12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Peguam Pastikan Kematian Teoh Beng Hock Dibongkar

Barisan peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock bersedia membongkar rahsia kematian setiausaha politik Selangor itu dan kini sedang menganalisa akuan dan jawapan para saksi.

Hari ini merupakan hari ke 7 inkues kematian mendiang berjalan dan saksi 11 dan 12 telah dipanggil untuk sesi soal jawab. Namun hari ini juga menyaksikan beberapa saksi gagal hadir ke soal-jawab ini atas pelbagai alasan.

Saksi pertama yang memberi keterangan pada hari ini ialah Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang telah menyaksikan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) milik syarikat Plaza Masalam.

Zulaimi dalam kenyataannya memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya yang berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) untuk merampas "hard disk" yang mengandungi imej Teoh Beng Hock. Dalam rakaman tersebut Zulaimi mendakwa beliau telah melihat imej mendiang memasuki bangunan Plaza Masalam melalui lobi tingkat pada 18:08:55.

Menurut Zulaimi, sepanjang pemerhatiannya melalui rakamam CCTV itu tidak terdapat rakaman mangsa meninggalkan bangunan tersebut. Akuan ini seraya mengesahkan bahawa Beng Hock tidak meninggalkan Plaza Masalam melalui cara 'biasa'.

Mendiang Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM pada 16 Julai lalu. Mangsa ditemui mati pada hari perkahwinannya.

Zulaimi merupakan antara pegawai polis yang terawal menyaksikan keadaan mayat mangsa setelah dihubungi oleh petugas dari Ibu Pejabat polis Daerah Shah Alam yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut Zulaimi, ketika beliau tiba di tempat kejadian, beliau melihat mayat seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina ditutup menggunakan plastik hitam yang dipercayai plastik sampah dan ditindih dengan bata bagi mengelakkan plastik itu terbang yang kemudiannya disahkan sebagai Teoh Beng Hock.

Mayat mangsa ketika itu berada dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah mulai kering di bahagian mulut dan hidung. Pakar bedah siasat mengesahkan mendiang telah mati enam jam sebelum ditemui polis.

Gobind Singh Deo bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi pada hari ini.

"Memang ada isu-isu yang dibangkitkan yang kali lihat sebagai serius dan akan kami bangkitkan di dalam penghujahan nanti"

Pegawai penyiasat polis ini kelihatan gugup semasa disoal oleh peguam Gobind Singh Deo. Zulaimi dipersoalkan kerana tindakan beliau yang tidak mengambil butiran empat atau lima anggota SPRM yang berada di tempat kejadian.

Empat atau lima orang itu adalah mereka yang memaklumkan kepada Zulaimi bahawa Beng Hock adalah saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Zulaimi disoal apakah identiti empat atau lima anggota SPRM itu tidak penting dalam siasatan polis. Zulaimi gagal menjawab dan kelihatan gementar sepanjang disoal-siasat peguam kepada keluarga mangsa ini.

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, salah seorang penyiasat Beng Hock tidak mencatatkan sebarang siasatan dibuat keatas Beng Hock pada hari kejadian.

Pegawai penyiasat terbabit, Mohd Anuar Ismail, langsung tidak menulis adanya soal-siasatan dibuat keatas Beng Hock dalam buku siasatan hariannya.

Selepas itu, inkues sebelah petang saksi ke 12 yang juga tidak terdapat dalam senarai turut dipanggil untuk sesi soal jawab pada hari ini.

Beliau ialah Penolong Analisis Seksyen Jenayah Komputer, Unit Forensik PDRM, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan. Beliau merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisa telefon bimbit mangsa yang telah diterima pada 21 Julai 2009.

Zaidi diminta untuk menganalisa telefon bimbit jenama Sony Ericson milik Teoh Beng Hock dan diarah untuk mengeluarkan semua maklumat dalam telefon bimbit dan kad sim berkenaan. -TVA

Era Najib Altantuya : Usaha BN Pecah Belahkan Pakatan Rakyat Sia-sia - DAP

Rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat satu usaha yang sia-sia dan tidak akan berhasil…

Itulah yang dinyatakan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam satu temubual bersama Tv Selangor ketika membuat lawatan di sini, hari ini.

Menurut Lau, kerajaan Barisan Nasional perlu sedar dan akur dengan kehendak rakyat yang telah menyuarakan pendapat mereka dengan memilih pemerintahan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum lalu.

Katanya, rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan akan menjadi realiti, dan isu percanggahan pendapat adalah lumrah dalam sesebuah pimpinan parti.

“Rancangan Najib untuk menawan Selangor takkan menjadi realiti kerana saya nampak perpaduan di peringkat Pakatan Rakyat dan akar umbi berada di tahap paling tinggi, isu-isu yang timbul seperti perbezaan pendapat hanyalah satu fenomena biasa, dan biasa juga berlaku dalam pimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, Hannah pula menyifatkan tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu satu tindakan yang keji dan mereka perlu sedar dengan cara apa yang boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor, sedangkan ramai rakyat masih tidak berpuas hati dengan tindakan Barisan Nasional selama ini.

“Saya rasa rancangan Perdana Menteri untuk rampas semula Selangor adalah sangat keji.

“Barisan Nasional perlu sedar dan fikir, nak tawan negeri Selangor dengan cara apa..demokratik atau dengan apa kos. Sehingga sekarang BN masih belum jawab dengan kes-kes sekarang seperti kes Kugan, PKFZ, Teoh Beng Hock, isu-isu utama yang rakyat yang rakyat nak jawapan Najib nak tawan Selangor dengan apa asas,” katanya.

Sementara itu, kata Hannah, berkaitan isu arak yang didakwa menjadi punca pertelingkahan Exco Selangor, Ronnie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali hanya diperbesar-besarkan, sedangkan dalam parti DAP dan Pas tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kita semua mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Pas.

“ Apa-apa masalah yang kita pernah ada, selalunya kita bawak perbincangan yang menyeluruh. Jadi saya rasa kes ini sudah diatasi oleh MB dengan cara professional, kita harap semua pihak akan menunjukkan terus semangat yang sama, ada apa-apa masalah, kita bawa ke meja perbincangan,” katanya.

Lau pula menyatakan isu arak ini bukan merupakan isu yang besar yang boleh memporak-perandakan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan perlu menghormati pendapat dan pandangan yang dikemukakan kerana Malaysia merupakan Negara Majmuk.

“Isu arak ini adalah isu yang memperlihatkan kepelbagaian budaya politik di Negara ini dan kita perlu menerima hakikat bahawa samaada org itu ahli politik atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa Negara ini adalah Negara majmuk, maka masing-masing ada pandangan, dan gaya hidup sendiri,” katanya.

Beliau turut yakin isu ini boleh diselesaikan di peringkat kerajaan negeri dan pihak yang berkaitan dengan isu ini seperi kedai serbaneka dapat bekerjasama untuk menghentikan jualan minuman keras kepada orang Islam.

Kata Lau lagi, ia bukan isu yang dapat mengganggu gugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Di samping itu, katanya, percubaan kerajaan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan pernah berakhir berikutan beberapa isu kecil yang diperbesar-besarkan sekadar untuk memburukkan nama kerajaan Selangor kini.

Bagaimanapun, mereka perlu bersaing dengan cara yang berhemah secara demokratik bukan secara rampasan ataupun dengan melaga-lagakan antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat.

“Kita bersaing di satu platform yang adil, atas dasar pentadbiran, bukan melalui sabotaj, bukan melalui isu pengapian dan isu perkauman dan agama,” kata Lau.

“Mereka selalu kata DAP anti Islam, ini adalah tuduhan yang tidak berasas, kami ada hubungan baik dengan wakil-wakil dari surau dan masjid, beri peruntukan kepada semua kaum, jadi lihat BN sudah takde isu yang dimainkan, jadi hanya boleh mainkan isu perkauman,” kata Hannah.

