24 Nov 2009

Rakyat Juga Takkan Lepaskan SPRM

Bernama melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman walaupun beliau meletak jawatan.

Menurut sumber SPRM, siasatan itu merupakan prosedur biasa berikutan timbulnya pelbagai dakwaan dalam PMBK.

"Sehingga kini pihak SPRM sedang mengumpulkan segala bukti dan dokumen yang telah diperoleh apabila pihak kami datang ke PMBK pada awal bulan ini dan siasatan terhadap kes itu sudah separuh selesai,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ulasan GB

Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada yang melibat dirinya atau menantunya.

Tetapi rakyat ingin mengingatkan Pengerusi SPRM, Tan Sri Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai SPRM bahawa rakyat akan pastikan SPRM akan disiasat terutama Pengerusinya biarpun sudah tidak berjawatan atau sudah berpencen.

Ia adalah satu prosedur biasa berikutan timbulnya pelbagai dakwaan mengenai SPRM dan rakyat menunggu "lampu hijau" dari langit bilamana nanti kepimpinan negara sudah mesra-rakyat, tanpa mengira apa parti jua yang memerintah.

What goes around turns around. Apa yang anda lakukan kepada orang lain anda akan rasainya juga. Itu sunnatullah - suatu peraturan Allah SWT dan sunatullah ini tidak berubah. Sebagaimana firman Allah SWT iaitu ,”Maka kamu tidak akan dapati daripada sunatullah itu perubahan.” (QS : 33 : 62)

Beruk-beruk Yang Menyusahkan Rakyat

Satu: Tiga Cedera Diserang Beruk Liar

KUANTAN, 23 Nov (Bernama) -- Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, Isnin dan semalam.

Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, diserang beruk itu pada kira-kira 8 pagi ini manakala dua lagi iaitu, Khairul Azwan Khairudin, 14, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akhbar, 7, dikatakan diserang beruk yang sama Ahad malam.

Fatini Sakira cedera di pangkal paha dan tangan kirinya selepas diserang beruk liar terbabit ketika sedang bermain bersama kakaknya di dalam rumah datuk mereka, manakala Khairul Azwan ketika makan bersama keluarganya di warung berhampiran rumah mereka.

Nuha Nurfaiqah pula diserang beruk itu ketika berada di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan.

Datuk kepada Fatini Sakira, Mohamad Yassin Khalid, 62, berkata beruk itu memasuki rumahnya menerusi pintu hadapan yang tidak ditutup.

"Ketika itu saya hendak keluar membeli sarapan pagi apabila mendengar cucu saya menjerit dan segera masuk semula ke dalam rumah dan mendapati beruk itu sedang menggigit cucu saya.

"Saya mengambil sebilah parang untuk menghalaunya keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Azwan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin menerima enam jahitan di lengan kanannya yang digigit beruk itu pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Setengah jam selepas itu, beruk yang sama dikatakan menyerang Nuha Nurfaiqah yang ketika itu baru tiba di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan, menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan Jaya Gading itu cedera di kedua-dua tangan dan kaki kanannya.

"Ketika kejadian, anak saya sedang memegang coklat dan secara tiba-tiba diserang beruk itu," kata ibu kanak-kanak itu Nor Jahan Ahmad, 38.

Beliau berharap pihak berkuasa segera menangkap beruk terbabit bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

DUA - Kota Siputeh: SPR peroleh perintah penggantungan sementara

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.

Mereka Yang Sama?

Three-man panel hears Kota Siputeh appeal

A panel of three judges has been assembled to hear the joint bid by the Election Commission and ousted Kota Siputeh assemblyman Datuk Abu Hasan Sarif to stay the High Court’s decision declaring the seat vacant.

They are Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee and Datul Abdul Aziz Abd. Rahim.

Earlier, senior Federal counsel from the Attorney-General’s Chambers, Datuk Kamaludin Md. Said, acting for the Election Commission, confirmed that the Court of Appeal will hear their appeal against the ruling calling for a by-election.

