20 Jun 2010

Dasar Muka Tak Tahu Malu, Kamu Nong Chik Wakil Rakyat Mana?

Kg Baru: Pusat ingatkan MB Selangor jangan ganggu

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini.

Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.

“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik.

“Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru.

“Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

Khalid akan berjumpa penduduk Kampung Baru.

Berhubung dakwaan Lembaga Pentadbiran Penyelesai Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata perkara pembangunan terletak pada tangan pemilik tanah individu, bukannya badan itu.

“Dari sudut undang-undang mereka tiada hak tetapi kami tidak mahu menolak ke tepi sesiapa pun dalam soal perundingan,” kata beliau.

“MAS tidak boleh berbuat apa-apa, malah kerajaan juga tidak boleh buat apa-apa,” kata Raja Nong Chik.

Kata menteri, beliau telah mengadakan pertemuan dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk MAS tetapi keputusan akhir terletak di tangan pemilik dan pewaris tanah.

“Kami tidak menjangkakan seratus peratus akan bersetuju, ia akan mengambil proses yang lama,” jelas beliau.

Terdahulu, Khalid memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru bulan depan untuk menawarkan pelan alternatif kepada rancangan dibawa kerajaan pusat.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memberitahu, beliau bercadang untuk meminta penduduk Kampung Baru agar menilai syor-syornya sebagai pilihan kepada pelan yang dikemukakan Putrajaya baru-baru ini.

Justeru kata beliau, biar penduduk Kampung Baru menilai syor yang pihaknya akan kemukakan.

Khalid memberitahu rancangan pembangunan semula disediakan kerajaan negeri Selangor adalah lebih baik berbanding cadangan kerajaan pusat.

Rabu lalu, MAS membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sekiranya ia tidak memasukkan ahli lembaga sebagai anggota perbadanan itu.

Pemangku Naib Yang Dipertua lembaga pentadbiran itu Mashuti Mat Soom berkata pihak lembaga berpendapat penubuhan PPKB tidak akan memberi kebaikan kepada pembangunan di situ dan sekali gus juga akan melupuskan lembaga pentabiran itu yang telah mentadbir kawasan tersebut selama 110 tahun.

Beliau berpendapat adalah tidak logik dengan sewenangnya hak mutlak yang diwarisi oleh orang yang terdahulu diserahkan kepada badan yang belum lagi terbukti kemampuannya.

Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Isnin lalu dilaporkan bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Persetujuan itu dilaporkan dicapai pada sesi perbincangan yang berlangsung antara Raja Nong Chik dengan 50 wakil persatuan mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru. -TMI


Kg Baru: MB Selangor tawar pelan alternatif bulan depan

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru bulan depan untuk menawarkan pelan alternatif kepada rancangan dibawa kerajaan pusat.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memberitahu, beliau bercadang untuk meminta penduduk Kampung Baru agar menilai syor-syornya sebagai pilihan kepada pelan yang dikemukakan Putrajaya baru-baru ini.

“Saya akan menemui penduduk Kampung Baru pada Julai untuk memberi pandangan saya,” kata Khalid hari ini.

Justeru kata beliau, biar penduduk Kampung Baru menilai syor yang pihaknya akan kemukakan.

Khalid memberitahu rancangan pembangunan semula disediakan kerajaan negeri Selangor adalah lebih baik berbanding cadangan kerajaan pusat.

“Saya mahu minta Kampung Baru agar menilai cadangan-cadangan (yang pernah dibuat) oleh saya 15 hingga 20 tahun lalu,” kata Khalid yang menambah, kerajaan pusat pernah memintanya agar menyediakan rancangan pembangunan semula kawasan itu kira-kira 15 tahun lalu dengan mengekalkan hak pemilikan orang Melayu.

Ketika ditanya mengenai butiran rancangannya, Khalid berkata, ia masih “rahsia.”

Kata Khalid, beliau hanya akan mendedahkannya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru.