Sementara itu, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri untuk merampas semula Selangor itu hanya bermimpi di siang hari

“Saya rasa Najib ni bermimpi di siang harilah, sebab keddukan politik di negeri Selangor ini jauh berbeza dengan Perak dan sebagainya sebab majority kita agak besar berbanding di Perak. Sekurang-kurangnya dia kena ambik 9 kerusi baru boleh menukar kerajaan di peringkat negeri Selangor,” katanya. -TVS

Era Najib ALtantuya : Inkues, Jenayah SPRM Semakin Terserlah

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh.

Inspektor Mohd Zulaimi Zubir (gambar), 29, dari cawangan jenayah ibupejabat polis daerah Shah Alam berkata perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM Mohd Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh, lapor Bernama

"Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan Tan iaitu dari 1 Julai hingga 18 Julai lalu, adakah hanya terdapat satu catatan sahaja yang beliau nampak, Mohd Zulaimi berkata: "Ya."

Sebelum itu Mohd Zulaimi berkata beliau hanya merampas buku harian milik Mohd Anuar dan buku yang lain dirampas oleh pegawai polis lain.

Dalam prosiding, buku asal itu tidak ditandakan eksibit memandangkan ia masih digunapakai dan hanya salinan dikemukakan tetapi ia telah disahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM.

Mohd Zulaimi turut memberitahu beliau juga telah merampas cakera keras rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Masalam dan diarah menyiasat pergerakan Teoh, pegawai SPRM dan individu lain di plaza itu yang dipaparkan dalam rakaman CCTV itu.

Mohd Zulaimi, saksi ke-11 berkata sebelum rampasan beliau telah melihat pergerakan di dalam rakaman CCTV itu dan mendapati terdapat pergerakan Teoh yang memasuki ruang lobi di tingkat 4 pada pukul 6.08 petang.

"Keesokan hari (selepas kejadian), saya diarahkan untuk mengenal pasti pukul berapa si mati masuk, pergerakan pegawai SPRM dan individu lain dalam banguanan dari jam 00:00 15 Julai hingga 7 pagi esoknya," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV itu kemudiannya diserahkan kepada jabatan forensik 18 Julai lalu untuk siasatan lanjut tetapi terdapat beberapa kesukaran untuk mengesan pergerakan kerana masalah teknikal.

Pergerakan Teoh hanya dilihat menerusi salinan yang dibuat melalui 'pen drive' tetapi ia tidak boleh dicetak dan Mohd Zulaimi berkata menerusi bantuan bahagian sekuriti di bahagian Plaza Masalam, sebanyak 47 imej orang keluar masuk pada 16 Julai dapat dikesan.

Katanya, rakaman itu dilihat pada 19 Julai lalu di pejabat keselamatan Plaza Masalam dan bukannya di jabatan forensik Bukit Aman.

Mohd Zulaimi berkata SPRM juga mengesahkan Teoh sebagai saksi mereka.

Katanya, pengecaman mayat Teoh itu dibuat oleh salah seorang pegawai SPRM yang berada di tempat kejadian iaitu di koridor tingkat 5 di bangunan itu yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 dan 15.

Bagaimanapun, saksi ke-11 itu berkata beliau tidak dapat memastikan pegawai yang membuat pengesahan itu kerana terlupa untuk mencatatnya.

"Mereka tahu si mati ialah saksi mereka setelah saya arahkan pihak polis membuka plastik yang menutup mayat Teoh. Ketika itu mereka, iaitu lebih kurang empat ke lima orang pegawai SPRM, berada dalam bangunan di kira-kira 10 hingga 20 meter dari kedudukan mayat.

"Walaupun mereka tidak berada berdekatan mayat, tetapi mereka dapat mengecam dan melihat dengan jelas muka si mati daripada cermin tingkap pejabat dalam bangunan itu," jelas Mohd Zulaimi.

Ketika ditanya peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh sama ada beliau mengecam pegawai SPRM yang berada di situ, Mohd Zulaimi berkata: "Saya boleh ingat seorang sahaja, iaitu pegawai yang dikenali sebagai Azim. Yang lain saya tak boleh cam."

Beliau turut menolak cadangan peguam bahawa pihak SPRM yang sebenarnya meminta polis untuk membuka penutup plastik mayat Teoh bagi tujuan pengecaman.

Mohd Zulaimi juga berkata beliau tidak menjumpai dompet Teoh di tempat kejadian dan hanya diberikan nombor kad pengenalan mangsa oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin.

Dalam keterangannya, Mohd Zulaimi memberitahu selepas membuat pengawasan di tempat kejadian, beliau kemudian naik ke tingkat 14 bangunan itu untuk melakukan sisatan lanjut.

"Di tingkat 14 saya terjumpa Azim sahaja. Pegawai SPRM yang berada di tingkat lima saya tidak nampak, tetapi pegawai-pegawai lain ada di pejabat itu," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa di pejabat SPRM itu, Ketua Polis Daerah telah membuat siasatan dan mengambil keterangan mengenai mangsa daripada pegawai di situ.

"Masa perbincangan di tingkat 14, ketua polis daerah ada bertanya berkaitan si mati dan mengambil butiran dirinya, dan seorang pegawai wanita SPRM mengesahkan bahawa Teoh ialah saksi mereka," kata Mohd Zulaimi.

Gobind: "Adakah kamu tanya bila kali terakhir si mati dilihat?"

Mohd Zulaimi: "Saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah bahawa si mati dilihat kali terakhir kira-kira pukul 6 pagi (16 Julai)."

Gobind: "Adakah kamu rasa terdapat kemungkinan dia (Teoh) jatuh ditolak atau tercampak dari tingkat 14?"

Mohd Zulaimi: "Pada permulaanya saya berpendapat begitu. Dan selepas itu pegawai penyiasat melakukan penyiasatan, dia (pegawai penyiasat) berkata berkemungkinan dia (Teoh) terjatuh atau ditolak dari salah satu tingkap di tingkat 14."

Ditanya sama Ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di semua pejabat di antara tingkat 5 hingga 14 bangunan Plaza Masalam, saksi itu menjawab: "Saya tidak membuat pemeriksaan."

Berhubung rakaman CCTV di lobi bangunan itu, Mohd Zulaimi berkata, Teoh dilihat berjalan masuk ke dalam bangunan tanpa membawa sebarang beg, sebaliknya memegang sebuah telefon bimbit.

Prosiding petang tadi turut mendengar keterangan saksi ke-12 iaitu penolong juruanalisis, seksyen jenayah komputer, makmal forensik Polis Diraja Malaysia, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan.

Saksi itu memberitahu beliau telah diarahkan oleh ASP Ahmad Nazri Zainal untuk mengeluarkan semua maklumat yang ada dalam telefon bimbit jenama Sony Ericsson dan kad sim pada 21 Julai.

Ketika ditanya peguam Rajpal Singh, bagi pihak Badan Peguam Selangor, sama ada beliau masa dan tarikh yang tertera pada telefon bimbit itu adalah tepat, Mohd Zaidi berkata: "Ya, saya ada buat pemeriksaan dan mendapati masa dan tarikh pada telefon itu adalah betul."

Prosiding inkues bersambung esok.


Era Najib Altantuya : BN Hancur, Kayveas Sah Presiden PPP

Siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati Datuk M Kayveas masih Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah berdasarkan pemilihan majlis tertinggi parti itu bagi sesi 2005-2010.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pemecatan Datuk T Murugiah daripada PPP juga adalah sah mengikut perlembagaan parti itu.

"Pelantikan Murugiah sebagai presiden pada mesyuarat agung luar biasa PPP pada 24 Mei lalu tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, PPP akan dikenakan notis tunjuk sebab mengikut Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 dan diberi tempoh 30 hari untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran mesyuarat agung yang tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, jika gagal atau jawapan yang diberi tidak memuaskan, tindakan pembatalan pendaftaran di bawah Seksyen 17(1)(c)IV boleh diambil terhadap PPP.

Era Najib Altantuya : BN Hancur, Presiden MCA Terima RM10 juta - Kuala Dimensi

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan, lapor Malaysiakini.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.


