1 Apr 2009

PNSB Biaya Lawatan Khir Toyo RM1 Juta Ke Disneyland

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain berbelanja lebih RM1 juta untuk lawatan seminggu ke Perancis dan Maghribi pada 2004.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

* Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

* Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

* Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

* Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Persinggahan empat hari di Dubai menelan belanja tambahan sebanyak RM10,000.
Kesemua perbelanjaan telah dibiayai oleh syarikat pelaburan negeri Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

Butiran itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Khairiyah Abu Hassan di satu sessi enkuiri hari ini.

Minggu lepas, Khairiyah mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan isteri Khir Toyo, Zaharah.

Beliau berkata tidak ada jawatankuasa PNSB untuk menyemak mana-mana "permohonan" untuk pembiayaan atau bagaimana wang telah dibelanjakan.

Khairiyah menambah kesemua permohonan diluluskan lembaga pengarah PNSB secara kolektif.

Enkuiri diadakan untuk menyiasat sumber dan legitimasi terhadap penggunaan RM1 juta di dalam bentuk penajaan yang diterima oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-interi ADUN dan MP Selangor (Balkis) daripada anak syarikat negeri dan syarikat swasta.

Zaharah adalah Pengerusi Balkis sewaktu Khir menjadi menteri besar.

Pendengaran awam, yang merupakan inkuiri pertama dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri di dalam negara ini, telah bermula pada 23 Mac.





BUKIT GANTANG : PR Alu-alukan Mahathir Berkempen

Pakatan Rakyat mengalu-alukan Tun Dr Mahathir yang dilaporkan hendak turun berkempen di Bukit Gantang bagi membantu calon BN, Ismail Safian.

Mantan perdana menteri itu dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

"Pakatan Rakyat tidak sedikit pun gusar mengenai kehadiran Mahathir malah beliau boleh membawa dan memeluk Pak Lah sekali bersamanya di atas pentas nanti jika beliau mahu untuk membuktikan UMNO sudah pulih dan bersatu," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat disini petang ini mengulas mengenai laporan tersebut.

Umum mengetahui, Mahathir yang telah menjadi seperti mayat hidup semula selepas Najib diisytihar secara sah sebagai Presiden UMNO dan PM merupakan pemimpin yang telah banyak membawa kerosakan kepada sistem demokrasi di dalam negara ini.

"Tidak semua orang UMNO suka Mahathir, kerana beliau dilihat sebagai pemimpin kuku besi yang kini cuba mencaturkan politik UMNO dan negara dengan memperalatkan Najib untuk menjayakan saki baki visi dan misinya," tambahnya lagi.

Bagi pemimpin-pemimpin parti pembangkang, tidak mudah melupa dan meaafkan dosa-dosa Mahathir yang banyak terutama kes pemecatan Ketua Hakim, operasi lalang dan penghapusan perjanjian royalti minyak yang diturunkan menjadi wang ehsan sewaktu PAS berjaya memerintah Terengganu selepas pilihanraya 1999 dahulu.

"Beliau tidak segan silu untuk mengakui kezaliman yang pernah dilakukan terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu melalui sekatan-sekatan pembangunan kerana dikatakan kononnya rakyat akan berkata apa guna untuk memangkah BN jika memilih pembangkang pun boleh mendapat pembangunan," ujarnya.

Banyak pihak berpendapat kezaliman Mahathir tersebut kini bakal diwarisi oleh Perdana Menteri ke enam, Najib Tun Razak, namun ia juga adalah petanda bahawa kerajaan BN sedang menuju kehancuran.

"Mahathir perlu menegur perbuatan Najib yang merampas Perak yang Mahathir sendiri telah sifatkan ia sebagai satu langkah yang silap melalui blognya," tegas beliau.

Sementara itu seorang bekas ahli UMNO yang telah menyertai PKR menyatakan bagaimana Mahathir nak tolong kempenkan calon UMNO-BN di Bukit Gantang sednagkan kempennya untuk Mukhriz untuk Ketua Pemuda UMNO pun tak berkesan, Mukhriz tercorot pulak.




