31 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Parti Gerakan Sokong GMI

Dalam satu perkembangan baru, Parti Gerakan hari ini menyatakan sokongan kepada kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata ramai rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan akta zalim ini, dan Gerakan mahu memainkan peranan menuju pemansuhan ISA.

“Oleh kerana perhimpunan Gerakan Mansuh ISA(GMI) esok diharamkan, jadi kami tidak akan menyertainya,kerana itu kami hadir hari ini untuk memberikan memorandum supaya mengehentikan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong, malangnya memorandum kami ditolak kerana tidak memberikan surat rasmi terlebih dahulu. Walaubagaimanapun kami akan menghantar surat rasmi secepat mungkin spaya diterima memorandum ini.

Gerakan Mansuhkan ISA dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan menuntut pemerintah Umno-BN menghapuskan akta penjajah British itu. Menyusuli perhimpunan ini adalah satu Deklarasi Mansuhkan ISA kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Lim Si Pin bersama delegasi 20 orang pemuda Gerakan juga akan menyerahkan memorandum serupa menggesa kerajaan Pusat memansuhkan ISA.

Pemuda Gerakan pada awalnya merancang untuk menyertai Himpunan Mansuhkan ISA esok, namun menarik diri atas alasan GMI adalah pertubuhan haram.

Lantas mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini, namun gagal berbuat demikian kerana tidak memaklumkan penyerahan itu seawalnya. - TVA


Najib Altantuya Langgar Fatwa Haram Letak Kalung Bunga Di Tugu Peringatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara, dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

-- BERNAMA

..............................

Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Tajuk : Bacaan doa di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_sear...t.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu

Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_sear...t.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

P/s : Kalau dah kerajaan sesuka hati melanggar fatwa yg dikeluarkan oleh kerajaan sendiri, camner nak suh rakyat ikut.



Era Najib Altantuya : Mohd Sabu Disebut Calon Popular Untuk bertanding Di Permatang Pasir

Nama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj Mohammad Sabu disebut-sebut sebagai calon poular untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir tidak lama lagi. Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Ustaz Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

DUN Permatang Pasir kosong apabila wakil rakyatnya Datuk Hamdan Abdul Rahmat pulang ke rahmatullah di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan petang tadi selepas Asar di kampungnya di Permatang Pasir Pulau Pinang.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.

Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.

Dalam pada itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya ketikadihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu Abdul Halim berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang. Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan bahawa parti itu akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, satu tindakan yang bertentangan dengan sikap mereka sewaktu memboikot pilihanraya kecil Penanti yang menganggap pilihanraya kecil tersebut sebagai membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit.



Era Najib Altantuya : SPRM dan PDRM Terdesak Untuk Lakukan Cover-up

Saksi utama inkues keatas kematian Teoh Beng Hock, Lee Wye Ling berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas bukti dalam milikan beliau secara paksa dan tidak mengikut lunas undang-undang.

Peguam Lim Lip Eng berkata SPRM telah merampas peralatan digital kliennya namun tidak memberi sebarang borang laporan persetujuan untuk ditandatangani, seperti yang ditetapkan oleh prosedur perolehan bukti.

“15 haribulan lepas pegawa SPRM dating ke rumah Lee dan membawa semua Komputer, cakera keras, dokumen dan invois sebagai barang kes tetapi tidak diberikan salinan borang persetujuan Lee. Jadi kami khuatir selepas kes ini tamat, Lim tidak dapat menuntut balik barang-barangnya kerana tidak mempunyai borang bukti barangnya diambil.

Lim Lip Eng berkata tindakan SPRM itu tidak mengikut prosedur akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 akan dicabar dalam sesi inkues berikutnya.

“Di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 seksyen 33 dalam kurungan 3, suatu salinan senarai yang disebut hendaklah disampaikan dengan beberapa segera pada pemunya harta. Dalam kes ini pegawayi SPRM telah gagal berbuat begitu,jadi kami akan melalui Gobind menulis surat kepada pihak polis meminta salinan, jika tidak kami akan mecabar SPRM dalam inkues.


Era Najib Altantuya : Memang UMNO Bakal Jahanam!

Pilihanraya kecil yang ditakuti UMNO BN tiba lagi. Kali ini benar-benar meletakkan UMNO BN di dalam keadaan amat tertekan setelah kalah sebanyak 6 kali dan cuma menang sekali itupun di Malaysia Timur. BN telah tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan manek Urai.

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman, kerusi DUN permatang Pasir akan menghadapi pilihanraya kecil. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya 1999. Malah di dalam tahun 2004 tatkala UMNO BN berjaya merampas banyak kerusi pembangkang, kerusi Permatang Pasir terselamat dan masih terus dipegang oleh PAS.

Pada pilihanraya 2008, kejayaan paling cemerlang Allahyarham dengan memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti menakjubkan iaitu sebanyak 5,571.

Sebaik sahaja berita kematian Datuk Mohd Hamdan tersebar, UMNO seperti pucat lesi, sehingga ada ahli UMNO berkata.. jahanam UMNO kali ni.. persis mengiyakan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat .... PERGI JAHANAM UMNO! Betapa masinnya dan makbulnya perkataan yang lahir dari seorang Tuan Guru.