Era Najib Altantuya : BN Hancur, Samy Vellu Mahu Saya Robohkan Kuil - Khir Toyo

Dalam satu temubual khas bersama akhbar Makkal Osai, bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo berkata Presiden MIC Datuk S Samy vellu menelefon beliau pada suatu malam sekitar jam 11 dan meminta supaya sebuah kuil di Selangor dirobohkan.

"Dia (Samy Vellu) kata orang-orang Hindraf berkumpul di kuil itu dan menjadikan perhimpunan itu kepada protes," kata Khir kepada Makkal Osai.

"Samy kata dia mahu kuil itu dirobohkan untuk menyekat dan tidak memberi ruang kepada mereka," dedah Khir lagi.

Perobohan itu berlangsung sebelum Deepavali 2007 dan mengundang kemarahan masyarakat India. Perobohan ini adalah menjadi pencetus utama masyarakat India bingas bangun dan membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12.

"Oleh kerana pemimpin masyarakat India yang membuat permohonan itu, saya mengarahkan Setiausaha Negeri untuk mengeluarkan arahan sewajarnya," katanya.

Era Najib Altantuya : PR Selangor Usul Pengasingan Kuasa

Pakatan Rakyat di negeri Selangor menyerlahkan komitmen mendokong sistem demokrasi apabila mengusulkan pengasingan kuasa legislatif dari esekutif sepenuhnya.

Kuasa legislatif atau perundangan ialah majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasikan undang-undang.

Selain daripada menggubal undang-undang, badan legislafif biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran legislatif juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.

Kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengasingkan kedua- dua kuasa ini bakal memperlihatkan amalan demokrasi yang hakiki tanpa sebarang pertindihan kuasa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah berpendapat keputusan kerajaan negeri mengusulkan cadangan itu jelas membezakan pegangan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan mentaliti pimpinan UMNO Barisan Nasional yang mencampuradukkan kedua- dua kuasa berkenaan.

"Ini bermaksud keputusan- keputusan DUN itu bukan dibawah pentadbiran kerajaan negeri, tapi dialihkan kepada satu badan bebas, satu suruhanjaya yang akan diketuai oleh tuan Speaker dan semua keputusan daripada pengurusan akan dibuat disana. Bermakna kebebasan institusi DUN itu daripada pengurusan kerajaan negeri," kata Sivarasa. Corak pemerintahan parti pemerintah kini dilihat sering terbabas mencampuradukkan legislatif dan esekutif sehingga menimbulkan huru- hara yang parah.

7 Mei lalu Dewan Undangan Negeri Perak menyaksikan kecelaruan kuasa apabila polis dan pegawai-pegawai dewan dibawah telunjuk Ketua Setiausaha Negeri mencemarkan kemuliaan dewan dengan menceroboh masuk dan mengheret speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar.

Insiden yang memalukan ini jelas membuktikan kerapuhan pegangan UMNO Barisan Nasional mendokong demokrasi.

Sivarasa berkata, pengasingan kuasa yang diusulkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kritikal kepada pembentukan kerajaan demokratik dan perlu bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

"Ini amalan di semua parlimen di negara yang demokratik. Amalan yang kukuhkan pengasingan kuasa diantara pihak yang membuat undnag- undang dan pihak yang mentadbir dan memerintah dan ini akan mengukuhkan amalan demokrasi di negeri ini. Cadangan yang baik yang menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat Selangor mengukuhkan amalan demokrasi negara," tambah beliau. -TVA


Era Najib Altantuya : Wartawan Utusan Yang Bebal

Seorang wartawan Utusan Malaysia Mohd Nizam Mohd Yatim memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menyangkakan yang istilah “ultra vires” yang terkandung di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Karpal Singh bermaksud pemimpin DAP itu menghina Sultan Perak.

Mohd Nizam, saksi pertama pendakwa di dalam perbicaraan kes Karpal Singh, telah disoalbalas oleh peguambela Jagdeep Singh Deo.

Pada satu ketika wartawan Utusan Malaysia lansung tidak tahu apa pertuduhan yang dikenakan ke atas Karpal Singh.

Wartawan tersebut juga gagal untuk menunjukkan pemahaman yang jelas terhadap soalan Jagdeep yang bertubi-tubi terhadap empat halaman kenyataan media yang diedarkan oleh Karpal semasa sidang medianya pada 6 Feb tahun ini.

Berdasarkan laporan yang ditulisnya dan diterbitkan oleh akhbar, Mohd Nizam telah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa untuk menunjukkan Karpal telah melakukan kesalahan menghasut.

Dengan menyoal beliau terhadap kefahaman beliau terhadap apa yang berlaku sewaktu sidang media Karpal, pihak pembela cuba membuktikan bahawa Nizam bukan seorang saksi yang boleh dipercayai.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu telah didakwa kerana menghasut pada Mac 17 kerana berkata penyingkiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.

Politikus-peguam veteran itu telah didakwa di Mahkamah Session KL di hadapan hakim Mohamad Sekeri Mamat di bawah Seksyen 4(1)(b) dari Akta Hasutan 1948.

Karpal juga dituduh dengan beberapa kenyataan menghasut berkait dengan krisis perlembagaan Perak yang bermula dua bulan lalu.

Dia juga dituduh melakukan jenayah semasa mengadakan sidang medianya di pejabat peguammnya pada 6 Fenruari.

Mohd Nizam pada awalnya telah disoal oleh timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi.

Azlina telah meminta Mohd Nizam memberitahu mahkamah siapa yang ada semasa sidang media dan dimana ia diadakan sebelum meminta wartawan itu membacakan kenyataan media yang disediakan.

Beliau juga meminta Nizam merumuskan kandungannya di dalam mahkamah.

Mohd Nizam: “Jika masih terus mahukan Zambry sebagai menteri besar, maka kerajaan Pakatan Rakyat tiada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang."

Beliau menambah selepas sidang media terdapat sessi soal jawab. Dia memeritahu mahkamah terdapat seorang wartawan bertanya Karpal jika beliau akan mendakwa sultan.

“Karpal menjawab ya,” beritahu Nizam didalam testimoninya yang kemudian telah dicabar oleh peguambela.

Semasa pemeriksaan balas, Jagdeep telah bertanya wartawan yang berusia 38 tahun itu:

“Apakah anda bersetuju bahawa pendapat beliau (Karpal) tentang perlembagaan sentiasa dicari?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Adakah anda bersetuju beliau (Karpal) seorang peguam yang bijaksana?”

Mohd Nizam: “Saya tak pasti.”

Jagdeep: “Jika anda masih tidak tahu setelah lapan tahun bekerja maka anda perlu mula lakukan kerja anda dengan betul.”

Jagdeep kemudian meneruskan untuk bertanya kepadanya jika dia memahami kenyataan media yang dikeluarkan kerana ianya ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Mohd Nizam: “Saya hanya memahaminya secara umum dan tidak mendalam.”

Jagdeep kemudian menyoal wartawan itu bahawa apa yang dinyatakan di dalam kenyataan dia itu satu pendapat terhadap krisis perlembagaan di Perak.

“Saya hanya melapor dan tidak memberi pendapat,” jawab Mohd Nizam.

Jawapannya itu nampak untuk menjengkelkan Jagdeep yang menuduh Mohd Nizam tidak jujur.

Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam untuk membacakan sebahagian kenyataan media kepada mahkamah.

Mohd Nizam: “Sekalipun arahan telah disahkan oleh Sultan. Jika keputusan itu ultra vires maka keputusan itu diputuskan oleh mahkamah.”

Jagdeep kemudian meminta Nizam untuk menerangkan apa makna ultra vires kepada mahkamah.

Nizam nampak terkeliru dan menjawab: “menghina.”


Jagdeep kemudian memberitahu Mohd Nizam bahawa ketidakfahamannya terhadap istilah ulta-vires itu telah menyebabkan huru-hara di dalam negara kerana istilah itu bermaksud “di luar bidangkuasa”.

Mohd Nizam kemudian ditanya apa soalan yang dilontarkan semasa sidang media Karpal.

Nizam menerangkan yang wartawan inginkan penjelasan jika Karpal bermaksud untuk mengheret Sultan ke mahkamah.

