11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Rodziah Buat Laporan Polis

Laporan polis dibuat, hari ini, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Beliau berkata, kata-kata kesat berbaur ancaman yang dilemparkan kepadanya semasa Sesi Majlis Dialog Awam bersama penduduk Seksyen 23, 5 September lalu dikhuatiri mengancam keselamatannya.

“Bukanlah hasrat saya, untuk memenjangkan isu ini, kerana isu sebenar ialah isu sebeanr ialah pemindahan kuil sek19 namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya semakin hari semakin bertambah memandangakan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata kepada media sebelum membuat rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis, Shah Alam, tengahari tadi.

Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengat kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” yang boleh memburukan nama beliau.

“Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-kata tetapi setelah semingu yang berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu,

“Saya telah hadir bagi wakil rakyat daerah itu bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimidasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya,” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan melaporkan perkara ini juga bagi mewakili dan memperjuangkan melindungi hak kaum wanita diluar sana yang diancam dengan kenyataan berunsur ganguan seksual seperti itu.

“Saya akan bekalkan klip video yang menunjukan jelas perlakuan tersebut, saya tuntut pihak polis untuk menyiasat perkara ini sama-ada lemparkan kepada saya atau sesiapa yang yang dilamparkan,”

“siasat mereka ini bawa kemuka pengadilan dan demi keselamatan semua individu terutamanya mereka tidak boleh menghina maruah wanita,” katanya.



Era Najib Altantuya : Inkues Ditangguh Khamis Depan (updated)

Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ditangguh ke Khamis depan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan perubatan dan gambar asal kecederaan seorang saksi yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan SPRM untuk menangguhkan prosiding bagi mendapatkan kedua-dua dokumen berkenaan, sebelum meneruskan sesi soal balas terhadap saksi terbabit, T.Sivanesan.

"Setakat ini saya hanya dibekalkan laporan polis dan salinan bercetak gambar yang menunjukkan kecederaan yang didakwa. Saya perlukan bantuan dan pandangan pakar mengenai gambar itu.

"Gambar asal tidak diterima. Saya perlu tentukan sama ada warna pada badan saksi dalam gambar ini ialah warna sebenar akibat kecederaan atau warna ubat yang digunakan di hospital," kata peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi pihak SPRM.

Azmil berkata beliau membenarkan permohonan penangguhan itu kerana gambar asal perlu dikemukakan, bukan sahaja bagi kepentingan SPRM tetapi semua pihak dalam inkues berkenaan.

Berhubung perkara itu, peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, menjelaskan gambar tersebut ialah salinan fotokopi berwarna daripada gambar asal, dan berkata beliau akan cuba mendapatkan gambar asal kecederaan itu untuk dikemukakan kepada mahkamah minggu depan.

Rabu lalu, Sivanesan, pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta di Kuantan memberi keterangan bahawa dia telah disepak, ditampar dan dipukul dengan batang besi oleh lebih 10 pegawai SPRM semasa disoal siasat di pejabat SPRM tahun lepas.

Satu laporan polis mengenai dakwaan itu telah dibuat oleh Sivanesan pada 11 Sept 2008. Awal minggu ini, lima pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap Sivanesan bagi menyangkal tuduhannya itu.

Pada prosiding itu juga, SPRM mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memadamkan kenyataan saksi itu atas alasan tidak relevan, tetapi ditolak Mahkamah Tinggi pada Khamis.

Dalam prosiding Jumaat, Abdul Razak memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan dan sijil perakuan segera di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan itu. -Bernama


Era Najib Altantuya : Pesawat Terhempas, 2 Terbunuh

Pesawat ringan yang terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi, disahkan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani sesi latihan lencong.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pesawat ringan PC7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar itu terhempas pada 12.20 tengah hari tadi, setelah berlepas dari KTU pada pukul 11.54 pagi.

Komander pesawat ialah Mejar Mohd Zulkifli Hasan, dibantu Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, kata TUDM.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal di tempat kejadian dan waris mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Difahamkan jenazah mangsa telah diterbangkan dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Roszaini, 37, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan meninggalkan seorang balu dan tiga anak, manakala Zulkifli, 38, berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu serta lima anak.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

LANGKAWI: Seorang penduduk berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati sebuah pesawat terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

"Waktu itu saya tengah buat kerja di rumah saya yang terletak kira-kira 200 meter dari pagar lapangan terbang berkenaan. Saya ingat bunyi mercun, tetapi bunyinya kuat sangat. Apabila saya pergi lihat, saya nampak sebuah kapal terbang sudah terjatuh serta sedang terbakar.