Meskipun Kampung Baru kini terletak di Kuala Lumpur, Khalid memberitahu Selangor mempunyai tanggungjawab pentadbiran untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Kampung Baru merupakan sebahagian daripada kawasan dalam Selangor sebelum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk.

Sebelum kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anak syarikat kerajaan negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor merupakan entiti bertanggungjawab ke atas pembangunan Kampung Baru dan undang-undang menyebut bahawa hak pengurusan masih kekal di tangan Menteri Besar Selangor.

Rabu lalu, Lembaga Pentadbiran Penyelesai Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sekiranya ia tidak memasukkan ahli lembaga sebagai anggota perbadanan itu.

Pemangku Naib Yang Dipertua lembaga pentadbiran itu Mashuti Mat Soom berkata pihak lembaga berpendapat penubuhan PPKB tidak akan memberi kebaikan kepada pembangunan di situ dan sekali gus juga akan melupuskan lembaga pentabiran itu yang telah mentadbir kawasan tersebut selama 110 tahun.

Beliau berpendapat adalah tidak logik dengan sewenangnya hak mutlak yang diwarisi oleh orang yang terdahulu diserahkan kepada badan yang belum lagi terbukti kemampuannya.

Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Isnin lalu dilaporkan bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Persetujuan itu dilaporkan dicapai pada sesi perbincangan yang berlangsung antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan 50 wakil persatuan mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Pengumuman mengenai pembangunan Kampung Baru pada 29 Mei lalu juga bercanggah dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke Kampung Baru pada 6 Feb lalu.

Semasa lawatan Najib itu, beliau memberi lima syarat iaitu penduduk harus bersetuju, penduduk harus serah geran, dibangunkan oleh GLC, pembangunan bercirikan Melayu dan penduduk tidak perlu berpindah.

Namun pengumuman pada 29 Mei lalu menyatakan pembangunan yang akan diadakan adalah komprehensif di mana 75 peratus pembangunan komersial dan 25 peratus adalah residensi manakala penduduk pula perlu berpindah. -TMI


Ulasan GB

Satu saja soalan GB. Raja Nong Chik wakil rakyat mana? Dasar muka tak tahu malu. Tidak bertanding di dalam pilihanraya tetapi cuba untuk mengugut seorang MB yang dipilih oleh rakyat.

Najib Dedah Keresahannya PR Akan Tawan Putrajaya

Najib: Komponen BN perlu sekat Pakatan tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

“Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh... para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat... mari kita bertelagah dengan pembangkang.

“Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN... beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

“Musuh kita ada di luar... musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan... (mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri.

“Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

“Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.

Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

“Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita,” jelas Najib.

“Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya... anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang),” katanya.

Najib berkata sedaya mungkin, beliau akan membantu demi kepentingan PPP, sambil memberi contoh pelantikan naib presiden kanan parti itu Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini.

Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.

“Anda tidak boleh menjadi sebuah parti seperti parti yang besar tapi anda boleh menjadi tarikan kepada sesuatu kumpulan di dalam negara dan itu yang patut dicari... bidang keistimewaannya yang tersendiri,” kata Najib.

“Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat,” katanya.

PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka

Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.

"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.

"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau,” kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.

Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.

"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.

'Kayveas ditempelak'

Dalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.

"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi,” katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Tindakan berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang 'dipecat' daripada parti itu.

Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

'PPP mesti tolong saya'

"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.

Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.

"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.

Kira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu. -mk


Musa Hassan Diingat Perlu Perbetulkan Dirinya Dahulu

Anwar dingat tak campuri keselamatan negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak campur tangan dalam urusan dan masalah keselamatan negara.

Katanya, Anwar cuba memperlekeh usaha PDRM dalam mengawal dan menangani ancaman kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini dengan mendakwa kononnya ia merupakan cerita rekaan.

Anwar pada sidang media di lobi Parlimen semalam menuduh kerajaan sengaja mereka cerita kewujudan gerakan JI yang menjadi ancaman besar terhadap negara untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul.