“Jadi adakah anda bersetuju bahawa Karpal tidak kata dia akan saman Sultan?” Jagdeep bertanya.

“Setuju,” jawab Nizam.

Setelah disoalbalas, pasukan pembela meminta Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah soal balas itu menyoalbalas saksi lain terhadap transkrip sidang media tersebut.

Azman kemudian meminta pendakwa memanggil saksi yang berikutnya.

Tetapi pihak pendakwa gagal untuk memanggil saksi berikutnya, seorang pemberita RTM, kerana beliau gagal untuk hadir dan tidak dapat dihubungi.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga esok.

Era Najib Altantuya : 1Malaysia Ditipu KDN

KKementerian dalam Negeri (KDN) tidak mahu mengakui wujudnya penyelewengan dan tangan-tangan yang tersembunyi" memanipulasi jumlah undian di laman web beritanya berhubung isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kepada pengunjung kami, kami menghormati pandangan anda. Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yang bersembunyi.

"Kunjungan anda ke portal kami, sama ada mengundi untuk menyokong atau menyanggah, kami amat-amat menghargainya," kata Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, lapor Malaysiakini.

Jumlah respons bagi soalan pertama dan keempat yang meningkat secara mendadak dan luar biasa mulai tengah hari semalam menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Pada jam 4 petang kelmarin, hanya 1,499 respons memilih ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887% sewaktu semakan Malaysiakini jam 1.45 tengah hari tadi.

"Apakah rakyat Malaysia sebegitu bodoh untuk mempercayai peningkatan sedemikian tanpa manipulasi pengkalan data undian berkenaan?" tanya seorang pakar Teknologi Maklumat disini hari ini.

Sekalipun Jamilah, juga editor portal berita kementerian itu berkata, tidak menjadi polisi KDN untuk berbohong kepada pengunjung portal itu, namun ramai beranggapan disebaliknya.

"Kami menyerahkan sepenuhnya keputusan undi (untuk) ditentukan secara jujur dan telus. Kepada pihak yang mempertikaikan, berfikirlah secara matang.

"Jangan kerana (apabila) pada satu-satu apabila graf undian menunjukkan keputusan seperti mana yang dikehendaki, anda memuji.

"Tetapi pada suatu ketika yang lain, apabila graf undian berubah corak maka lain pula kata anda," katanya.

Jawapan dari Jamilah itu jelas merupakan satu cubaan untuk menjustifikasikan peningkatan luarbiasa dan mendadak terhadap keputusan undian di lamanweb KDN tersebut dan hanya boleh ditentukan apabila dilakukan siasatan forensik terhadap kandungan pengkalan data di server yang digunakan oleh KDN, jelas seorang pakar I.T.

"Kita boleh tinjau perubahan yang berlaku kepada pergerakan pengkalan data untuk melihat dan mengesan samada wujud atau tidak mnipulasi berkenaan," tambahnya lagi.




Era Najib Altantuya : Mengejutkan, Tiada Catatan Semasa Soal-siasat Teoh

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh, lapor Bernama.

Insp Mohd Zulaimi Zubir, 29, dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM Mohd Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.

"Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan Tan iaitu dari 1 Julai hingga 18 Julai lalu, adakah hanya terdapat satu catatan sahaja yang beliau nampak, Mohd Zulaimi berkata: "Ya."

Sebelum itu Mohd Zulaimi berkata beliau hanya merampas buku harian milik Mohd Anuar dan buku yang lain dirampas oleh pegawai polis lain.

Dalam prosiding, buku asal itu tidak ditandakan eksibit memandangkan ia masih diguna pakai dan hanya salinan dikemukakan tetapi ia telah disahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM.

Mohd Zulaimi turut memberitahu beliau juga telah merampas cakera keras rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Masalam dan diarah menyiasat pergerakan Teoh, pegawai SPRM dan individu lain di plaza itu yang dipaparkan dalam rakaman CCTV itu.

Mohd Zulaimi, saksi ke11 berkata sebelum rampasan beliau telah melihat pergerakan di dalam rakaman CCTV itu dan mendapati terdapat pergerakan Teoh yang memasuki ruang lobi di tingkat 4 pada pukul 6.08 petang.

"Keesokan hari (selepas kejadian), saya diarahkan untuk mengenal pasti pukul berapa si mati masuk, pergerakan pegawai SPRM dan individu lain dalam banguanan dari jam 00:00 15 Julai hingga 7 pagi esoknya," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV itu kemudiannya diserahkan kepada jabatan forensik 18 Julai lalu untuk siasatan lanjut tetapi terdapat beberapa kesukaran untuk mengesan pergerakan kerana masalah teknikal.

Pergerakan Teoh hanya dilihat menerusi salinan yang dibuat melalui 'pen drive' tetapi ia tidak boleh dicetak dan Mohd Zulaimi berkata menerusi bantuan bahagian sekuriti di bahagian Plaza Masalam, sebanyak 47 imej orang keluar masuk pada 16 Julai dapat dikesan.

Katanya, rakaman itu dilihat pada 19 Julai lalu di pejabat keselamatan Plaza Masalam dan bukannya di jabatan forensik Bukit Aman.Terdahulu Mohd Zulaimi memberitahu hasil siasatannya, tiada CCTV diletakkan di tempat Teoh ditemui mati dan kebanyakan kamera berada di tempat letak kereta, pintu utama dan jalan masuk ke pasaraya.

Menceritakan penglibatan beliau dalam siasatan kes itu, Mohd Zulaimi berkata beliau berada di tempat kejadian pada pukul 2.20 petang dan ketika itu mayat mendiang telahpun ditutup dengan plastik hitam.

"Selepas itu saya telah membuka plastik tersebut dan melihat keadaan mayat dan saya mendapati ia mayat seorang lelaki berbangsa Cina dalam keadaan tertiarap sebelah kanan dan terdapat kesan darah kering di bahagian mulut dan hidung.

"Mayat itu telah ditinggalkan di situ dan tidak lama kemudian saya lihat beberapa pegawai dipercayai dari SPRM turun ke tempat kejadian dan saya menemui mereka. Mereka mengesahkan si mati itu adalah salah seorang saksi mereka," katanya.

Mohd Zulaimi berkata pada pukul 3.10 petang hari yang sama, beliau dan beberapa anggota telah pergi ke pejabat SPRM untuk mengenal pasti butiran si mati dan beliau kemudiannya diarahkan mengesan rekod Teoh menerusi nombor kad pengenalannya.

Katanya hasil siasatan tiada sebarang rekod jenayah dicatatkan menerusi nama Teoh.

Prosiding yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas hanya berhenti rehat kirakira pukul 1.35 tengah hari selepas peguam keluarga Teoh dan peguam yang mewakili kerajaan Selangor menonton beberapa pergerakan Teoh dalam rakaman CCTV itu.

Era Najib Altantuya : Balasungkawa Dhamala N.,S

Seniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, yang juga seorang blogger meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Abdul Muluk Daud, sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi, rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Beliau yang juga terkenal di alam siber dengan nama Pak Darma melalu blog adimul.blogspot.com adalah seorang blogger yang tekun mengemaskinikan blognya yang memuatkan tulisan-tulisan dari beberapa orang penulis dari Warga Perihatin Malaysia (PRIMA) seperti pengkritik sastera terkenal, Mohd Affandi Hassan, Kamal Amir, Yahya Ismail, Mankadir dan lain-lain.

Pak Dharma dilaporkan telah dikejarkan ke hospital mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Beliau pada hari berkenaan baru selepas bersahur untuk menajalan puasa sunat.

"Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.

Waris Pak Dharma menyatakan, semasa di hospital, aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga Yassin Salleh (bapa saudara Pak Dharma). Beliau merakamkan terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Begitu juga kepada rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan.

Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini. -


Era Najib Altantuya : Inkues Teoh Hari Ke 7 - Rakaman CCTV Dipertontonkan

Inkues kematian Teoh Beng Hock hari ketujuh yang sepatutnya bersambung dengan keterangan forensik terpaksa ditangguh sementara apabila dua pakar terbabit tidak sihat.

Peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan, memberitahu mahkamah koroner kedua-dua pakar berkenaan meminta supaya memberi mereka masa untuk pulih sebelum memberi keterangan.

Dua pakar itu ialah pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Khairul Azman Ibrahim dan pakar forensik Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM), Dr Prashant Naresh Samberkar.

Saksi ke-11 Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang merupakan Pegawai Penyiasat yang memeriksa CCTV dipanggil untuk memberi keterangan.

Mohd Zulaimi memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah merampas 'hard disk' rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Plaza Masalam pada 17 Julai 2009. Hasil pemeriksaan menunjukkan Teoh memasuki plaza tersebut pada jam 18:08:55. Namun tarikh bagi rakaman berkenaan tidak dinyatakan.

Saksi itu juga berkata ketika datang melihat mayat, beliau dapati mayat ditutup dengan plastik sampah hitam yang koyak dan tidak diusik atau dialih oleh sesiapa sehingga mayat tersebut dialihkan oleh ahli forensik.

Beliau menambah beberapa pegawai SPRM kemudian turun ke tempat kejadian dan memaklumkan si mati adalah salah seorang saksi mereka yang memberi keterangan pada hari itu.

Situasi dalam mahkamah sesak dengan wakil media dan pemerhati awam. Terdapat juga sekurang-kurang 10 orang wakil media, orang awam termasuk pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan wabak Influenza A (H1N1).

Mahkamah kembali bersidang. Mahkamah ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada tarikh 15 Julai. Rakaman mula dimainkan dari jam 18:07:48


Era Najib Altantuya : UMNO Semakin Tertekan Di Permatang Pasir, Tak Kemuka Bakal Calon

UMNO Permatang Pasir dilihat semakin tertekan dan tidak meletakkan harapan akan menang di dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir akan datang kerana tidak mempunyai calon yang sesuai.

Bernama melaporkan UMNO Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir 25 Ogos ini sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata UMNO pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada UMNO bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Sementara itu calon PAS akan diketahui pada hari Jumaat ini dan PAS yakin akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lepas. Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.


Era Najib Altantuya : UMNO Cuba Pecahbelahkan PR Dengan Isu Arak - Hassan Ali (updated)

Tindakan pemimpin BN-UMNO memanipulasikan isu penjualan arak adalah semata-mata bagi mengelirukan pemikiran dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Selangor yang berbilang kaum.

Malah UMNO dilihat terdesak sehingga sanggup mempolitikkan isu penjualan arak dengan tujuan melaga-lagakan parti komponen Pakatan Rakyat semata-mata untuk merampas kembali Selangor.

“UMNO dan Barisan Nasional cuba nak ambil kesempatan daripada isu-isu ini mengelirukan rakyat, saya rasa usaha mereka akan gagal sebab pemikiran rakyat lebih baik daripada pemikiran UMNO dan Barisan Nasional”, kata Dato’ Hassan Ali.

UMNO juga ketandusan strategi menakluk kembali Selangor setelah sekali lagi menimbulkan keresahan rakyat yang sebelum ini menggunakan isu penternakan babi berkelompok di Sepang tidak lama dahulu.

Natijahnya, usaha mereka gagal menjatuhkan Pakatan Rakyat walhal idea asal pembinaan bangunan penternakan babi itu daripada kerajaan Barisan Nasional yang lalu.

“Akhirnya kita tengok isu itu mati begitu saja kerana rakyat faham apa yang nak dilakukan oleh kerajaan negeri. Jadi mereka tidak puas hati dengan itu. Mereka mendapati satu sekarang ni, isu arak jadi isu arak ni sama dengan babi ialah isu yang kedua-duanya merupakan isu yang paling sensitif di antara golongan-golongan Islam dan bukan Islam”, kata Hassan Ali lagi.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali bercakap kepada TV Selangor bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang ingin Barisan Nasional merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Selangor mengeluarkan kenyataan supaya Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew digugurkan daripada jawatannya setelah beliau mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan kembali minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Sekysen 8, Shah Alam bulan lalu.

Sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan undang-undang jenayah syariah dan undang-undang kecil kerajaan tempatan, masing-masing menetapkan beberapa terma dan syarat tertentu bagi mengawal penyalahgunaan penjualan arak khususnya dalam kawasan penduduk majoriti Islam.

“Keadaan kalau ada sedikit pun pertentangan pendapat di antara PAS dengan DAP terutamanya, ini adalah disebabkan oleh tafsiran kita kepada beberapa perkara perlaksanaan, yang pertamanya undang-undang jenayah syariah, yang keduanya peraturan-peraturan kecil yang sedang dipraktikkan di PBT-PBT, dalam konteks Shah Alam ini ialah di MBSA”, katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap kepada semua pihak terutamanya media massa mendapatkan penerangan berhubung isu penjualan arak daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja.

“Saya harap hanya penerangan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja yang dikira sebagai sahih yang lain-lain itu saya fikir adalah pendapat masing-masing yang tidak mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS)”, tegasnya kepada pemberita. -TVS



Era Najib Altantuya : UMNO Hina Islam Dengan Mencarut


Ini orang melayu, bukan Islam. Ayat "jangan hina Islam" dihina oleh UMNO dengan ucapan mencarut untuk menampak kebencian mereka terhadap DAP. Cadangan kepada pimpinan PAS, saman UMNO sebab menghina Islam. -al-bakistani

Era Najib Altantuya : Pathologi Khairul Tidak Sihat? (kemaskini)

Inkues terus menjadi mainan pihak Pendakwa Raya apabila hari ini, ahli pathologi yag sepatutnya hadir untuk disoal balas keterangannya tidak hadir kerana dikatakan kurang sihat. Beliau secara tiba-tiba tidak sihat selepas sahaja menghabiskan memberikan keterangannya semalam menyatakan bahawa Teoh terjatuh dari bangunan tersebut dengan hasil kajian yang dilakukan dari bedah-siasat terhadap mayat Teoh. Keterangannya yang penuh sarat dengan tandatanya belum diuji oleh para peguam Teoh.

Malah saksi ke-11, Dr Prashant juga tidak berapa sihat.

Hsil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapati beliau mati akibat kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Saksi ke 10 dalam prosiding semalam, Dr Khairul Azman Ibrahim (gambar) yang merupakan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dalam kenyataanya kepada mahkamah berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati tiada kesan ketara kecederaan akibat pergelutan.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 17 Julai lalu turut mendapati tiada sebarang kecederaan ketara akibat mempertahankan diri pada kedua-dua bahagian tangan mendiang atau di mana-mana bahagian lain.

Beliau berkata, kecederaan yang dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan sekiranya seseorang itu jatuh dari tempat tinggi.

“Tidak tedapat kecederaan mempertahankan diri yang jelas pada mana-mana bahagian kecuali kesan impak jatuh,” katanya.

Dalam keterangannya, Khairul turut menyatakan mayat Beng Hock mengalami pelbagai kecederaan luar termasuk retak dan patah tulang, lebam-lebam, dan patah gigi atas hadapan sebelah kanan.

Mahkamah turut diberitahu, mayat juga mengalami pelbagai kecederaan dalaman antaranya, retak tengkorak, pendarahan di rongga dada dan paru-paru, luka pada jantung dan pendarahan di abdomen.

Ditanya mengenai anggaran masa kematian Beng Hock oleh peguam yang mewakili kerajaan Tan Hock Chuan, Khairul berkata, mangsa mati enam hingga lapan jam sebelum jam 7.30 petang.

“Anggaran masa yang saya boleh beri berdasarkan pada keadaan mayat yang belum busuk, saya percaya si mati mati kurang dari 36jam dari tarikh bedah siasat. Saya juga dibenarkan memeriksa kaku mayat di tempat kejadian (7.30 petang 16 Julai) dan mendapati telah kaku.

“Maknanya mangsa telah mati 6 hingga 8 jam sebelum 7.30 petang. Tetapi saya juga telah diberitahu oleh pengawal menjumpai mayat pukul 2 petang, maknanya si mati, mati sebelum pukul 2,” katannya.