Dalam perkembangan berkaitan, TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.



Era Najib Altantuya : Menunggu Janji Palsu UMNO BN Di Permatang Pasir

Jika di dalam pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan yang lalu, UMNO terpaksa berhempas pulas untuk sekadar mengurangkan majoriti PAS dengan janji yang paling indah dan muluk seperti menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, jembatan RM7 juta, penghapusan PPSMI, apa pula nanti janjinya di Permatang Pasir?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Menurut agensi berita, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinang dan beliau telah memenangi pilihanraya kerusi N11 Permatang Pasir untuk tiga penggal.


PRU10 1999
N11 - PERMATANG PASIR (17,279)

(M: 67.2% C: 30.4% I:1.4 % L:1.0%)
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) [8430]
2. Datuk Ahmad Saad (BN) [5236]
Majoriti: 3194
Penyandang 1995: Datuk Ahmad Saad (BN)

PRU11 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 8,057
2. Md.Isa Ramli(BN) 7,378
Majoriti: 679
Penyandang 1999: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

PRU12 2008
N11 - PERMATANG PASIR ((20,350)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 11,004
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) 5,571
Majoriti: 5,433
Penyandang 2004: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun sejak Ogos lalu, selepas Parlimen Pertang Pauh dan DUN Penanti.

Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada tiga kerusi DUN iaitu Permatang Pasir yang dimenangi PAS pada Mac 2008; Penanti (PKR) dan Seberang Jaya (Barisan Nasional).

Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ia dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Kerusi itu dimenangi Dr. Wan Azizah sejak tahun 1999.

Pada Jun lalu, pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi DUN Penanti ekoran keputusan Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Umno tidak bertanding pada pemilihan itu kerana takut kalah setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung sejak Mac 2008.

Walaupun menganjurkan percutian ke luar negara, jamuan makan dan mebuat gesaan terbuka kepada orang ramai untuk memulau pilihanraya kecil itu, UMNO gagal menongkah arus sokongan umum kepada Pakatan Rakyat.

Calon PKR Dr Mansor Othman mengekalkan kerusi Penanti untuk Keadilan dan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Susulan itu, Umno kemudian mencuba nasibnya bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan, namun ditewaskan sekali lagi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO sudah bersedia untuk masuk ke gelanggang pilihanraya kecil kali ini?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilaporkan berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang.

Ramai pemerhati politik berpendapat, nasib UMNO Bn di Permatang Pasir akan menentukan masa depannya samada mampu merebut kemenangan atau akan terus di hantar ke kuburan.

Kita tunggu dan lihat apa lagi temberang UMNO BN di kempen pilihanraya N11 Permatang Pasir nanti, itu pun jika mereka anak jantan untuk turut serta di dalam PRK itu nanti.


Kes Teoh Bng HocK : 2 Serah Sampel DNA

Dua orang yang dilaporkan enggan menyerahkan sampel DNA masing-masing dalam siasatan polis bagi merungkai misteri kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini menyerahkan sampel DNA pada air liur mereka ke ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan juruteknik Lee Wye Wing yang terbabit dalam inkues kematian Teoh hadir di jabatan itu pada pukul 11.30 pagi.

Mereka ditemani oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang bertindak sebagai peguam dan Eric Pok Shyong, juga seorang peguam

Kelmarin, pada hari pertama inkues berhubung kematian Teoh, satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di pakaian mendiang.

Identiti lelaki itu bagaimanapun belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA telah diambil. Sampel 90 individu telah siap, sementara 12 lagi - termasuk dua yang enggan - belum diperolehi.

Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Era Najib Altantuya : Polis Macam Nak Lancar Perang Dengan Rakyat

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalu lintas hari ini bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan iaitu pro-ISA dan anti-ISA akan meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

Esok kumpulan pro-ISA merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOGO, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak pada jam 2.00 petang menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu ramai yang tidak berpuashati dengan kesesakan lalulintas yang diakibatkan oleh sekatan polis berkenaan.

Apa yang nyata tindakan polis yang melakukan sekatan jalanraya yang menjadi punca kepada masalah pergerakan kenderaan tidak lancar dan seolah-olah langkah polis untuk melarang perhimpunan aman yang hendak diadakan esok oleh GMI sebagai langkah untuk berperang dengan rakyat.

Era Najib Altantuya : Khir Toyo Menepuk Air Di dulang

PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

"Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

"Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor," tegasnya. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolihi, lapor YB Drs. Khalil Idham Lim.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa sebagai satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di DUN Permatang Pasir ini UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

"Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung," katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Mohd Hamdan, yang berasal dari Kedah, baru sahaja menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kira-kira tiga minggu lalu sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Allahyarham, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wan Mohamad Saman, Sungai Korok Alor Setar dan lulus Senior Cambridge pada 1963.