Meanwhile, the legal team for the Kedah Speaker was caught unawares when contacted. Lawyer Edmund Bon told The Malaysian Insider that this echoes the Perak constitutional wrangle earlier this year.

“Same team, same nature of case,” said Bon, who added that he had to cancel his appointments for the rest of the day and rush to Putrajaya straight away. - Malaysian Insider


Ulasan GB

Eh, kisah beruk yang menyerang ni di negeri Pahang rupa-rupanya. Sedangkan Kota Siputeh di Kedah, tempelak seorang rakan.

Tak ingat ker pesan Najib dulu dalam kes Nizar vs Zambry semasa mahkamah memberikan kemenangan kepada Nizar: JANGAN TERUJA SANGAT ...

Anda pembaca bijaksana dan budiman - pandai-pandailah rumuskan. GB ada tersebut beruk-beruk ini secara sambil lalu di dalam tulisan yang lepas. Hari ni baru tahu hal yang sebenar. Lambat sangat pickup kita ni. Allahumma, Maha Suci Engkau!

SPR Berjaya Halang Sementara Pilihanraya Kecil Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan perintah penggantungan sementara (interim stay order) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.

Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Ekoran keputusan tersebut, SPR tidak perlu mengadakan mesyuarat esok - hari terakhir untuk suruhanjaya itu mengeluarkan writ pilihanraya kecil di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 serta mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian.

Sebaik sahaja writ itu dikeluarkan, ianya tidak boleh dibatalkan.

Ulasan GB

Kephtusan Mahkamah Rayuan hari ini mengulangi kes Nizar lwn Zambry di mana Mahkamah Rayuan telah menterbalikkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang pada ketika itu memutuskan Nizar sbagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah Rayuan akan menterbalikkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada parti pemerinah.

Siapa yang menentukan hakim-hakim mana yang bersidang untuk mendengar kes di mahkamah rayuan? Ya - Gani Patail. Arahan siapa? Thats it. - xxxxx!

Insitusi kehakiman Malaysia - dan adakah anda masih boleh yakin dan percaya selepas isu pembongkaran hakim yang membaca keputusan yang disediakan oleh peguam corect, correct, correct?

Mencantas Penyerang Nik Aziz

Bernama melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai.

Beliau berkata campur tangan Pas pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat.

"Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan.

Ulasan GB

Kenyatan TGHH di atas menutup terus kritikan dan selaran pihak tertentu yang menuduh Nik Aziz tidak konsistn di dalam pendiriannya menghadapi kes yang melanda PMBK yang sebelum ini diterajui oleh Ariffahmi, menantu Nik Aziz.

Kebenaran akhirnya terserlah jua.

TGNA bukan seorang yang tidak menerima pandangan orang lain, malah telah sedia mendengar syor PAS Pusat sekalipun Ariffahmi tidak dibuktikan ada melakukan apa-apa kesalahan.

Namun bagi mengelakkan persepsi negatif demi kebaikan parti, TGNA telah membuat keputusan sesuai dengan kehendak jemaah.


Ku Li Ketuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan (updated)

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kaukus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan Kaukus ini.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan Kaukus mengenai petroleum. Kita mencadangkan Kaukus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.

Kaukus yang akan ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974.Pindaaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. -TVS


PNSB Sumbang 375 Lembu Korban. Mana Gerak?

Sempena hari raya Aidiladha peringkat negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbangkan sebanyak 375 ekor lembu korban kepada Pejabat Agama di setiap daerah di negeri ini.

Lembu-lembu itu serahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pegawai-pegawai tadbir Islam (Kadi) daerah untuk diagihkan kepada kepada masjid seluruh Selangor.

“Saya amat bersetuju bahawa program tanggungajwab sosial seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan bagi mengembalikan hak golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis penyerahan sumbangn 375 ekor lembu hidup kepada pegawai agama tadbir islam daerah negeri Selangor sempena hari raya aidiladha 1430 hijrah.