Dalam prosiding berkenaan, Khairul turut diminta menjelaskan bagaimana cara mendiang mendarat di lantai koridor tingkat lima di mana mayat ditemui.

“Pada pendapat saya berdasarkan kecederaan yang diperiksa si mati dipercayai mendarat dengan kaki lebih pada kaki sebelah kanan dan dipercayai badan condong ke kanan. Punggung turut mendarat bersama kemungkinan serentak. Ada kemungkinan condong ke depan berdasarkan tulang rusuk patah dan bintik-bintik pada bahagian depan tangan kanan,” katanya.

Semasa beliau membuat demostrasi bagaimana cara Beng Hock mendarat suasana mahkamah kecoh seketika apabila seorang lelaki Cina yang duduk di bahagian galeri awam bangun dan berkata: “Tak Nampak!,”

Koroner Azmil Muntapha Abas kemudiannya membenarkan para wartawan dan orang awam ke hadapan bagi menyaksikan dengan lebih dekat demostrasi berkenaan.

Mahkamah diberitahu, Khairul dibenarkan ke lokasi mayat ditemui jam 6.40 petang 16 Julai lalu bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai tempat kejadian supaya menyenangkan beliau dan seorang lagi pakar bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar menerangkan cara bagaimana Beng Hock mengalami kecederaan.

Katanya ketika tiba dilokasi mendapati mayat telah ditutup dengan plastik hitam dan setelah dibuka, mayat dilihat terbaring mengiring ke kanan dengan tangan kiri di atas dan tangan kanan dihimpit ke bawah oleh badan.

Manakala kaki kiri di atas dan kaki kanan masih terdapat kasut yang dipakai tetapi kaki kiri tidak terdapat kasut.

“Saya dapati terdapat darah berhampiran dengan mulut dan juga kami memeriksa kawasan berhampiran mayat dan dapati terdapat kesan calar pada lantai iaitu berhampiran dengan bucu saluran air hujan.

“Saya dan Dr Prashant berbincang untuk menentukan lokasi mendarat dan memeriksa kasut yang terdapat pada kaki kanan si mati dan menjumpai kasut sebelah kiri berada tidak jauh dari mayat,” katanya.

Khairul memberitahu mahkamah, sebelum beliau dan Dr Prashant bersama beberapa anggota polis naik ke tingkat atas bangunan berkenaan, beliau memandang ke atas untuk mencari lokasi kemungkinan Beng Hock jatuh, dan mendapati satu tingkap terbuka luas hampir bertentangan dengan mayat ditemui dan dimaklumkan ia berada di tingkat 14.

“Masa tiba di tingkat 14, saya dibawa ke bahagian di mana tingkap tersebut dan berkesempatan bertanya kepada ASP Ahmad Nazri di mana si mati di soal oleh pegawai SPRM dan juga menunjukkan tempat di mana si mati berehat setelah disoal siasat dan juga tempat ianya dijumpai kali terakhir masih hidup.

“Saya ada ukur paras bahu tingkap lebih kurang paras pinggang dan tiada kesan darah, kesan barang-barang bertaburan atau pecah,” katanya.

Sejurus prosiding dimulakan setelah ditagguh pada jam 1 petang, Koroner Azmil kemudiannya membenarkan permohonan agar mahkamah ditangguh sehingga esok kerana saksi tidak sihat.

Di awal prosiding, mahkamah diberitahu ujian yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di ruangan tangga dan pejabat SPRM di tingkat 15 mendapati kesan berkenaan bukan darah.

Hasil pemeriksaan semula yang dilakukan di pejabat SPRM merangkumi meja ping pong, sofa dan tingkap juga tidak menemui sebarang petunjuk.

Bagaimanapun Hock Chuan memberitahu bahawa empat utas benang telah dijumpai di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di mana mayat Beng Hock ditemui.

Katanya, pihaknya juga tiada halangan sekiranya pihak peguam pemerhati ingin memohon ujian lanjut dijalankan ke atas benang berkenaan dan meminta seluar Beng Hock.

“Lokasi keempat atas permintaan peguam pemerhati telah ke tingkat lima koriodr. Pada pukul 2.05 petang, pemeriksaan dilakukan dan telah menemui empat utas benang.

“Hasil pemeriksaan habis pukul 2.55 petang, semua ujian yang telah dilakukan telah dibuat oleh pasukan forensik polis dan kehadiaran pegawai penyiasat kedua-dua belah pihak. Hasil ujian adalah negatif.

“Mengenai empat utas benang dengan izin Koroner, kita tiada halangan jika pemerhati hendak meneruskan pemeriksaan,” katanya.

Sementara itu, di luar mahkamah Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh, Gobind Singh Doe berkata, prosiding esok akan menyaksikan sesi soal balas antara pihaknya dengan saksi ke 10, Dr Khairul.

“Pada sebelah pagi beliau (Dr Khairul) menyatakan dengan terperinci apa yang dilakukan semasa bedah siasat, beliau juga telah memberikan sedikit pendapat berhubung cara bagaimana Teoh Beng Hock jatuh dan mendarat. Itu adalah pendapat beliau.

\“Hari ini keterangan saksi belum lagi disoal balas, kami mempunyai pendapat tersendiri yang akan diajukan kepada saksi esok apabila disoal balas. Apa yang beliau kata hari ini memang pendapat beliau. Ianya belum diuji melalui pemeriksaan oleh pihak kami lagi,” katanya ketika ditanya mengenai keterangan saksi.


Era Najib ALtantuya : Siew Fook sentiasa rujuk Pas - Zulkefly

Pas Negeri Sembilan mengesahkan, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook sentiasa merujuk kepada parti itu terlebih dulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Islam.

Pesuruhjayanya, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Siew Fook sentiasa berhati-hati sekiranya ada isu yang berkaitan dengan Islam atau kepentingan orang Islam di negara ini.

Sebab itu, katanya, beliau tidak percaya Siew Fook akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti Islam termasuk menerusi laman blog.

“Pas yakin dengan beliau kerana selama ini, apa saja masalah berkaitan dengan Islam, beliau akan merujuk dengan saya terlebih dulu untuk dapat kepastian dan kefahaman sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Jadi, apabila keluar kenyataan dalam blog mengatakan beliau menghina Islam, kita tidak percaya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Sebagai wakil rakyat yang agak senior di negeri ini, beliau faham dengan kedudukan agama Islam sendiri serta menghormati agama lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan dekat Kemayan Square di sini, semalam yang dipengerusikan Siew Fook sendiri.

Sidang media itu diadakan bagi memberi penjelasan sebenar mengenai kenyataan Siew Fook yang tersiar dalam laman blog www.sjsandteam.wordpress.com yang dikatakan keterlaluan dan boleh menimbulkan api kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Berikutan itu, Zulkefly berkata, Pas secara terbuka berdiri teguh menyokong Siew Fook mengenai isu tersebut yang disifatkan sebagai satu fitnah melampau yang dilakukan pihak tertentu terhadap Ketua Pembangkang Negeri Sembilan itu.

“Pas Negeri Sembilan secara terbuka menyokong pandangan Siew Fook agar polis menjalankan siasatan menyeluruh dengan lebih adil terhadap pengendali blog terbabit yang ternyata memfitnah beliau. Kita tidak mahu ada orang yang menggunakan blog cuba memfitnah kita,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan selepas ini ada pihak-pihak tertentu yang akan mengkritik Pas kerana menyebelahi Siew Fook, tetapi baginya, ia merupakan satu serangan politik biasa.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim berkata, PKR negeri juga menyokong penuh di belakang Siew Fook memandangkan keperibadiannya tidak mencerminkan seperti mana tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Kita yakin ini fitnah terhadapnya semata-mata. Kita tidak hairan, kerana kebelakangan ini pun, parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) memang diserang habis-habisan dan tuduhan terhadap YB (Siew Fook) ini salah satu daripadanya. Kita telah kenal lama YB dan sentiasa berhubung antara satu sama lain,” katanya. -SH

ERa Najib Altantuya : Apa Muslihat UMNO Bela Musa Hassan?