"Kakitangan lapangan terbang sedang sibuk memadam api," katanya Zawawai Shaupi, 38, kepada Bernama.

Katanya beliau juga dapat melihat dua mayat mangsa pesawat terhempas itu diusung dan dibawa keluar dari kawasan lapangan terbang.

Dalam kejadian tersebut, dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Mayat Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38, kemudiannya dibawa ke Hospital Langkawi. BERNAMA

BERITA TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera di Langkawi, Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik TUDM.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kirakira 90 meter dari landasan sebelum terbakar," katanya kepada Bernama.

Bomba, yang menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari, menghantar 18 anggota ke tempat kejadian.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi api telah padam.

"Mayat dikeluarkan dari kawasan lapangan terbang pada pukul 1.20 tengah hari dan dihantar ke Hospital Langkawi," katanya. BERNAMA


Era Najib Altantuya : Mirzan Dilantik Lembaga pengarah Syarikat Arak

Perlantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.

“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Mirzan Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : SUHAKAM Beri Kata Dua Kepada Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memberikan tempoh 7 hari, sehingga 19 September kepada pegawai-pegawai polis yang telah disenaraikan memberikan keterangan bertulis untuk direkodkan.

Pegawai-pegawai polis berkenaan sebelum ini enggan memberikan keterangan bertulis kerana menyatakan tidak ada sebarang peruntukan SUHAKAM untuk merekodkan keterangan daripada pihak polis dan bimbang sekiranya keterangan itu akan digunakan untuk mendakwa mereka di Mahkamah Sivil.

Pesuruhjaya,Dato' Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada sidang tentang hak SUHAKAM dalam mengendalikan siasatan terbuka dan merekodkan keterangan daripada saksi-saksi merupakan sebahagian daripada prosedur inkuiri.

Dalam prosiding yang berjalan selama 1 jam itu, Muhammad Shafee membacakan beberapa akta untuk menjelaskan peranan SUHAKAM dan keperluan keterangan direkodkan tanpa mengira sama ada saksi orang kebanyakan atau pun pihak polis bagi membantu siasatan.

SUHAKAM ujarnya tegas dengan pendirian mereka bahawa pihaknya berhak untuk mengambil keterangan bertulis daripada pegawai polis yang terlibat dan mereka sebagai saksi seharusnya sedia untuk memberikan keterangan untuk direkodkan.

Ianya dijelaskan dalam seksyen 14(1)(a) yang membolehkan SUHAKAM berbuat demikian.

Lima peguam yang ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini 7 Mei ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.

Mereka merupakan anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam dan ditahan dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam.

Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.

Inkuiri seperti sebelum ini dikendalikan oleh tiga panel pesuruhjaya yang terdiri daripada Dato' Muhammad Shafee Abdullah selaku Pengerusi, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria. -TVA



Era Najib Altantuya : Manoharan Saman RM100 juta

Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah M.Manoharan, Jumaat memfailkan saman RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan tiga penerbit akhbar dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Akhbar yang terlibat ialah The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia.

Writ saman itu difailkan oleh Tetuan M.Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Jumaat.

Manoharan, yang merupakan penasihat undang-undang kumpulan Hindraf yang diharamkan, menuntut ganti rugi fitnah, ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa kerajaan telah berkempen untuk memburuk-burukkan namanya dan Hindraf manakala

Musa dan Abdul Gani didakwa secara berniat jahat menyebabkan perkataan-perkataan berunsur fitnah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tersebut. -Bernama

Era Najib Altantuya : Exco Selangor Akan Buat Laporan Polis

Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail akan membuat laporan polis hari ini terhadap ancaman merogol yang dibuat ketika dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen 23 Shah Alam, harakahdaily melaporkan.

Dialog 5 September itu dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan.

"Tindak-tanduk yang enggan mengikut peraturan dan perbuatan melemparkan kata-kata tidak senonoh tidak sewajarnya berlaku di dalam masyarakat bertamadun.

"Serangan psikologi dalam apa jua bentuk dan ancaman serangan serta pencabulan seksual mestilah segera dihapuskan," kata pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga itu, Rozaini Mohd Rosli dalam satu kenyataan mengenai laporan polis tersebut.

Laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam dialog yang diadakan berikutan bantahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam terhadap cadangan membina kuil di kawasan mereka, seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), A Sivarajan melaporkan bahawa salah seorang dari yang hadir melemparkan kata-kata cabul yang berupa ancaman seksual terhadap Rodziah.

"Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada di depan.

"Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah 'MB Bodoh,' 'Khalid Samad sekongkol dengan kuil,' 'Rodziah pelacur', 'Rodziah saya akan rogol you sekarang!' dan banyak kata-kata kesat lagi," lapor Sivarajan.

Laporan beliau disiarkan dalam Facebook dan laman-laman blog.

Malah wartawan yang berada dalam majlis dialog itu melaporkan, salah seorang dari pencetus kekecohan tersebut mengancam mahu membunuh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!" jerit pencetus kekecohan itu.

Bagaimanapun, Khalid masih belum membuat apa-apa laporan polis setakat ini.

Berikutan kekecohan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid mengumumkan pembekuan pemindahan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Bagaimanapun kemudiannya kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.

"Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan," kata satu kenyataan pejabat Menteri Besar.

Tapak baru itu tidak dibantah oleh jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23.

"Apabila kami dapati tapak (baru) yang diumumkan itu bersebelahan kilang (elektronik) Nitto Denko, setelah berbincang, kami bersetuju dengan cadangan itu.

"Jadi, kami berharap, persatuan kuil (Hindu) Seksyen 19 menerima tapak baru yang dicadangkan menteri besar Selangor ini," Malaysiakini memetik seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli.

Sebelum dialog yang mencetuskan kekecohan itu, sekumpulan penduduk kawasan berkenaan dan ahli-ahli beberapa NGO mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil tersebut dengan mengheret, meludah-ludah dan memijak-mijak kepala lembu.

Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan turut menyertai tunjuk perasaan itu.

Bagaimanapun, 12 dari mereka yang menyertai tunjuk perasaan itu telah didakwa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa, keputusan tersebut bukan satu pertimbangan politik.

Tontonan semula



Era Najib Altantuya : Selangor Boleh Cabar ROS

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memutuskan bahawa kerajaan Selangor dan sembilan pihak lain mempunyai locus standi untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamd Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar berkata 10 pihak yang membuat permohonan untuk mencabar keputusan ROS bukanlah penyibuk tetapi merupakan penyumbang untuk dana Balkis.

Peguam Derek J.Fernandez yang mewakili pemohon memberitahu pemberita hakim membenarkan permohonan kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan ROS membubarkan badan kebajikan itu kerana ia juga melibatkan kepentingan awam.

Baru-baru ini, Balkis mendapat perhatian media tempatan selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana dalam persatuan itu.

Permohonan kebenaran itu difailkan kerajaan Selangor, isteri Abdul Khalid iaitu Puan Sri Salbiah Tunut, yang juga Yang Dipertua Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor dan lima lagi pihak untuk mengetepikan keputusan ROS.

Mereka menamakan ROS sebagai responden, memohon pengisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah dan perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Mahkamah menetapkan 16 Sept ini untuk keputusan samada permohonan pemohon bagi penangguhan keputusan ROS itu dibenarkan.

Pemohon juga diwakili peguam S.Selvarajah sementara responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari. -Bernama


Era Najib Altantuya : Inkues Ditangguh Khamis Depan

Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ditangguh ke Khamis depan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan perubatan dan gambar asal kecederaan seorang saksi yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan SPRM untuk menangguhkan prosiding bagi mendapatkan kedua-dua dokumen berkenaan, sebelum meneruskan sesi soal balas terhadap saksi terbabit, T.Sivanesan.

"Setakat ini saya hanya dibekalkan laporan polis dan salinan bercetak gambar yang menunjukkan kecederaan yang didakwa. Saya perlukan bantuan dan pandangan pakar mengenai gambar itu.

"Gambar asal tidak diterima. Saya perlu tentukan sama ada warna pada badan saksi dalam gambar ini ialah warna sebenar akibat kecederaan atau warna ubat yang digunakan di hospital," kata peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi pihak SPRM.

Azmil berkata beliau membenarkan permohonan penangguhan itu kerana gambar asal perlu dikemukakan, bukan sahaja bagi kepentingan SPRM tetapi semua pihak dalam inkues berkenaan.