Majlis tahunan ini mula dilaksanakan sejak 2002, merupakan salah satu agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin menerusi kerajaan prihatin.

Menurut Khalid, ia sekaligus untuk memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan kewangan melalui program-program kebajikan seperti ini.

“Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor ini dapat bergerak sebagai satu pasukan bagi menjayakan dan melaksanakan banyak program dan aktiviti yang dirancang secara berfasa dalam agenda merakyatkan ekonomi Selangor. Kita yakin semua program dan aktiviti yang diusahakan untuk mensejahterakan semua lapisan masyarakat di Selangor ini,” katanya.

Ulasan GB

Mana GERAK yang satu ketika membuat aduan SPRM mengenai lembu korban di Selangor?
Mana Pengerusi SPRM yang satu ketika membuat kenyataan kononnya "terdapat bukti kukuh" menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada sambutan Aidiladha tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak yang sehingga kini tiada sbarang dakwaan.


Pemimpin MCA Sangsi Dengan Muhyiddin

Sungguh melucukan apabila Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan perdana Menteri hendak menyelesaikan masalah MCA.

Ramai pemerhati politik melihat perkembangan terbaru krisis MCA yang menerima Muhyiddin sebagai pendamai dan penyelesai kemelut sebagai satu lawak jenaka kerana Muhyiddin amat dikenali dengan sifat rasisnya.

Sewaktu mengulas gesaan Muhyiddin yang meminta semua pemimpin MCA agar tutup mulut, ramai pemerhati politik berpendapat Muhyiddin merasakan seolah-olah dirinya sudah diterima oleh MCA untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh parti itu sekalipun hakikat sebenar ramai pemimpin MCA yang merasa sangsi dengan tindakan Muhyiddin.

Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina pernah melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Muhyiddin di dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".

Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara. Apatah lagi tatkala Perdana Menteri menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri.

Muhyiddin diantara lain telah menyatakan:

"Walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti"

Timbalan Presiden Gerakan, Dato’ Chang Ko Youn telah secara terbuka telah melahirkan rasa tidak bersetuju beliau terhadap kenyataan Muhyiddin.

"Adalah benar ramai (kaum Cina) yang mengundi Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau; namun kita mesti menyiasat mengapa mereka lakukan demikian,” kata Chang.

"Kaedah konvensional menggula-gulakan peruntukan tidak lagi diterima lantaran ia dilihat sebagai cara tidak jujur untuk memancing undi. Masalah mereka perlu diberikan perhatian secara berterusan dan pemberian peruntukan sewaktu berlakunya pilihanraya kecil sudah tidak berkesan dan meyakinkan mereka lagi. Isu yang lebih utama untuk ditangani ialah rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan ekuiti di kalangan pemimpin negara serta sistem penyampaian," tambah Chang lagi.

Sementara itu jurucakap MCA yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Sdr. Lee Wei Kiat prnah menganggap kenyataan Muhyiddin berhubung isu Bukit Gantang bahawa “(sokongan kaum Cina) mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan” memerlukan kajian dan penjelasan lebih terperinci.

Beliau telah menggaris pelbagai isu yang menyebabkan kaum Cina menolak BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Selambau. Sebagai contohnya di dalam isu tempatan, nelayan di Kuala Sepetang tidak berpuashati terhadap layanan terhadap mereka contohnya subsidi diesel, birokrasi untuk mendapatkan lesen atau penguatkuasaan secara terpilih oleh polis marin beberapa hari sebelum mengundi.

Begitu juga keangkuhan UMNO dengan isu menunjukkan keris disamping ucapan-ucapan yang berapi-api konon ingin ‘bermandikan darah’ yang boleh mwujudkan ketegangan masih belum dapat dimaafkan.


Kota Siputeh : UMNO BN Hadapi Masalah Calon

Prti UMNO BN menghadapi masalah setiap kali pilihanraya kecil di adakan.

Masalah UMNO BN: mencari calon berwibawa. Kekalahan UMNO BN di dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini adalah disebabkan penonjolan calon bermasalah.