BUKIT SELAMBAU : Kajian Lapangan Menyebelahi Calon PR

Hasil kajian lapangan terhadap masyarakat setempat mendapati sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, S Manikumar makin meningkat dan ramai yang mahukan calon yang dikemukakan oleh Parti KeADILan Rakyat Malaysia (KeADILan) menumpukan terhadap beberapa aspek yang selama ini diabaikan oleh Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategi Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam sidang medianya di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang pagi tadi juga mengucapkan terima kasih pada petugas yang setiap masa bersama rakyat dari rumah ke rumah melakukan tinjauan.

Itulah kenyataan yang ada, rakyat mahukan Adun yang memberikan perhatian pada aspek peningkatan kadar jenayah, kecurian motosikal, masalah dadah dan pecah rumah, katanya.

Selain itu apa yang dikehendaki oleh masyarakat setempat ialah kemudahan asas seperti longkang tersumbat, lampu jalan, kebersihan reakrasi dan sebagainya, jelasnya.

"Jika menang calon Pakatan Rakyat akan menumpukan pada masalah bagaimana hendak membantu mengatasi masalah peningatan kadar jenayah dan memperlengkapkan kemudahan asas yang selama ini terabai.

"Kita dapati suara agar Adun bantu mengatasi peningkatan sebanyak 25 peratus manakala mengemukakan suara kemudahan asal sekadar 12.8 peratus," jelasnya.

Selain Manikumar bertindak sebagai calon pilihan raya kecil kali ini beliau juga akan bergerak sebagai mata dan telingga parti kerana masalah yang lama boleh diselesaian sekiranya kerjasama dilaksanakan bersama menerusi dialog dengan pihak polis.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dato' Nagesan dan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu di kalangan kaum India di bawah 20 peratus.

"Dulu sokongan terhadap Samy Vellu sangat hebat tetapi sejak kebelakangan ini jatuh merudum. Berlainan dengan pesonaliti Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat markah lulus," tegas beliau lagi.

Sokongan terhadap bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga pun tidak ke mana ekoran tindakan drastiknya sehingga mencetuskan huru-hara dalam kes Negeri Perak serta kes melibatkan Antantuya.

Rumusannya kata Saifudin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan prihatin yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Penyelaras Petugas Luas Merbuk, Senator Zamri Mohd Yusuf dan Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham Ramli.


ISU KE BUKIT GANTANG : Benarkan Guru Berpolitik Helah Baru UMNO

Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mencadangkan golongan pendidik, terutama guru dalam Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti dilihat oleh masyarakat umum sebagai helah untuk kepentingan parti UMNO.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi parti.

Kenyataan Hishamuddin berkenaan telah disanggah oleh pelbagai pihak dengan menyatakan bahawa keadaan masakini adalah berbeza dengan keadaan masa dahulu.

Bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Nordin Mahmud menganggap bahawa cadangan itu hanyalah taktik UMNO untuk memanjangkan pengaruh UMNO di kalangan generasi muda.

Umum mengetahui bahawa yang mendominasikan UMNO di peringkat akar-umbi adalah kontraktor-kontraktor.

"Kalau untuk kepentingan UMNO mereka memerlukan tenaga guru saya rasa perkara ini sudah ketinggalan zaman. Pertamanya kaum guru telah dipinggirkan daripada politik UMNO lebih daripada 30 tahun yang lalu dan mereka telah dilupakan. Yang keduanya guru-guru hari ini mereka tidak lagi berminat dengan UMNO. Bagi mereka UMNO ini ibarat rumah usang yang sudah banyak dihinggap oleh anai-anai dan dinding-dinding serta tiangnya dah banyak rosak," kata Nordin.

Sekiranya hasrat Hishamuddin itu menjadi kenyataan, Nordin berkata UMNO tidak akan bersikap terbuka dan akan menindas guru-guru yang cenderung kepada parti pembangkang.

"Sekiranya guru itu menyokong UMNO, mereka pejam mata sebelah, dia dilindungkan. B agi guru yang menyokong pembangkang, jangankan memegang jawatan, mereka hadir dalam rapat umum atau majlis ceramah oleh pemimpin pembangkang, mereka akan diambil tindakan tatatertib," ujar beliau.