Berhubung perkara itu, peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, menjelaskan gambar tersebut ialah salinan fotokopi berwarna daripada gambar asal, dan berkata beliau akan cuba mendapatkan gambar asal kecederaan itu untuk dikemukakan kepada mahkamah minggu depan.

Rabu lalu, Sivanesan, pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta di Kuantan memberi keterangan bahawa dia telah disepak, ditampar dan dipukul dengan batang besi oleh lebih 10 pegawai SPRM semasa disoal siasat di pejabat SPRM tahun lepas.

Satu laporan polis mengenai dakwaan itu telah dibuat oleh Sivanesan pada 11 Sept 2008. Awal minggu ini, lima pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap Sivanesan bagi menyangkal tuduhannya itu.

Pada prosiding itu juga, SPRM mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memadamkan kenyataan saksi itu atas alasan tidak relevan, tetapi ditolak Mahkamah Tinggi pada Khamis.

Dalam prosiding Jumaat, Abdul Razak memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan dan sijil perakuan segera di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan itu. -Bernama


Era Najib Altantuya : Ong Sindir Chua Dengan Parti Cinta Malaysia, Chua Nafikan.

Datuk Seri Chua Soi Lek menafikan desas-desus bahawa beliau merancanga untuk menubuhkan sebuah parti baru dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat jika beliau mengulangi dakwaan tersebut.

Beberapa organisasi media melaporkan Ong telah memberitahu perwakilan MCA Pusat di dalam pertemuan sulit bahawa Chua sedang merancang untuk menubuhkan parti baru — Parti Cinta Malaysia — jika dia gagal untuk muncul semula di arena politik.

“Jika Ong mengulangi tuduhan itu, saya akan saman dia,” Chua memberitahu pemberita di sidang medianya pagi ini.

“Saya tidak hasrat untuk menubuhkan sebarang parti politik baru, ia adalah hasil ciptaan Ong Tee Keat, datuk kepada karut-marut.”

Ditanya samada beliau ada membuat keputusan samada untuk merayu pemecatannya dari MCA, Chua menyatakan tidak ada.

Chua juga menjawab soalan samada penyokongnya telah mempunyai perwakilan yang mencukupi untuk EGM, mendakwa beliau telah melihat 1,200 tandatangan tersebut dengan mata kepalanya, yang mana ia melebihi daripada 800 yang diperlukan.

Ulasan GB

Parti Cinta Malaysia - satu nama yang dicipta khas untuk menyindir Chua Soi Lek ekoran isu pita video seks yang menyebabkan beliau dipecat dari MCA.

Itu berkemungkinan hasil rekaan Ong Tee Keat dalam usaha menyerang habis-habisan Timbalan Presiden MCA itu.





Krisis MCA lahirkan parti baru

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini mendakwa penyokong Datuk Seri Chua Soi Lek, sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai 'Parti Cinta Malaysia' selepas gagal untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membatalkan pemecatan Chua dari parti itu dan jawatan timbalan presiden.

Ibrahim Yaakub dari pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pulau Pinang hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu telah didaftarkan tiga bulan lalu.

Semakan dengan pejabat pendaftar pertubuhan di Seberang Perai mendapati Parti Cinta Malaysia (PCM) - sebuah parti pelbagai kaum - didaftarkan di Pulau Pinang pada 6 Ogos lalu.

Sijil pendaftarannya menunjukkan alamatnya di Chai Leng Park, Perai bersama senarai penuh ahli jawatankuasanya.

Presiden pertama parti baru itu ialah Tang Weng Chew,38, seorang pengarah sebuah syarikat bekalan makanan, bersama dengan Loo Kien Seang dan Lim Kim Chu masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata beliau tidak tahu banyak mengenai parti baru itu kerana biasanya pendaftaran parti politik dikendali dan diluluskan oleh pihak ibupejabat ROS di Putrajaya.

Beliau juga percaya permohonan PCM dibuat terus kepada ibupejabatnya di Putrajaya, tanpa melalui pejabat di Pulau Pinang.

"Saya akan tahu jika mereka menyerahkan borang permohonan kepada pejabat ROS Pulau Pinang," katanya.

Mengikut laporan media hari ini, Ong memberitahu perwakilan MCA dalam satu taklimat tertutup malam tadi bahawa Chua merancang untuk mendaftarkan sebuah parti politik jika dia gagal kembali semula ke dalam MCA.