Dan inilah yang ditakuti oleh UMNO BN di Kota Siputeh yang berkemungkinan terpaksa diadakan pilihanraya semula jika kputusan Mahkamah Rayuan petang ini tidak memihak kepadanya.

Dalam pada itu Barisan Nasional (BN) dikatakan tidak akan menurunkan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika pilihan raya kecil diadakan.

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan meletakkan seorang calon tempatan.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar rayuan kedudukan kerusi itu di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan itu tidak bermakna Mukhriz bukan seorang calon yang sesuai tetapi BN mahu memberi peluang kepada calon tempatan.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen memandangkan beliau diterima dengan baik oleh pengundi Kota Siputeh.

DUN Kota Siputeh merupakan salah satu bahagian dalam Parlimen Jerlun.

Muhyiddin yang ditemui pemberita di sini mengulas pertanyaan sama ada Mukhriz akan dipilih sebagai calon kerusi DUN Kota Siputeh jika pilihan raya kecil diadakan.

Semalam Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan menghormati keputusan pucuk kepimpinan jika memilihnya sebagai calon.

Pada Mac 2008 kerusi itu dimenangi oleh calon BN-Umno Datuk Abu Hassan Sarif.

Ku Li Setuju Pengerusikan Kaukus Royalti

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mempengerusikan kaukus petroleum bagi meneliti rang undang-undang mengenai petroleum yang akan dibentangkan dan dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau dimaklumkan Razaleigh, bekas Menteri Kewangan mengenai persesetujuannya untuk bersama kaukus itu.

"Saya dimaklumkan oleh beliau (Tengku Razaleigh) bahawa beliau setuju bersama kaukus ini dan kita cadangkan kaukus ini mewakili semua parti.

"Kita akan jemput wakil dari Umno dan MCA selain dari Pakatan Rakyat dan negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen di sini, hari ini.

Rabu lalu, pemimpin parti pembangkang yang mengadakan pertemuan dengan Razaleigh mahu beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.


NST Menjual Sampah Sebagai Permata - Husam

Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa??

Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?

Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?

Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?

Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.

Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.

Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.

Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.

Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.

Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.

Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.

Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya. -Husam Musa


Husam: They go or I'll quit

NST 2009/11/23

By Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah

KUALA LUMPUR: Kelantan Pas deputy commissioner Datuk Husam Musa appears to be entangled in the ongoing crisis in the state party leadership.

It was understood that Husam had stated his intention to relinquish all party and government positions if Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was suspicious of him.

Nik Aziz, it was learnt, had rejected Husam's offer to resign but the Tok Guru's blue-eyed boy then turned around and gave him an ultimatum.

Sources close to the menteri besar told the New Straits Times that Husam, who is also a state executive council member, had told Nik Aziz that he would only stay on if the Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK) chief executive officer, Ariffahmi Abdul Rahman, and two state executive councillors relinquished their posts.

Ariffahmi is Nik Aziz's son-in-law who is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission for alleged abuse of power.

"Last Tuesday, Husam met Nik Aziz and he wanted to resign but they got very emotional and both of them cried.

"And since Nik Aziz had asked him to stay on, Husam demanded that Ariffahmi and the two executive council members step down, or he would have to go," the source said without naming the two executive councillors.

The conditions set by Husam were purportedly due to the recent crisis in PMBK involving Ariffahmi.

The issue heated up when the former PMBK corporate liaison officer Syed Azidi Syed Abdul Aziz was sacked for allegedly lodging a report with MACC over the mismanagement of PMBK and for conspiring with a Barisan Nasional assemblyman.

However, it was not known why Husam demanded the resignation of the two state executive council members.

"Husam claimed that there was a conspiracy to remove him from the state government.

"There are people in the opposition and even in Pas who see him as a threat because he doesn't tolerate any hanky-panky in the party," said the source.

An online news portal recently reported Husam as saying that he was fully aware of the conspiracy against him and of the efforts to drive a wedge between him and Nik Aziz, who is also Pas spiritual adviser.