Dalam pada itu, Musa berkata polis akan memberi taklimat khas kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil-wakil IPTA pada Selasa ini mengenai usaha membendung penyebaran anasir pengganas di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata taklimat itu turut merangkumi usaha mengekang kegiatan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) merekrut penuntut IPT menyertai kumpulan itu.

Diminta mengulas dakwaan adanya penglibatan tenaga pengajar IPT dalam JI, beliau berkata "Saya tidak boleh hendak beritahu apa-apa, biar kita siasat dahulu".

Musa bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) Institut Pengajian Tinggi Awam 2010 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata PDRM memantau segala bentuk aktiviti di negara ini termasuk yang berkaitan dengan pelampau agama dan perkauman dengan dibantu rangkaian risikan.

"Apa sahaja yang boleh menyebabkan keadaan keselamatan negara tergugat, kita akan siasat dan ambil tindakan sepatutnya, sebab itu kita juga pantau melalui risikan bagi mendapatkan maklumat sebelum terjadi sesuatu.

"Kita juga sedang memantau jika ada lagi ancaman militan selain dari JI dalam negara ini...bagaimanapun saya tidak boleh beritahu semuanya," katanya kepada Bernama.

Musa berkata sehingga kini, belum ada mana-mana tangkapan terbaru melibatkan aktiviti JI tersebut.

- Bernama

Ulasan GB

Jika rakyat tidak dibenarkan campurtangan di dalam urusan keselamatan negara, maka rakyat sudah tidak perlu memberikan kerjasama dengan polis di dalam penyaluran apa-apa maklumat dan seumpamanya.

Jika Musa Hassan begitu yakin bahawa anggota perisikannya terhebat dan sudah memadai untuk mengawal keselamatan negara perlu apa lagi kerjasama dari rakyat?

Inilah padahnya negara mempunyai seorang KPN yang taraf akademiknya pun amat diragui. Laporan di bawah ini berkaitan.


Keterangan palsu Musa mengenai kelulusan akademiknya

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang R Sivarasa hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama, di sini terhadap keterangan palsu Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mendakwa beliau (Musa) mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang.

"Musa telah melakukan kesalahan jenayah dengan memberi keterangan palsu kepada mahkamah berhubung kelulusan akademiknya,” kata Sivarasa yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “apa yang dibuat oleh Musa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.”

Menurut beliau, Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

“Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri
,” katanya.

Sivarasa berkata, “kenyataan palsu Musa ini bersifat material kerana ianya mempengaruhi kredibiliti dan keboleh-percayaan peribadi beliau dalam pembicaraan kehakiman ini.

“Adalah munasabah untuk menganggap motif Musa memberi kenyataan palsu sedemikian adalah untuk melonjak secara perdayaan kredibiliti dan keboleh-percayaan dirinya di kaca mata Hakim berkenaan ketika memberi keterangan dalam pembicaraan kehakiman tersebut,” tambahnya.

Menurut beliau, kenyataan beliau ini bercanggah dengan keterangan beliau dalam kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Jun 2009.

“Selaku saksi Pendakwa Raya, Musa berkata, kelulusan profesional saya ialah Diploma in Law and Management Studies apabila disoal-balas oleh James Tsai, peguambela Datuk Ramli,” kata beliau.

Berdasarkan kenyataan yang bercanggah ini maka jelas beliau tidak mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang seperti yang diberikannya dalam kes Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim pada 14 Disember 1998. – FMT


Jika benar Musa Hassan menipu mengenai kelulusan akademiknya berarti wang gaji yang diterimanya selama ini tidak sah dan perlu dibayar semula kepada Perbendaharaan Negara.

Selain itu ia adalah "wang haram" kerana gaji yang diperolehi adalah tidak bersih kerana terdapatnya unsur penipuan untuk membolehkan beliau menjawat jawatan KPN.

Bagaimana seorang anak kepada seorang ustaz (Hassan Azahari) boleh memakan harta dengan cara yang tidak betul dan bersih?