Malaysiakini



Era Najib Altantuya : Rakyat Malaysia Tukar Penampilan Di Jakarta

Rakyat Malaysia, terutama pelajar terpaksa mengubah penampilan diri supaya tidak menampakkan identiti rakyat negara ini kerana bimbang dicederakan kumpulan anti-Malaysia itu yang terlalu taksub dengan isu 'Tarian Pendet'.

Pelajar Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida), Raihana Asila A Kadir, berkata berikutan kontroversi itu, pelajar perempuan tidak lagi memakai baju kurung dan bertudung ala-Malaysia ketika keluar ke bandar.

"Kami tidak lagi berani berjalan seorang diri untuk ke sesuatu tempat, termasuk pusat beli-belah di bandar. Terasa banyak sangat mata memerhati kami dengan pandangan sinis, seolah-olah tidak berpuas hati. Malah, kami turut dimaki hamun dan dilempar pelbagai kata kesat," katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Selasa lalu, Kumpulan Anti-Malaysia (KAM) mengadakan sekatan jalan raya dan membawa buluh runcing untuk mengugut rakyat Malaysia di Jalan Diponegoro, Jakarta.

Penyelaras KAM, Muchtar Bonaventura, dilaporkan berkata tindakan itu sebagai amaran kepada Malaysia supaya tidak memberi layanan buruk kepada rakyat Indonesia atau mendakwa elemen budaya republik itu sebagai miliknya.

Beliau juga merancang untuk meluaskan operasi kumpulan itu dan menjadikan pejabat dan rumah milik rakyat Malaysia sebagai sasaran.

Seorang lagi pelajar Malaysia di Ukrida, Ahmad Akmal, berkata suasana agak tegang berikutan demonstrasi jalanan oleh kumpulan berkenaan yang menyokong kempen 'Sapu Malaysia'.



Era Najib Altantuya : Lagi Kecaman Untuk SPR Kerana Undi Pos

Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang enggan untuk menghapuskan Lampiran 2 terus menerima kecaman kerana disifatkan sebagai satu penipuan untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut menyedari akan menghadapi laluan sukar dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya majoriti besar pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.


“SPR seharusnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi.

Era Najib Altantuya : SPRM Takut Dgn Sivanesan, AMK Desak Inkues Siasat Dakwaan Saksi Didera

Banyak pihak meragui penafian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeni dakwaan para pegawainya melakukan penderaan ketika melakukan siasatan.

SPRM telah meminta pihak polis supaya membuat siasatan secara bebas dan terperinci terhadap semua laporan yang mendakwa para pegawainya melakukan penderaan ketika menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan terhadap SPRM, sekiranya laporan itu didapati tidak benar dan palsu.

"Telah menjadi satu trend masa kini bagi orang yang ditangkap membuat laporan polis menyatakan mereka didera, dipaksa memberi penyataan yang tidak betul, diugut dan sebagainya selepas mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebaik saja hakim Mahkamah Tinggi menolak bantahan SPRM terhadap saksi kes Teoh Beng Hock, T. Sivanesan yang mendakwa telah didera oleh pegawai-pegawai SPRM dalam satu soal siasat berhubung kes itu, tahun lalu.

"SPRM masih cuba untuk menutup kesalahan para pegawainya dengan berbuat pelbagai cara. Kelmarin lima orng pegawai siasatannya diarahkan untuk membuat laporan polis yang menafikan mereka melakukan penderaan, kini pejabat SPRM sendiri keluarkan kenyataan penafian itu. Beria-ia benar mereka menafikan. Tampak semacam takut sesuatu," ujar seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Di bulan puasa ini, rakyat melihat beberapa orang saksi Muslim yang di soalsiasat semasa inkues tidak takut dan tidak hormat lansung bulan ramadhan apabila mereka sering berdolak-dalik di dalam kenyataan mereka bila disoalbalas oleh peguam Teoh," tambahnya.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivanesan Tanggavelu, 23 tahun.

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor, di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008. Sewaktu dalam sisatan SPRM, beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Fariz Musa (gambar), Timbalan Ketua AMK disini semalam.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala, buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM, SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam, Datuk T.Murugiah.

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan. Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu?

Justeru, atas prinsip keadilan dan kebenaran, AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan.

Era Najib Altantuya : Sokong PAS Jika Benar UMNO Parti Islam (updated)

Banyak pihak terutama dari kalangan pemimpin Parti Islam SeMalaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyeru ahli-ahli UMNO menyokong perjuangan PAS jika benar UMNO sebuah parti Islam.