Sudah banyak surat sumpah yang disiarkan oleh Malaysia Today mengenai apa yang didakwa sebagai kaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan sindiket kongsi gelap (Sila lihat posting blog Penarik Beca yang bertajuk "Musa Hassan akan terus jadi KPN" Di dalamnya ada pautan kepada surat-surat sumpah yang tidak dipadamkan nama pihak yang terlibat). Semalam disiarkan lagi.

Makin banyak didedahkan, makin kukuh kedudukan Musa. Dia disambung lagi perkhidmatannya. Apakah sebenarnya jasa Musa yang dipanggil si tukang lobi? Tukang lobi biasanya mendapat habuan. Mungkin Musa melakukan kerja-kerja kebajikan dan tak mendapat habuan. Tetapi, kalaulah dia dapat habuan, adakah dia makan sorang-sorang?

Adakah tidak ada ahli politik yang tumpang sekaki? Sedangkan mereka perlukan banyak wang untuk menjual beli manusia atau human trafficking - iaitu kegiatan membeli perwakilan yang diharapkan undi mereka dalam pemilihan parti dan perwakilan pula menjual undi dan maruah diri.

Musa sering dikaitkan dengan B K Tan. Awal-awal dulu, saya ingat hanya Musa sahaja yang dikaitkan dengan Tan. Rupa-rupanya ada ahli politik Umno yang dikaitkan dengan Tan, iaitu bekas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi (Sila lihat posting blog PB bertajuk "Umno dituduh boneka gangster pulak").

Tidakkah pendedahan tersebut menunjukkan penyusupan Tan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu jauh dan mendalam? Tan didakwa kepala gangster. Persoalannya, berapa ramai lagi kepala gangster yang menyusup begitu jauh dan mendalam dalam kerajaan BN? Adakah Tan seorang sahaja?

Tan juga didakwa menjadi kepala along. Kalau benar dia kepala along dan beliau pula kelihatan begitu jauh dan mendalam penyusupannya dalam kerajaan BN, adakah harapan rakyat untuk melihat Malaysia yang bebas along hanyalah harapan palsu yang ditaburkan untuk penyedap mata melihat dan telinga mendengar sahaja?

Berkawan dengan kepala gangster yang dituduh menjadi kepala along, kepala sindiket judi haram, kepala sindiket persundalan dan entah kepala apa lagi tidak mengkhianati kepercayaan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mengharapkan kerajaan yang bersih?

Bolehkah rakyat disalahkan jika mereka terus dicengkam kebimbangan terhadap kadar jenayah yang tinggi? (Lihat The Star 27/7/09 "Poll: Most citizens concerned over high crime rate"). Salahkah mereka jika mereka yakin bahawa kadar jenayah akan terus tinggi kerana Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno didakwa menjadi peliharaan kepala gangster dan kepala along? Apa usaha Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno untuk mematahkan habis-habisan dakwaan itu?

Musa juga dituduh penipu. Dan bila didakwa bahawa beliau menipu mengenai kadar jenayah di negara ini, mengapa tidak ada sebarang penyiasatan dan tindakan? (Lihat posting blog ini "KPN menipu menteri miskin intelek?")

Akhirnya, apa ikatan kepentingan antara Musa dan para pemimpin Umno? Jika tidak, masakan tempua bersarang rendah dan Musa terus selamat. Kenapa?!! -PenarikBeca




Era Najib Altantuya : Tak Sebulu Makna Pengkhianat?

Begitu mudah menghukum orang lain, pengkhianat sudah menjadi wirid UMNO terhadap musuh politiknya. Melawan UMNO pengkhianat, tak sebulu pengkhianat, enggan bekerjasama pengkhianat... begitulah kalau sudah nyawa hampir kerongkong, meracau-racau... Namum bagi DSA perkataan itu sudah lali baginya. Ikutilah apa kata DSA.

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelaswalaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO.

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkankekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit.

Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing. -pasbangi

Era Najib Altantuya : PAS Perlu Muhasabah Diri

Terima Kasih Lim Guan Eng yang memberikan nasihat berguna kepada Pas ini.

Iye, Pas perlu cermin diri sendiri sebelum berdepan dengan UMNO pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang pada awal Ramadhan nanti.

Semenjak isu kerajaan perpaduan dan sebelum itu isu berpakat dengan UMNO, Pas telah bergegar dan hampir terpecah dua akibat isu panas ini.

Pas seperti ada dua kelompok (semenjak isu kerajaan perpaduan dimainkan), pro Pakatan dan pro perpaduan dengan UMNO/BN.

Pas perlu nilai diri. Isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh segelintir pemimpin Pas tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada Pas telah hampir merosakkan Pas dan hampir melemahkan Pas. Terima kasih kepada tok guru Nik Abdul Aziz yang acap kali menyelematkan Pas.

Lihat kepada kajian kes ini:

1. Semasa pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, isu kerajaan perpaduan belum panas lagi. Ketika itu Pas berjaya merampas parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti yang cukup selesa.

2. Semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Pas di ambang masalah berkaitan isu kerajaan perpaduan, namun Pas belum menerima kesan kepada isu kerajaan perpaduan itu. Ditambah pula calonya adalah Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, MB Perak yang amat dikasihi rakyat. Maka Pas menang dengan pertambahan majoriti.

3. Semasa pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Pas bergegar dan hampir berpecah dua kerana masalah isu kerajaan perpaduan, di tambah dengan tindakan seorang pemimpin Pas yang juga MP Bachok, yang telah menyebabkan ramai penyokong dan ahli Pas marah kerana beliau berkata bahawa Pas bersedia untuk berkerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesanya, Pas hampir tumbang di Manek Urai. Menang dengan majoriti yang cukup kecil.

Maka pilihanraya kecil Permatang Pasir ini, Pas perlu nilai diri untuk terus diterima rakyat khususnya para pengundi yang mencintai Islam dan keadilan serta menentang kezaliman dan penindasan.

Wallahu'alam

Note : Ingat, jangan sampai ada orang berkata begini - " ala, buat apa sokong Pas? sebab nanti mereka masuk UMNO juga akhirnya. Alang-alang nak undi Pas baik undi BN terus." - Tinta Emas



Era Najib Altantuya : Keterangan Pathologi Belum Disoalbalas

Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapati beliau mati akibat kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Saksi ke 10 dalam prosiding hari ini, Dr Khairul Azman Ibrahim (gambar) yang merupakan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dalam kenyataanya kepada mahkamah berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati tiada kesan ketara kecederaan akibat pergelutan.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 17 Julai lalu turut mendapati tiada sebarang kecederaan ketara akibat mempertahankan diri pada kedua-dua bahagian tangan mendiang atau di mana-mana bahagian lain.

Beliau berkata, kecederaan yang dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan sekiranya seseorang itu jatuh dari tempat tinggi.

“Tidak tedapat kecederaan mempertahankan diri yang jelas pada mana-mana bahagian kecuali kesan impak jatuh,” katanya.

Dalam keterangannya, Khairul turut menyatakan mayat Beng Hock mengalami pelbagai kecederaan luar termasuk retak dan patah tulang, lebam-lebam, dan patah gigi atas hadapan sebelah kanan.

Mahkamah turut diberitahu, mayat juga mengalami pelbagai kecederaan dalaman antaranya, retak tengkorak, pendarahan di rongga dada dan paru-paru, luka pada jantung dan pendarahan di abdomen.

Ditanya mengenai anggaran masa kematian Beng Hock oleh peguam yang mewakili kerajaan Tan Hock Chuan, Khairul berkata, mangsa mati enam hingga lapan jam sebelum jam 7.30 petang.

“Anggaran masa yang saya boleh beri berdasarkan pada keadaan mayat yang belum busuk, saya percaya si mati mati kurang dari 36jam dari tarikh bedah siasat. Saya juga dibenarkan memeriksa kaku mayat di tempat kejadian (7.30 petang 16 Julai) dan mendapati telah kaku.

“Maknanya mangsa telah mati 6 hingga 8 jam sebelum 7.30 petang. Tetapi saya juga telah diberitahu oleh pengawal menjumpai mayat pukul 2 petang, maknanya si mati, mati sebelum pukul 2,” katannya.

Dalam prosiding berkenaan, Khairul turut diminta menjelaskan bagaimana cara mendiang mendarat di lantai koridor tingkat lima di mana mayat ditemui.

“Pada pendapat saya berdasarkan kecederaan yang diperiksa si mati dipercayai mendarat dengan kaki lebih pada kaki sebelah kanan dan dipercayai badan condong ke kanan. Punggung turut mendarat bersama kemungkinan serentak. Ada kemungkinan condong ke depan berdasarkan tulang rusuk patah dan bintik-bintik pada bahagian depan tangan kanan,” katanya.

Semasa beliau membuat demostrasi bagaimana cara Beng Hock mendarat suasana mahkamah kecoh seketika apabila seorang lelaki Cina yang duduk di bahagian galeri awam bangun dan berkata: “Tak Nampak!,”

Koroner Azmil Muntapha Abas kemudiannya membenarkan para wartawan dan orang awam ke hadapan bagi menyaksikan dengan lebih dekat demostrasi berkenaan.

Mahkamah diberitahu, Khairul dibenarkan ke lokasi mayat ditemui jam 6.40 petang 16 Julai lalu bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai tempat kejadian supaya menyenangkan beliau dan seorang lagi pakar bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar menerangkan cara bagaimana Beng Hock mengalami kecederaan.

Katanya ketika tiba dilokasi mendapati mayat telah ditutup dengan plastik hitam dan setelah dibuka, mayat dilihat terbaring mengiring ke kanan dengan tangan kiri di atas dan tangan kanan dihimpit ke bawah oleh badan.

Manakala kaki kiri di atas dan kaki kanan masih terdapat kasut yang dipakai tetapi kaki kiri tidak terdapat kasut.

“Saya dapati terdapat darah berhampiran dengan mulut dan juga kami memeriksa kawasan berhampiran mayat dan dapati terdapat kesan calar pada lantai iaitu berhampiran dengan bucu saluran air hujan.

“Saya dan Dr Prashant berbincang untuk menentukan lokasi mendarat dan memeriksa kasut yang terdapat pada kaki kanan si mati dan menjumpai kasut sebelah kiri berada tidak jauh dari mayat,” katanya.

Khairul memberitahu mahkamah, sebelum beliau dan Dr Prashant bersama beberapa anggota polis naik ke tingkat atas bangunan berkenaan, beliau memandang ke atas untuk mencari lokasi kemungkinan Beng Hock jatuh, dan mendapati satu tingkap terbuka luas hampir bertentangan dengan mayat ditemui dan dimaklumkan ia berada di tingkat 14.

“Masa tiba di tingkat 14, saya dibawa ke bahagian di mana tingkap tersebut dan berkesempatan bertanya kepada ASP Ahmad Nazri di mana si mati di soal oleh pegawai SPRM dan juga menunjukkan tempat di mana si mati berehat setelah disoal siasat dan juga tempat ianya dijumpai kali terakhir masih hidup.

“Saya ada ukur paras bahu tingkap lebih kurang paras pinggang dan tiada kesan darah, kesan barang-barang bertaburan atau pecah,” katanya.

Sejurus prosiding dimulakan setelah ditagguh pada jam 1 petang, Koroner Azmil kemudiannya membenarkan permohonan agar mahkamah ditangguh sehingga esok kerana saksi tidak sihat.

Di awal prosiding, mahkamah diberitahu ujian yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di ruangan tangga dan pejabat SPRM di tingkat 15 mendapati kesan berkenaan bukan darah.

Hasil pemeriksaan semula yang dilakukan di pejabat SPRM merangkumi meja ping pong, sofa dan tingkap juga tidak menemui sebarang petunjuk.

Bagaimanapun Hock Chuan memberitahu bahawa empat utas benang telah dijumpai di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di mana mayat Beng Hock ditemui.

Katanya, pihaknya juga tiada halangan sekiranya pihak peguam pemerhati ingin memohon ujian lanjut dijalankan ke atas benang berkenaan dan meminta seluar Beng Hock.

“Lokasi keempat atas permintaan peguam pemerhati telah ke tingkat lima koriodr. Pada pukul 2.05 petang, pemeriksaan dilakukan dan telah menemui empat utas benang.

“Hasil pemeriksaan habis pukul 2.55 petang, semua ujian yang telah dilakukan telah dibuat oleh pasukan forensik polis dan kehadiaran pegawai penyiasat kedua-dua belah pihak. Hasil ujian adalah negatif.

“Mengenai empat utas benang dengan izin Koroner, kita tiada halangan jika pemerhati hendak meneruskan pemeriksaan,” katanya.

Sementara itu, di luar mahkamah Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh, Gobind Singh Doe berkata, prosiding esok akan menyaksikan sesi soal balas antara pihaknya dengan saksi ke 10, Dr Khairul.

“Pada sebelah pagi beliau (Dr Khairul) menyatakan dengan terperinci apa yang dilakukan semasa bedah siasat, beliau juga telah memberikan sedikit pendapat berhubung cara bagaimana Teoh Beng Hock jatuh dan mendarat. Itu adalah pendapat beliau.

\“Hari ini keterangan saksi belum lagi disoal balas, kami mempunyai pendapat tersendiri yang akan diajukan kepada saksi esok apabila disoal balas. Apa yang beliau kata hari ini memang pendapat beliau. Ianya belum diuji melalui pemeriksaan oleh pihak kami lagi,” katanya ketika ditanya mengenai keterangan saksi.-TVA


Era Najib Altantuya : Umno Guna Taktik Pengkhianat Setiap Kali Pilihanraya

Hampir semua pemimpin Melayu bukan Umno dituduh pengkhianat, dan dicaci dengan macam-macam kata nista oleh Umno dan pemimpin parti perkauman itu.

Exco Selangor Teresa Kok berkata serangan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim adalah taktik yang sering diamalkan Umno apabila parti perkauman itu berasa terancam atau mahu memenangi pilihanraya.

"Sebenarnya ini bukan kali pertama Umno membuat tuduhan berbaur perkauman. Mereka sebelum ini telah membuat tuduhan sedemikian rupa terhadap pemimpin-pemimpin Pas dalam hampir semua pilihanraya kecil.

Ini adalah cara umno untuk memainkan parti politik dalam usaha untuk menghasut orang melayu supaya marah dan sebagainya,"

Teresa menjelaskan memanfaatkan politik asabiyah untuk meraih kembali sokongan dari masyarakat Melayu yang bimbang atau masih ragu-ragu dengan arus perubahan yang melanda hari ini.

Bagi Umno, tidak penting sekiranya ancaman ini benar-benar wujud atau tidak, tetapi selagi perasaan takut itu wujud dalam jiwa anak-anak Melayu, maka Umno boleh memanipulasikan perasaan itu.

"Ini merupakan satu propaganda," kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

"Propaganda untuk mengelirukan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Tetapi propaganda ini akan memakan diri kerana Umno menganggap orang Melayu tidak dapat membezakan yang benar dan yang batil," tegas pemimpin DAP itu lagi.

Charles menambah masyarakat Melayu hari ini hidup dalam cabaran abad ke-21 dan semakin peka dengan perkembangan politik hari ini.

Beliau yakin kewarasan politik dan kepekaan maklumat yang dinikmati masyarakat Melayu hari ini mampu menyahkan fitnah Umno terhadap pemimpin Melayu pembangkang.

"Orang Melayu tahu mana yang betul dan yang salah, dan mereka sedar siapa pengkhianat sebenarnya. Tindakan Umno akan menimbulkan rasa marah orang Melayu, bukan terhadap Anwar, tetapi terhadap Umno," katanya.

"Tuduhan terhadap Anwar, Pas dan DAP adalah langsung tidak berasas. Kerana sejarah menunjukkan Umno yang telah mengkhianati orang Melayu kerana masyarakat ini kekal miskin kerana agihan kekayaan yang hanya berkisar sekitar elit-elit Umno semata," tambah Charles.