Beliau mempersoalkan mengapa cadangan tersebut ditimbulkan setelah sekian lama guru dilarang aktif di dalam politik.



BUKIT GANTANG : Zambry Menciumi BN Akan Kalah Teruk

Menteri Besar Kerajaan Haram UMNO-BN, Zambry Abdul Kadir hari ini menciumi bahawa partinya akan kalah teruk di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini.

Zambry di dalam akhbar TheStar Online terpaksa mengakui bahawa partinya perlu melipat gandakan usaha untuk menang di dalam PRK Bukit Gantang ini.

Kerajaan haram UMNO-BN di Perak telah ditegakkan oleh Najib melalui hasil wang dari lesen perjudian yang telah diluluskan oleh Najib selepas beliau memegang jawatan Menteri Kewangan. Pendedahannya telah dilakukan di sini.

Zambry yang baru terpukul dengan isu "rampas mikrofon" di Masjid Simpang Taiping sewaktu berceramah di Tokong Nyee Wong Kong dilihat sebagai telah tersepit dengan isu yang dibawanya.

Banyak pihak melihat mentaliti Zambry terlalu kerdil dan lemah untuk memimpin sebuah negeri berbilang kaum seperti Perak. Malah ramai mempersoalkan apakah beliau layak untuk menjadi ahli dewan undangan negeri di DUN Pangkor.

Ini kerana beliau dilihat tidak menunjukkan sifat seorang pemimpin apabila menipu rakyat dengan menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin "merampas mikrofon" sedangkan ianya tidak berlaku sama sekali dan yang dilihat oleh ialah Imam masjid berkenaan yang telah menyerahkan mikrofon tersebut kepada Nizar.

Beliau juga yang dilihat telah bersuara berang dan nyaring terhadap Nizar sewaktu Nizar datang menemuinya untuk menghulurkan salam sebelum berundur.

Banyak pihak mempersoalkan tindakan Zambry yang menimbulkan isu "rampas mikrofon" sedang mendiamkan diri daripada isu yang lebih pokok iaitu UMNO-BN yang "merampas negeri".


SUARA KEAMANAN Diterbitkan Ganti Suara Keadilan.

Suara Keamanan diterbitkan bagi menggantikan akhbar Suara Keadilan yang digantung oleh Kementerian Dalam Negeri dua minggu lalu, demikian disahkan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua semalam.

Bagaimanapun Chua menegaskan penerbitan akhbar tersebut bersifat sementara sahaja.

"Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan akan menjadi akhbar rasmi kita secara tidak langsung. Penyokong PKR dan orang ramai boleh mendapatkannya dikedai-kedai kerana ia telah mula dijual sejak pagi semalam," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut Chua berkata parti tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan akhbart tersebut kerana usaha penerbitan akhbar tersebut diusahakan oleh seorang individu yang merupakan penyokong setia kepada parti itu.

Difahamkan edisi pertama Suara Keamanan yang sudah berada dipasaran bermula hari ini masih mengekalkan konsep dan pendekatan politik yang sama seperti akhbar Suara Keadilan dan ia akan diterbitkan secara mingguan.

Chua yang juga ahli Parlimen Batu menjelaskan, PKR menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh individu yang disifatkan sangat setia kepada perjuangan PKR.

"Akhbar ini menjadi salah satu alat untuk kita salurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi menjelang tiga pilihan raya yang bakal menjelang 7 April ini.

"Kita lihat inilah langkah terbaik untuk mengatasi masalah penggantungan akhbar rasmi kita. Kita mahu ahli parti dapat maklumat terkini dan kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan dakyah Barisan Nasional," katanya.

Namun demikian menurutnya, orang ramai dan ahli parti perlu faham ia bersifat sementara kerana Suara Keadilan akan kembali sebaik tamat tempoh penggantungannya.

"Kita telah menghantar surat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta sehari selepas menerima surat penggantungan. Kami (PKR) mahu mereka (KDN) melihat semula isu penggantungan akhbar Suara Keadilan," katanya.

Namun menurutnya,sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas yang diberikan KDN tersebut berhubung isu tersebut.