UMNO juga perlu berani mengubah dasar perjuangan UMNO yang berteraskan kepada nasionalisme kepada Islam jika jujur berkehendakkan Islam dan supaya UMNO tidak dilihat sebagai parti munafik yang cakapnya lain tetapi tindakannya lain.

"Jangan semata-mata kerana hendak bersaing dengan PAS, Najib sanggup mengelirukn rakyat dengan menbuat dakwaan palsu kerana setiap dakwaan itu akan dipertangungjawakan didepan Allah s.w.t. Jangan semata-mata nak tunjukkan UMNO lebih Islam dari PAS demi dengan mengaburi mata rakyat Islam untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang," ujar seorang pensyarah sebuah universiti tempatan yang jug seorng pemimpin PAS Kawasan.

Najib semalam di laporkan berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

Era Najib Altantuya : Penipuan Undi POS, SPR Didesak Mansuhkan Lampiran 2

PAS masih mendesak Borang Lampiran 2 dimansuhkan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan menghentikan amalan itu yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos, kumpulan pemilih terbesar di DUN Bagan Pinang.

"PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya double standard dalam melayani pengundi-pengundi pos di seluruh negara berbanding pengundi biasa," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

"Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

"Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.
"

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan tidak bersedia menunaikan tuntutan parti itu seperti disuarakan oleh seorang naib presidennya Datuk Mahfuz Omar kelmarin.

Pengerusi suruhanjaya itu berkata Borang Lampiran 2 tidak akan dimansuhkan kerana prosedur itu mengikut undang-undang dan butiran peribadi termasuk nama, nombor MyKad dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos tidak pernah didedahkan.

Beliau dipetik berkata, selama ini SPR tidak pernah disoal atau diminta oleh tentera atau polis mengenai undian yang dibuat anggota-anggotanya, melalui pos, bagi tujuan semakan dan sejak undi pos dilaksanakan, tidak pernah ada penjawat awam yang diturunkan pangkat atau dibuang majikan.

Seramai 5,171 pemilih pos, atau 37 peratus pengundi, akan menentukan kemenangan calon, antara PAS dan BN, pada pilihan raya kecil DUN tersebut susulan kematian penyandangnya minggu lalu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Idris berkata rekod pada pilihan raya umum lalu menunjukkan DUN itu mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

"Kewujudan Borang Lampiran 2 diyakini atas tujuan membuat semakan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat," katanya.

"Ketidaktelusan dalam menjaga kerahsiaan pengundi ini menjadi senjata ampuh SPR dalam membantu kemenangan calon-calon BN kerana calon Pakatan bergantung penuh dengan pengundi biasa, sedangkan BN menguasai pengundi pos secara paksa rela.

"(Tuduhan) ini terbukti bila mana wujudnya laporan-laporan sebelum ini yang mendakwa bahawa setiap pengundi pos akan disemak kertas undinya dengan merujuk nombor siri kertas undi dan Borang Lampiran 2."

Idris menambah, dakwaan yang mencurigakan ini membuatkan ramai pihak mempersoalkan kredibiliti SPR dan ketelusan mereka sebagai agen penyelia pilihan raya.

"Bagaimanapun PAS yakin dengan keadaan sekarang pengundi-pengundi biasa mampu membuat kejutan dan keluar beramai-ramai untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Beliau juga mengulangi empat desakan parti itu, sewaktu bergabung dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), kepada SPR, termasuk menggunakan dakwat kekal di jari pengundi dan memansuhkan undi pos. -mk

Ulasan GB

Ketidak-sediaan SPR untuk membuang Lampiran 2 bererti sikap SPR yang masih hendak meneruskan penipuan bagi memenangkan UMNO-BN.

Hormatilah bulan Ramadhan wahai SPR dengan tidak cuba untuk menutup penipuan tersebut.



Era Najib Altantuya : Kes Zahid Batal Saman Malu Diputuskan 16 November

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 16 November depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.

Penolong Pendaftar Kanan, Mohd Fitri Sadarudin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon, manakala Shamsul Bahrain Ibrahim yang turut hadir menyebut bagi pihak peguam Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli. - Bernama



Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:




Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.