He denied rumours that Nik Aziz was considering removing him from the state administration following the actions by Syed Azidi, his former aide of three years, who was openly "attacking" Ariffahmi through his blog and the media.

In Kota Baru, Nik Aziz said he would not allow Husam to step down because of his capability and wisdom, even if the latter had asked to resign from his post.


"I have not mentioned this before for fear of hurting the feelings of other exco members but Husam has brought many benefits to Kelantan with his ideas.

"This boy is smart, has wide experience and is far-sighted. Allah created him not only for Kelantan but for Malaysia. Even if he has requested (to resign), I will not allow it," he said at a press conference in his office yesterday.

Nik Aziz also confirmed that Husam met him a few days ago, but only to inform him that he was advised by a doctor to seek further treatment for a spinal chord related ailment.


Serang Husam Untuk Serang Nik Aziz

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar media arus perdana kelmarin mengenai spekulasi Husam yang juga pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri mahu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Husam yang juga ADUN Salor itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai agenda untuk 'mematikan karier politiknya' yang belum berakhir sejak muktamar PAS Jun lalu, selepas beliau tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, anggota jawatankuasa PAS Kelantan itu berkata, desas-desus Husam 'sudah keletihan' akibat politik parti, sudah lama kedengaran tetapi ia telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'bertahan'..

"Tok Guru (Nik Aziz) kata, kalau hendak kata letih, dia lagi letih, dia lagi banyak tanggungjawab," kata pemimpin tersebut.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut maksud 'keletihan' tersebut, beliau berkata: "Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri.".

Tambahnya, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim pula ketika dihubungi berpendapat, serangan terhadap Husam didalangi musuh politiknya, Umno.

"Biasalah, mereka hendak serang Tok Guru tidak dapat. Jadi, mereka seranglah orang yang dilihat rapat dengannya,
" katanya yang juga ADUN Kelaboran.

"Datuk Husam ni kalau kita lihat macam perisai (kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan)," tambahnya.

Bagaimanapun, Mohamad Zaki menolak terdapat sabotaj dalaman yang mahu menghancurkan karier politik Husam. -malaysiakini

Ramai Sokong Tindakan Nik Aziz

Pas terima baik tindakan Tok Guru

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Ir Mohd Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Pas Pusat sebelum ini telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu tersebut dan menyatakan pendirian bahawa Ariffahmi perlu meletak jawatan.

"Sememangnya itu pendirian Pas Pusat dalam beberapa siri pertemuan dengan Nik Aziz yang diketuai oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri.

"Nik Aziz sendiri bersetuju dengan gesaan dan pendapat yang diberikan kepadanya dan beliau telah pun mengeluarkan arahan kepada Ariffahmi untuk meletak jawatan dan menantunya itu telah menyatakan persetujuan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Ketika ditanya adakah isu itu berkait rapat dengan laporan sebuah akhbar bahawa Exco Kanan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meletak jawatan, beliau berkata, ia langsung tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Bukti integriti MB Kelantan yang tinggi

KOTA BHARU - Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

“Tok guru menunjukkan sikap cukup tinggi nilai moralnya yang mengutamakan jemaah. Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjukkan tok guru (Nik Aziz) ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, sememangnya dalam pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Salahuddin turut menafikan bahawa isu berkenaan merupakan isu yang besar di dalam Pas atau Kerajaan Negeri.

“Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan isu yang membabitkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan meletak jawatan dan parti dan Kerajaan Negeri.

“Itu tak benar sama sekali. Sabtu lepas kami bermesyuarat di Kuala Lumpur. Beliau hadir dalam mesyuarat Pas Pusat.

“Tak timbul pun soal Datuk Husam letak jawatan. Jadi saya tak nampak ada satu kemelut besar di Kelantan,” katanya. -SH

Ulasan GB

Yang tak sokong dan yang meragui tindakan TGNA pertamanya ialah UMNO. Itu jelas. Apa pun TGNA mereka akan tetap tak sokong. Sebab mereka geram tak dapat-dapat nak rampas Kelantan dari PAS.