"Sememangnya kami (PKR) kecewa kenapa mereka (KD) tidak menghormati kebebasan media di negara ini. Ini zaman moden kita perlu bergerak ke hadapan. ‘Kami akan cuba jumpa dengan pihak KDN. Namun satu sahaja masalahnya adakah mereka mahu berbincang dengan kami tentang isu ini?," ujarnya.

Beliau turut mengesahkan PKR telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membantah tindakan yang dikenakan oleh kementerian terbait.

"Suhakam telah memberi jawapan dan mereka juga tidak bersetuju dengan penggantungan Suara Keadilan.

Pada 23 Mac lalu,KDN telah menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang tewas di dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan PKR itu boleh mengemukakan rayuan.

Bnyak pihak menentang keputusan menteri berkenaan dan menganggapnya sebagai percubaan UMNO BN untuk mengekang Pakatan Rakyat menyampaikan maklumat kepada rkayat disamping usaha Syed Hamid mencari populariti murahan menjelang pemilihan UMNO waktu itu.

BUKIT GANTANG : 12 Permit Untuk BN 3 Untuk PR

Polis Perak dibidas hari ini keana ketidak-adilan serta mengenepikan permohonan permit parti dari Pakatan Rakyat di dalam permohonan mengadakan ceramah untuk pilihanraya Bukit Gantang.

Daripada 15 permit yang diluluskan, 12 adalah untuk Barisan Nasional dan hanya 3 untuk Pakatan Rakyat.

Tindakan polis yang menolak permohonan permit untuk DAP memberikan ceramah di Taman Molek, Jalan Simpang, Simpang, Taiping di sini juga disifatkan sebagai satu tindakan yang melanggar perlembagaan negara iaitu kebebasan untuk berucap dan bercakap.

Ahli Parlimen Taiping merangkap pengarah pilihan raya DAP di Bukit Gantang, Nga Kor Ming membidas tindakan polis menolak permohonan permit itu sebagai satu tindakan terdesak dari pihak Barisan Nasional (BN).

“Jika alasan penolakan permintaan itu adalah relevan tidak mengapa, kami boleh terima tetapi alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah DAP bukan parti yang bertanding.

“Tindakan terbaru BN ini menunjukkan bagaimana mereka menggunakan polis untuk menafikan hak kami untuk mendekati rakyat.

“Apa yang lebih kami kesalkan di sini ialah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang seharusnya menjadi orang tengah dan memastikan pilihan raya berjaya dengan adil, telus dan bersih juga kini seolah-olah memihak kepada BN.

“Sudalah media arus perdana dan media elektronik sudah disekat, kekuatan kami iaitu ceramah menggunakan mulut pula kini tidak dibenarkan.

“Ini merupakan satu ancaman kepada demokrasi negara dan penindasan kepada Pakatan Rakyat (PR),”katanya dalam satu sidang media di wisma DAP di sini semalam.

Kor Ming berkata, surat memohon permit telah dihantar kepada pihak polis Taiping pada 27 Mac untuk mengadakan ceramah pada malam 31 Mac di taman berkenaan, bagaimanapun pihak polis menolak permohonan mereka pada 30 Mac .

“Ketua polis Perak pula menyatakan pihaknya telah meluluskan sebanyak 15 permit berceramah, tetapi ironinya di sini ialah sebanyak 12 permit itu diluluskan untuk BN manakala bakinya pula untuk PR. Mana keadilan di sini.

“DAP adalah sebuah parti yang berdaftar dan mempunyai hak untuk berceramah dan kami telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan. Keputusan polis itu amat mengecewakan kami,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis.

Menurutnya, pihaknya akan menghubungi Ketua Polis Perak untuk meminta beliau memberikan permit berceramah mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Manakala menurut Ahli Parlimen Bruas Datuk Ngeh Koo Ham, tindakan terbaru dari pihak polis ini menunjukkan BN memang sudah membuat kesilapan dan mereka bimbang ia akan diketahui oleh masyarakat.

“Tindakan polis adalah ‘double standard’. Pengundi berhak tahu apa yang berlaku. Lagipun polis tidak berhak untuk halang atau menentukan siapa yang berhak dan tidak berhak untuk memberikan ceramah,” katanya.