Mohd Hamdan kemudiannya mengikuti pendidikan agama Islam di bawah naungan Majlis Agama Islam Kedah sehingga ke peringkat IV Thanawi pada 1965. Allahyarham juga pernah mengikuti program intensif pentadbiran awam di Intan pada 1970 dan mendapat latihan pentadbiran umum di Kolej Pentadbiran dan Latihan Kastam di Melaka pada 1978.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah selama dua tahun mulai 1964 dan merupakan bekas pegawai tadbir negeri Kedah antara tahun 1966 dan 1977.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dari tahun 1977 hingga 1983.

Allahyarham juga aktif dalam pergerakan belia dan pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia pada 1973 dan mewakili PAS Pulau Pinang sebagai Anggota Pemadam pada 1989 hingga 1999.

TERKINI!!!!! Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani Allahyarham di IJN. Menurut salah seorang anak allahyarham, Dr Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya Allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk Allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini Allahyarham menghembuskan nafasnya, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau.

Semuga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terpuji... Al Fatihah..


Era Najib Altantuya : Pangsapuri Duyong Hanya Untuk Kroni?

Satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembahagian pangsapuri mampu milik Pulau Duyong, dekat sini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata laporan dibuat berdasarkan dokumen yang dihantar kepadanya oleh pihak yang tidak diketahui.

Menurutnya, setelah beliau meneliti isi dokumen itu, beliau dapati telah berlaku ketidakadilan dan penyelewengan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan UMNO Pulau Duyong.

”Saya dapati terdapat 3 dokumen, sepucuk surat, satu lampiran senarai nama penyewa-penyewa dan satu lampiran senarai penama-penama yang sepatunya tidak layak,

”surat tersebut memohon saya bertindak isu berkaitan penyelewengan tersebut,”kata Fariz dalam sidang media yang diadakan di hadapan pejabat SPRM, Tingkat 11, Wisma Persekutuan, semalam.

Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan kes tersebut yang melibatkan dua blok bangunan yang telah diagihkan kepada 90 orang.

Katanya dokumen lampiran tersebut memperincikan sebab mengapa penerima tidak layak menyewa pangsapuri itu.

”(sebagai contoh rumah) J-3-4 dimana pemilik tersebut adalah merupakan ayah kepada pengerusi JKKK Duyong Kelab Aya,

”dimana beliau sebagai pengerusi JKKK telah memberikan rumah tersebut kepada ayahnya dan (sedangkan) ayahnya telah memiliki rumah (lain),

”dalam masa yang sama rumah itu tidak didiami oleh ayahnya, (sebaliknya) didiami oleh anaknya (pengerusi JKKK tersebut,”jelasnya.

Katanya, dalam dokumen tersebut juga menyatakan, ramai penerima pangsapuri itu mempunyai hubungan dengan JKKK dan beberapa cawangan UMNO di Pulau Duyong.

Oleh itu katanya, beliau melihat pengagihan pangsapuri mampu milik itu telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan.

”Pengagihan pangsapuri mampu milik Pulau Duyong ini telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,

”sebab itu kami, pada hari ini mengambil tindakan untuk membuat laporan SPRM dan meminta pihak SPRM mengambil tindakan tegas untuk menyiasat,”tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta supaya siasatan dibuat terhadap pembahagian Blok yang baru diedarkan pada hari ini. -buletinonline

Era Najib Altantuya : GERAK - Seekor Lagi Lembu UMNO/BN

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar tindakan Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (Gerak) yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia menyifatkan pertubuhan itu sebagai alat Barisan Nasional untuk menyerang Pakatan Rakyat.

“Kita tunggu dan lihat, nak komen awal-awal susah sebab tak tengok bukti, tetapi setakat ini kita tengok Gerak ini telah jadi satu lagi alat yang digunakan oleh BN untuk menyerang Pakatan Rakyat.

“Bagaimanapun, kita tengok apa yang dikemukakan dan minta siasatan adil dijalankan, kita tak mahu kes ini berulang kembali seperti kes Teoh dan kami akan terbuka dengan siasatan ini,” katanya.

Nik Nazmi yang dihubungi berkata, Gerak tidak sepatutnya melemparkan tuduhan melulu kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telahpun mengarahkan supaya audit dalaman dilakukan terhadap peruntukan semua Adun di negeri ini.

“Saya rasa kita dah jelas dalam hal ini di mana MB sendiri telah minta untuk audit semua untuk ketepikan sebarang prasangka terhadap penggunaan peruntukan kerajaan negeri dan ini satu sikap yang berani menunjukkan menteri besar mengambil sikap yang terbuka dalam hal ini,” katanya.

Presiden Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos hari ini membuat laporan kepada SPRM kononnya seorang Adun menyalah guna peruntukan wakil rakyat membabitkan kira-kira 375 ribu ringgit.

“SPRM setakat ini tak dapat keyakinan langsung dalam hal siasatan isu rasuah kerana dilihat berat sebelah, sebuah perkakas politik, Adun-adun BN dalam tempoh tiga bulan menghabiskan peruntukan, dan maklumat dah bawa, tetapi tiada sebarang siasatan terhadap mereka dilakukan. -TVSELANGOR