Tetapi wujud juga kini kumpulan kedua, dari kalangan PAS sendiri. Dibantainya TGNA kerana konon tak konsitenlah, ikut.telunjuk orang sekelilinglah.. alasan-alasan yang serupa macam UMNO beri...


Sahih SPR Bertindak Kuda Tunggangan UMNO BN

Berikut ialah berita MSTAR:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihakanya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.

"Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita.

"Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia... sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang," kata kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.

"Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu).

"Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu," katanya.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.

Pada 16 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Ditanya sama ada SPR bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat esok, Wan Ahmad berkata: "SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini... esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR."

Ulasan GB

Kan cukup jelas tu, SPR adalah kuda tunggangan UMNO BN.

Wan Ahmad berkata, kputusan mahkamah yang menolak permohonan SPR itu merupakan yang pertama berlaku dalam sejarah.

Sedang beliau sendiri terlupa bahawa tindakan SPR menggunakan kuasa secara ultra vires dengan membelakangkan kuasa Speaker DUN itu adalah yang pertama berlaku di dalam sejarah.

SPR nampaknya nak makan buah kedondong lagi...


Nik Aziz, Hadi Awang, Mukhriz Dan Persepsi

Nik Aziz Dah Mengalah, Hadi Awang?

Oleh nuraflah

Di mata Nik Aziz, Ariffahmi bukan sahaja setakat menantunya. Beliau yakin yang ‘menantunya’ itu layak untuk menjadi CEO di salah sebuah syarikat anak kerajaan negeri yang sudah dipimpinnya selama 19 tahun.

Jika diukur dari sudut kelayakan akademik, memang menantunya itu layak. Namun jika diukur dari sudut persepsi orang awam, kelayakan menantunya itu perlu dipertimbangkan banyak kali.

Sebabnya mudah.

Pertama, masyarakat alaf ini memang menolak keras amalan kronisme. Amalan ini selalunya membuatkan yang layak menjadi tidak layak dan yang tidak layak menjadi layak.

Kedua, apa sahaja yang dilakukan oleh menantunya itu akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti Nik Aziz. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Aziz pula akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti PAS. Dan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti ‘perjuangan Islam’.

Ketiga, atmosfera politik alaf ini sungguh berkait rapat dengan persepsi. Pihak yang berjaya menguruskan persepsi dengan baik akan mendapat undian yang baik juga. Kemelut yang melanda PBMK telah mengakibatkan masyarakat membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Nik Aziz.

Tiga sebab di atas sudah cukup untuk membuatkan Nik Aziz perlu mengambil jalan mengalah. Tiada gunanya lagi beliau mempertahankan menantunya itu. Bak kata orang nogori, “biar mati anak, jangan mati adat”. Tindakan Nik Aziz menyuruh menantunya berundur bolehlah dianggap seperti “biar mati anak, jangan mati Islam”.

Bercakap tentang persepsi, pada minggu lalu saya ada membuat ‘online poll’ tentang Presiden PAS. Soalannya, patutkah Haji Hadi (Presiden PAS) letak jawatan?



315 orang telah menyertai undian tersebut dan keputusannya:

1) 184 orang atau 54% undian menyatakan Presiden PAS patut melepaskan jawatannya.

2) 109 orang atau 45% undian menyatakan Presiden PAS patut mengekalkan jawatannya.

Berdasarkan kepada keputusan di atas, saya fikir Presiden PAS sedang berhadapan dengan masalah persepsi. Saya percaya, reputasi beliau sebagai Presiden PAS akan bertambah buruk jika para blogger yang pro-PAS terus berusaha untuk menjahamkan reputasi beliau.

Untuk itu, saya ingin menyeru para blogger yang pro-PAS untuk melihat foto di bawah. Beliau kononnya disebut sebagai bakal calon BN untuk PRK DUN Kota Seputeh. Apakah yang patut anda nyatakan?