Kor Ming menunjukkan surat penolakan dari pihak polis. Turut kelihatan, Koo Ham (kiri) dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.



BUKIT GANTANG : Apabila Sekeping Gambar Berbicara


Begitulah pabila gambar berbicara.... Lihatlah betapa cerianya wajah mantan Menteri Sex Luar Tabie, Chua Soi Lek dan calon BN, Ismail Sapian ketika mengunjungi sebuah kedai makan di Parlimen Bukit Gantang. Tiga lagi pemimpin MCA yang mengiringi Ismail dan Soi Lek juga tersenyum sampai nak terkoyak telinga.

Yang kontrasnya ialah wajah tiga pengundi yang duduk di meja itu, tidak langsung terpancar senyuman dibibir mereka. Agaknya dalam hati mereka menyumpah dan menyampah dengan kedatangan pengunjung dari "parti kepala busuk" yang tidak diundang itu.

Bayangkan jika yang berada di situ ialah Datuk Seri Nizar, pasti mereka yang duduk akan bangun memberi penghormatan sambil menghulurkn tangan dan senyuman menyenangkan menghiasi bibir mereka.

pendikargunung


BATANG AI - Anak Angkat PKR Harapan Kemenangan

Suara Keadilan melaporkan Timbalan Pengarah Pilihanraya KeADILan Foziah Salleh yang juga Ahli Parlimen Kuantan telah melantik 150 wakil Orang Iban dalam program ‘Anak angkat’ yang menghuni dalam 128 buah Rumah Panjang di sekitar N29 Batang Ai untuk mereka mendekati kesemua pengundi untuk memahami menifsto Pakatan Rakyat.

“Dalam program ini, mereka dilatih bagaimana menangani masalah penipuan Barisan Nasional dalam rampasan hak tanah adat, menjaga hak mereka dari pencerobohan meruntuhkan rumah panjang serta memberi penerangan bagi memahami menifesto Pakatan Rakyat, kata Foziah kepada Suara Keadilan.

“Logistik adalah masalah paling utama untuk mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, maka program ‘Anak Angkat’ ini amat berkesan dimana penerangan yang tepat dan cepat untuk sampai kepada kaum keluarga mereka yang tinggal di kesemua 128 buah rumah panjang akan menjadi mudah dan berkesan,” jelas Foziah.

Foziah juga berkerja sama dengan NGO tempatan seperti pertubuhan Dayak-Iban bersama -sama Angkatan Muda KeADILan (AMK) untuk menangani proses mengira undi semasa piliharaya kecil ini berjalanpada 7 April nanti.

“Persiapan seperti memeriksa kesahihan pengundi dan lain-lain masalah alamat akan di beri penekanan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dapat berjalan lancar semasa pembuangan undi kelak,” Foziah berkata.

Sementara itu, Ketua AMK Sarawak Rahmat Aidil Latif, Setiausaha AMK Pusat Zulfikar Ali Ariffin serta wakil-wakil AMK negeri Kedah dan Sabah akan bersama-sama membantu merayu undi dan memberi latihan dalam kerja-kerja mengira undi bagi memastikan tidak ada sebarang penipuan atau pengundi hantu seperti yang sering terjadi di setiap pilihanraya.

“Setakat ini semua persiapan berjalan lancar walaupun agen-agen BN serta polis juga kelihatan disana-sini memerhati pergerakan kami,”kata Rahmat.

“Walau bagaimanapun keadaan tenang dan tidak ada kekecohan yang timbul setakat ini,” tambah beliau.

BUKIT SELAMBAU : AMK Serbu Rumah Pengundi Hantu

Skuad AMK bersama Timbalan AMK Malaysia, Cikgu Fariz Musa petang semnalam telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU.

Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya akhirnya di kesan. Pada tengah hari semalam bekas MB Kedah, Dato Seri Mahadzir Khalid telah mencabar PKR supaya mengemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.

Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.

Hasil siasatam, AMK dan rombongannya yang diketuai oleh Cikgu Fariz telah menemui sebuah rumah YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI. Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama. Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni. Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR.




