dan NGO (10 peratus).

Menurut Menteri Besar, tidak ada satu pun PBT di dalam negara yang mendapat taraf lima bintang bagi tahun 2010/2011.

Bukti Umno Selangor Jual 74 Ekar Tanah Rizab Melayu Di Gombak

Shah Alam 23 MAC : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali hari ini mendedahkan kes kerakusan Umno-BN sebelum tahun 2008 dalam penjualan tanah rizab melayu di Sungai Sering.

Azmin dalam perbahasannya berkata sebanyak 76 ekar tanah dikawasan Parlimen Gombak dirampas oleh Umno-BN dan diserahkan serta dipindah milik ke salah satu syarikat, Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian di kawasan lain.

Katanya, syarikat itu gagal membangunkan tanah berkenaan malah turut berdegil menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah itu telah ditukar.

Bagaimanapun setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk merampas kembali kesemua tanah itu dan mengembalikannya sebagai status tanah rizab melayu selepas meneliti kes itu.

"Ini membuktikan bahawa Umno-BN apabila diberi kuasa telah mengkhianati dan mencabuli kepentingan orang melayu di negeri Selangor,"katanya.

Pendedahan itu juga turut disokong oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut mendedahkan permohonan Umno bahagian Puchong kepada Kerajaan Negeri untuk menjual tanah rizab melayu kepada syarikat bukan melayu.

Bagaimanapun permohonan pada tahun 2010 itu ditolak oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jelas Azmin, perkara itu penting untuk didedahkan berserta fakta di DUN supaya rakyat tidak keliru kerana pihak Umno-BN hanya mendabik dada dan mendakwa mereka adalah pejuang melayu.

"Semua itu hanya sandiwara, apabila diberikan kuasa merekalah yang merampas hak orang melayu. Saya memohon Kerajaan Negeri memaklumkan terus kepada Sultan Selangor mengenai perkara ini," katanya.

Tambahnya lagi, Umno-BN juga dalam menguruskan hal tanah rizab melayu seringkali dengan menukar tanah rizab dikawasan bandar dengan tanah dikawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal.

"Hal ini menyebabkan tanah rizab melayu di Negeri Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Negeri Selangor ketika mentadbir negeri ini.

Tambahnya, PR berikrar akan terus menjaga hal dan kepentingan orang melayu tanpa mengorbankan kepentingan kaum lain.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan
secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan,"katanya. -selangorku

Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu

SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.

"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.

"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya

Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.
-HD





Nekad Kejar Peragut: Wanita Patah Gigi & Cedera Di Tangan & Kaki

Jempol - Seorang wanita yang cedera akibat terjatuh dari motosikalnya bertindak nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya berisi wang tunai RM1,200, dokumen dan telefon bimbit di Felda Palong Empat di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Inche Aminah Ismail, 47, patah gigi serta cedera di kaki dan tangan selepas motosikalnya dihimpit dua pemuda yang memakai topi keledar.

"Sebelum kejadian itu, saya mengeluarkan wang sebanyak RM800 di pejabat pos. Salah seorang daripada pemuda itu kemudian merampas beg tangan di dalam raga motosikal saya," katanya di sini semalam.

Ujarnya, walaupun cedera, dia bangun lantas berlari mengejar kedua-dua suspek sejauh beberapa meter sebelum meminta bantuan orang ramai.

"Saya dihantar ke klinik untuk rawatan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Rompin," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang getah di sini.

Ujarnya, polis memberitahu beg tangannya telah ditemui di kawasan kebun getah di sini tetapi wang RM1,200 dan telefon lesap. -kosmo

Ulasan GB

Lagi kes Malaysia Paling Selamat?



[WASPADA] Putih Telur Berwarna Biru, Disyaki Telur Tiruan

Terkejut putih telur berwarna biru

KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.

Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.

“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun.

Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya. -SH

WIFI Percuma - Satu Lagi Projek Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat Selangor

Perintis bandar WiFi

PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet.

Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.

Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.

Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.

Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

“Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.

“Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda,” katanya ketika ditemui.

Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai.

“Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati.

“Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa,” katanya.

Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain. -hm


WIFI Percuma untuk Negeri Selangor...Satu lagi projek Pakatan Rakyat Selangor untuk Rakyat Selangor

Perasmian Wifi Percuma oleh Menteri Besar Selangor di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.


YAB. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan program SPINS (Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor) - pelancaran Wifi Percuma kepada penduduk negeri Selangor di Dewan Serbaguna PJS 2C/6.

MBPJ dipilih menjadi PBT pertama yang akan menyediakan Wifi percuma ini. Urusan dengan MBPJ sekarang boleh dibuat tanpa perlu datang ke kaunter lagi. 200 tiang wifi akan dipasang mengikut zon di Petaling Jaya. Kawasan pertama yang akan mendapat wifi percuma adalah di Taman Dato Harun & PJS 1 di dun Taman Medan iaitu kawasan YB Haniza Talha.


Turut hadir iaitu YB Rodziah Ismail selaku Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa 4000 tapak untuk memasang tiang wifi percuma telah dikenalpasti di seluruh Selangor untuk dipasang secara berperingkat, termasuklah kawasan luar bandar.

Menteri Besar menyatakan harapan beliau agar rakyat dapat memanafaatkan keseluruhan sistem wifi ini. Dengan ini, segala urusan dapat dipermudahkan dengan cepat. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian menjadi lebih cepat dan pantas.


Perasan tak tiang seperti di atas...Itulah tiang Wifi SPINS

Rasanya cara untuk menggunakan Wifi SPINS ni samalah juga dengan cara menggunakan wireless City Selangor yang diperkenalkan pada April 2010.

*Sebagai contoh, katakan anda berada di kawasan tiang wifi SPINS dan ingin melayari internet menggunakan komputer riba atau telefon pintar. Berikut cara membuat sambungan kali pertama :-

1. Pastikan komputer atau telefon menerima isyarat Wireless SPINS Selangor. Seterusnya sambungkan kepada isyarat tersebut.

Pilih Signal

2. Buka Browser dan mula menaip sebarang alamat laman web, contohnya www.selangor.gov.my
Buka Browser dan mula menaip url

3. Laman web yang di acess tidak akan dibuka serta merta, tetapi akan dipaparkan Skrin pendaftaran pengguna Wireless SPINS Selangor. Ini membolehkan anda mencipta Username dan Password untuk Log Masuk.

Skrin utama Wireless SPINS Selangor

4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan Klik "Create My Account"
Skrin pendaftaran

5. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan Skrin berikut dan meminta anda Log Masuk atau login untuk terus melayari Internet

Pendaftaran berjaya

6. Skrin Login. Masukkan Username dan Password yang anda telah cipta, kemudian Klik Login

Skrin Login

7. Anda boleh mula melayari laman web dengan percuma selama 30 minit. Masa penggunaan akan dipaparkan untuk rujukan.

Browse percuma.

P/S : Percuma 30 minit bagi mengurangkan kesesakan trafik....tapi boleh connect balik...jangan salah faham...PERCUMA TETAP PERCUMA. -kmwicbmwid


FREE WiFi SERVICES FOR PJ RESIDENTS

The Selangor government launched the Selangor Public Integrated Services (SPINS) yesterday, which will provide free WiFi services to the residents of Petaling Jaya.

Selangor Mentri Besar, Tan Si Abdul Khalid Ibrahim, said the services will empower the residents with knowledge and information from the internet whilst bridging the information gap to the residents.

He said the online services could be better managed to cater to the needs of the population which will make their business with the state government and local authority more convenient and less time consuming.

"The initiative led by Petaling Jaya City Council [MBPJ] is not only aimed at the rich but also to the people who are in the lower income bracket to ensure they are not left behind.

They will provide direct services to the people with more internet-based services like paying taxes or settling summons to the local councils", he said after launching the event.

Khalid said that the local council will work with local residents associations to provide training and promote the services to the people.

"We will provide free classes to teach the basics of the internet to school children, housewives and the elderly so they could use the services provided," he said.

Petaling Jaya Mayor Datuk Roslan Sakiman said he as proud that PJ was selected to be the pioneer in the Spins project which will be expanded to the whole state this year.

The project costs RM40 million with 200 monopoles to distribute broadband signals to PJ city.


[PANAS] Hasan Ali Serah 83 Syarikat Kroni Kepada JKR Buat Jalan Semasa Jadi Exco

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu

Mahu bersama selamanya

KUALA SELANGOR: “Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya,” kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam.

Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan.

Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu.

“Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka.

MERIAH...Amir bersama ibunya, Faridah di kediaman baru mereka sambil ditemani jiran tetangga dan Jamhuri (kanan), semalam.




Ulasan GB

Petikan ulasan GB di entri yang lalu:

Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan.

Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu.

...

Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu.



Dan yang terakhir, kita dengar Amir telah pun ke JKM untuk mengambil dan membawa ibunya pulang.

Kini dengan "kejantanan" Amir, beliau telah dikurniakan Allah sesuatu yang dia sendiri tidak terfikirkan.

Sungguh benar firman Allah swt:


إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
At-Taubah:120


Semuga hidup Amir diberkati Allah selepas ini, begitu juga dengan Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang sudi mengambil Amir bekerja dan menyediakan kemudahan serta tempat tinggal untuk mereka.

Dan tak lupa para wartawan yang membuat pendedahan ini sehingga dapat menyelamatkan Amir dari menjadi derhaka dan nasib kedua beranak (Amir dan ibunya) kini terbela.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan?

Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku, kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri.

Anak Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porschenya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV, terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut,

Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soalsiasat polis.

“Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012,” Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

“Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh.”

Tahap keangkuhan yang mengejutkan

Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas.

“Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam,”
Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nedim dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberitahu pengawal keselamatan Nedim ialah seorang ’Tengku’ atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras..

Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. “ Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi,” satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata.

Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi kes ini.

Cerita dari pengawal peribadi

Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap.

Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribadi dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi. -Malaysia Chronicle

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. -mk