Era Najib Altantuya : Penggantungan Gobind, Mahkamah Putuskan 30 September

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Mac tahun ini akan mengetahui sama ada beliau berjaya dalam usahanya untuk menarik balik arahan itu pada 30 September ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ariff Md Yusof, menetapkan tarikh itu selepas peguam Gobind, Karpal Singh dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi dan Amarjeet Singh menyelesaikan penghujahan mereka.

Dalam prosiding dua jam hari ini, penghujahan ditumpukan kepada dua kes undang-undang Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan lain-lain menentang V Sivakumar dan Pendakwa Raya menentang Kok Wah Kuan.

Karpal berhujah bahawa Mahkamah Tinggi tertakluk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan ahli exconya di mana mahkamah tertinggi telah menarik balik arahan penggantungan setahun ke atas Zambry oleh Sivakumar, bekas Speaker Perak.

Beliau menegaskan bahawa dengan prinsip itu, Mahkamah Tinggi boleh menarik balik arahan penggantungan ke atas Gobind.

Mengenai prinsip Pendakwa Raya menentang Koh Wah Kuan, yang menetapkan bahawa doktrin pengasingan kuasa bukan adalah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun ia mempengaruhi kerangka Perlembagaan Malaysia, Karpal berkata, dengan prinsip itu ia bermakna tidak terdapat pengasingan kuasa dan oleh itu, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengubah keputusan Dewan Rakyat.

Dalam kes Koh Wah Kuan, Mahkamah Rayuan membebaskan seorang kanak-kanak yang ditahan atas perkenan Sultan selepas dia didapati bersalah membunuh anak perempuan guru tuisyennya apabila Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa Seksyen 92 (2) Akta Kanak-Kanak (seksyen yang memberikan kuasa untuk menahan seorang kanak-kanak yang disabitkan dengan pembunuhan atas perkenan Sultan) tidak mengikut perlembagaan kerana ia memberi kuasa kepada eksekutif untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang kanak-kanak yang disabitkan dalam pembunuhan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata, keputusan itu sebenarnya mengejutkan dan tidak masuk akal.

Beliau berkata, keputusan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 23 Jun tahun ini bahawa doktrin pengasingan kuasa wujud di negara ini.

Karpal juga berkata, usul penggantungan terhadap Gobind daripada melaksanakan tugasnya sebagai ahli Parlimen tidak sah kerana sebagai seorang Ahli Parlimen dia hanya boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat dan bukan daripada menjalankan tugasnya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Hujahnya adalah kerana tidak terdapat peruntukan dalam Peraturan tetap bagi hukuman penghinaan.

Gobind digantung Dewan Rakyat daripada "tugasnya" sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Dalam samannya, Gobind, menuntut penggantungannya sebagai seorang Ahli Parlimen diisytiharkan tidak sah dan batal.

Gobind juga menuntut diisytiharkan yang beliau berhak kepada semua ganjaran dan elaun dan lain-lain faedah yang diberikan kepada Ahli Parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.

Azizah memberitahu mahkamah bahawa tindakan Yang Dipertua Dewan dalam menggantung Gobind tidak boleh dipertikaikan kerana ia berlaku di dalam bidang kuasa badan perundangan.

Katanya, berbanding dengan kes Zambry di mana ia berlaku di luar sidang parlimen, kes itu adalah jelas kerana ia berlaku di dalam Dewan Rakyat di mana terdapat satu usul, diundi dan diluluskan.

Era Najib Altantuya : Sokong PAS Jika Benar UMNO Parti Islam

Banyak pihak dari Parti Islam SeMalaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya seru ahli-ahli UMNO menykong perjuangan PAS jika benar UMNO sebuah parti Islam.

UMNO juga perlu berani mengubah dasar perjuang UMNO yang berteraskan kepada nasionalisme kepada Islam jika jujur berkehendakkan Islam dan supaya UMNO tidak dilihat sebagai parti munafik yang cakapnya lain tetapi tindakannya lain.

"Jangan semata-mata kerana hendak bersaing dengan PAS untuk mengelirukn rakyat dengan menbuat dakwaan palsu kerana setiap dakwaan itu akan dipertangungjawakan didepan Allah s.w.t. Jangan semata-mata nak tunjukkan UMNO lebih Islam dari PAS demi dengan mengabui mata rakyat Islam untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang," ujar seorang pensyarah sebuah universiti tempatan yang jug seorng pemimpin PAS Kawasan.

Najib semalam di laporkan berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.