Berita Berkaitan

BUKIT SELAMBAU : AMK Ada Bukti Kukoh Kewujudan Pengundi Hantu

BUKIT SELAMBAU : Laporan Polis Terhadap Pengundi Hantu

KUMUTHA BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG - DGN VIDEO

Anak gadis berbangsa India yang mengejutkan dunia politik tanahair pada pilihanraya umum yang ke 12 Mac, 2008, turut bersama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Semalam, Kumutha A/P Rahman telah berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur di Taman Indah, Simpang, disini.

Beliau merupakan calon PAS yang pertama dari kaum India dan juga calon perempuan pertama dari kaum India yang bertanding atas tiket PAS.

Kumutha bukanlah calang-calang wanita kerana beliau adalah seorang peguam yang memiliki ijazah undang-undang United Kingdom.

Dalam ucapannya semalam beliau memberitahu sebab apa beliau tertarik dengan PAS dan menjadi ahli Kelab Penyokong PAS.

Katanya tidak ada dalam perlembagaan PAS orang-orang bukan Islam mesti masuk Islam untuk menyokong dan mengundi PAS.

Beliau sekaligus menyelar UMNO, katanya, UMNO ‘tak faham bahasa’.

"Dalam buku (perlembagaan PAS) tu satu perkataan pun tidak mengatakan yang (orang) India atau Cina kena (convert) masuk Islam,

"tapi UMNO yang tak faham bahasa, dia (UMNO) cakap yang bukan-bukan, (kata pemimpin UMNO) kalau orang Cina dan orang India pilih PAS, kena masuk Islam, memang tak ada," katanya dalam majlis Hi-Tea semalam

Menurutnya itulah fitnah yang diberitahu oleh UMNO kepada rakyat Johor, terutamanya kepada orang-orang bukan Islam.

Beliau berkata pemerintahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama' memang baik dan bagus.

Beliau berkata demikian setelah melawat negeri Kelantan dan melihat perbezaan dasar kerajaan Kelantan terhadap ugama Hindu.

"bagi kaum India, kuil itu satu tempat yang suci untuk bersembahyang, tapi Sammy Velly boleh robohkan,

"kalau tanya kepadanya (sammy), dia jawab Khir Toyo yang robohkan,"katanya yang mengkritik Presiden MIC itu sebagai orang yang tidak berugama.

Beliau menambah, katanya, Kelantan berbeza dengan negeri lain dan menjadi satu negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai Kuil berhawa dingin.

Beliau turut menyarankan ahli-ahli UMNO dinegeri lain supaya mengadakan lawatan ke negeri Kelantan supaya dapat melihat sendiri sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS.

Beliau juga berkata perpaduan sebenar dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini adalah apa yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dimana semua bangsa dapat bersama dalam satu majlis seperti Majlis Hi-Tea yang diadakan semalam.

Kumutha yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.

Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi.

Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.

- buletinonline


Selangor Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Naik Tarif Air

Kerajaan Negeri Selangor kesal terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk terus beroperasi sebagai konsesi dan yang secara langsung menyetujui permintaan Syabas hendak menaikkan tarif air.

Keputusan tersebut bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap pentadbiran negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebaliknya terhadap pembayar cukai seluruhnya.

Malahan, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan CA.

Tambahan pula Syabas didapati melanggar syarat-syarat dalam CA. Perkara ini sudahpun dibawa ke pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, di samping permohonan kita untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.

Walau bagaimanapun, Menteri berkenaan masih enggan mengambil tindakan terhadap Syabas, sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa Kerajaan Selangor.

Keputusan ini bukan sahaja bertentangan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula perkhidmatan air di Malaysia tetapi juga menjejaskan kepentingan pengguna seluruhnya.

Sebenarnya keputusan untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi oleh Syabas. Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui semasa audit dilakukan, dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa tidak layaknya Syabas memikul tanggungjawab meneruskan operasi air.

Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian.

Kerajaan Pakatan Rakyat berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air diSelangor. Untuk memahami isu-isu terbabit dalam pengurusan air di Selangor, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi berhubung isu ini di www.airuntukrakyat.com.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR